Memaparkan catatan dengan label Dengan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dengan. Papar semua catatan

Isnin, 30 September 2013

Almy Nadia Tak Nak Komen Mengenai Perkahwinan Dengan Fizz Fairuz


Memang gadis Melayu sungguh Almy Nadia ini. Malu-malu kucing pula sehingga enggan memberikan sebarang komen. Untuk anda yang tak tahun, semalam Fizz Fairuz mengakui bakal bernikah dengan kekasihnya ini pada tahun hadapan. Ditanya mengenai hal itu, Almy Nadia mahu memilih masa yang sesuai untuk memberitahu perkara sebenar.

Bagus juga sebenarnya langkah Almy Nadia ini. Kena berhati-hati. Sudah berapa kali dikecewakan oleh orang yang sama. Kang tak pasal-pasal kalau dah dah mengaku tiba-tiba tak jadi, lagi malu dibuatnya. Kata Almy Nadia kepada Utusan Malaysia:-

Saya mahu simpan dulu semua komen. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen sebab perkara ini penting untuk saya jaga hati banyak pihak. Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak. Tunggu sahaja. Saya pasti akan komen. Buat masa ini biarlah pihak lelaki (Fizz) yang memberi sebarang kenyataan
Kali ini, secara jujurnya Abang Nara berharap agar Fizz Fairuz tidak lagi mempersiakan Almy Nadia. Jangan beri harapan menggunung lepas itu dihancurkan sebegitu sahaja seperti dulu. Kalau buat lagi perangai macam itu, Abang Nara tak tahulah nak cakap apa. Buat Almy, teruskan berdoa agar diminta petunjuk sama ada Fizz benar-benar calon suami yang sesuai untuk anda.

View the original article here

Ahad, 29 September 2013

Zain Saidin Nafi Majlis Merisik Dan Pertunangan Dengan Rozita Che Wan Telah Dibuat


“Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?” itu komen Zain Saidin tentang khabar angin yang mengatakan beliau sudah bertunang dengan Rozita Che Wan, semalam.

Beberapa sumber media sebelum ini ada memetik kata kata seorang jurugambar terkenal yang teruja untuk menjadi jurugambar rasmi majlis merisik Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang didakwa berlangsung semalam.

BACA: Rozita Che Wan Dirisik Hari Ini, Bertunang Esok? (ext.)

“Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan masih belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan,” tambah Zain Saidin lagi.

Pelakon ini bagaimanapun berkata yang beliau memang ada merancang untuk adakan majlis pertunangan namun ianya masih belum diputuskan lagi sehingga kini selain berkata satu sidang media akan diadakan untuk mengumumkan majlis perkahwinan beliau & Rozita Che Wan.













sumber: rotikaya

View the original article here

Sherry Ibrahim Sudah Berbincang Mengenai Perkahwinan Dengan Lelaki Mauritius


Sudah memasuki umur 30 tahun, Sherry mengakui yang dia sudah berbincang dengan kekasihnya mengenai perkahwinan. Namun sayangnya kerana ingin memberikan tumpuan pada kerjaya masing-masing, mereka berdua masih belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Kata Sherry:-

Kami ada berbincang pasal kahwin, tapi dia belum lagi bercadang untuk melamar saya dalam tempoh terdekat ini. Saya pula tidak mahu memberi tekanan kepadanya kerana lelaki memang tidak suka bila mereka didesak dalam soal kahwin.
Apa yang penting, kami bahagia sekarang dan saling menghormati antara satu sama lain. Kami juga ingin fokus pada karier masing-masing terlebih dulu kerana saya percaya soal jodoh adalah ketentuan dari Tuhan. Saya pasrah kepadaNya.
Setakat ini, ibu bapa kami sudah tahu dengan hubungan ini dan tidak menghalang dengan siapa saya ingin berkawan. Apa yang penting, mereka ingin lihat saya bahagia. Sepanjang tempoh lebih setahun kami menjalinkan hubungan, semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin jika jodoh kami sudah sampai.



Umur 30 untuk wanita Melayu memang sudah agak lambat jika tidak berkahwin lagi. Namun oleh kerana kekasihnya orang asing, maka Sherry belum boleh dikategorikan sebagai anak dara tua. Mungkin kalau ada yang kenal dengan kekasih Sherry, boleh tolong alihbahasakan dan hantarkan kata-kata Sherry di atas kepadanya. Barulah dia tahu yang Sherry dah bersedia untuk kahwin bila-bila masa sahaja.


sumber: beautifulnara
















View the original article here

Jumaat, 27 September 2013

Farid Kamil Sedia Berbaik Semula Dengan Keluarga Mertua


Hubungan Farid Kamil & ibu mertuanya sebelum ini sudah di’ketahui kurang baik sehingga ada persoalan di kalangan pemerhati sama ada perkahwinan beliau dengan Diana Danielle yang berlangsung tahun lalu mendapat restu yang sewajarnya.

Farid Kamil dalam kenyataan terbaru berkata beliau kini telah bersedia untuk berbaik dengan ibu mertuanya itu dan kemelut hubungan yang tidak sihat ini akan berakhir tidak lama lagi.

Pelakon yang ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Bencinta ini menambah yang beliau akan menjemput ibu mertuanya ke majlis aqiqah anak sulung mereka yang masih dirahsiakan bila tarikhnya dari media.

“Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula”

“Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami,” kata Farid Kamil lagi.


sumber: malaysiandigest

View the original article here

Khamis, 26 September 2013

Gambar: Adam AF Dan Fiza Elite Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz


Hari ini sekitar 10.40 pagi, Adam AF sah bergelar suami kepada Fiza Elite dengan sekali lafaz.

Artikel Terdahulu


Dengan sekali lafaz, penyanyi, Adam atau Mohd Aizam Md Saman, 30, sah memperisterikan pelakon, Fiza atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim 32, kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid serta berwakil bapa pengantin perempuan, Abdul Halim di Bangunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) , Shah Alam.

Adam yang juga Bintang Akademi Fantasia 2 (AF 2), kemudian menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 serta hantaran berupa sepersalinan lengkap barangan solat. Majlis turut dihadiri oleh 50 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan terdekat mempelai serta rakan media.

Adam dan Fiza mula berkenalan rapat sejak pertengahan Julai lalu. Kemudian Fiza dilamar oleh Adam dalam pertemuan kedua mereka. Fiza merupakan ibu tunggal kepada kepada 2 cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq, 3, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq berusia 2 tahun.

Pasangan bakal diraikan dalam majlis persandingan menyambut tetamu oleh pihak lelaki di Sabah pada pertengahan bulan depan.



















View the original article here

Khamis, 19 September 2013

Gambar Terkini Rafidah Ibrahim Semakin Hanyut Dengan Fesyen Pakaian Ketat

Jika sebelum ini, pakaian ketat yang disediakan dalam sesi photo untuk Fida telah mengundang rasa tidak puas hati segelintir pihak, namun keluhan mereka mungkin ada asasnya. Jom kita lihat photo pemakaian Fida yang lain (bukan sesi photo), di mana ia turut memaparkan imej ketat. Gambar pakaian ketat yang mengundang rasa tidak puas hati segelintir pihak terhadap Fida Ibrahim. Komen mereka, tak gunalah pakai hijab jika memakai pakaian ketat-ketat. Kalau nak pakai ketat, baik buka hijab!



Rafidah Ibrahim ketat






Rafidah Ibrahim






View the original article here

Rabu, 18 September 2013

Leka Dengan Layanan Ghairah Gadis Bunga

PUCHONG - Dengan hanya membeli satu kalungan bunga, pelanggan sebuah pusat hiburan di sini akan mendapat layanan tarian khas daripada pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand yang diminati mereka.

Bagaimanapun, belum sempat menikmati kepuasan daripada gadis ‘bergetah’ ditawarkan, premis dikunjungi mereka di Pusat Bandar Puchong, dekat sini diserbu sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, pelanggan perlu membeli kalungan bunga dengan harga RM100 dan boleh memilih mana-mana gadis GRO untuk melayan mereka.







GRO warga Thailand yang ditahan dalam Ops Cantas Noda di Puchong, semalam

Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serdang, Sobberi Ismail berkata, daripada jumlah dibayar pelanggan, separuh diambil pengusaha manakala selebihnya diberikan  kepada gadis pelayan terbabit.

Lebih ramai pelanggan yang membeli kalungan bunga, lebih banyak komisen diperoleh pelayan yang menjadikan pekerjaan itu sebagai cara mudah mendapatkan kemewahan.

Ketika serbuan, 12 gadis berpakaian seksi terbabit dikatakan sedang asyik melayani 50 pelanggan lelaki tempatan yang dahagakan layanan mesra mereka.

Pemeriksaan dijalankan mendapati kesemua GRO termasuk enam pekerja lelaki warga Bangladesh berusia 20 hingga 30-an didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

“Risikan dilakukan mendapati  GRO terbabit diberikan tip separuh harga bagi setiap jualan kalungan bunga berharga RM100. Selepas pembelian kalung bunga dibuat, pelanggan boleh memilih mana-mana  pelayan disukai untuk dijadikan teman berhibur,” katanya.

Beliau berkata,  penjaga premis turut ditahan kerana perniagaan dijalankan tidak memiliki lesen sah pihak berkuasa.

Kesemua yang ditahan dalam  Ops Cantas Noda kelmarin dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

-Sumber

View the original article here

Selasa, 17 September 2013

Ibu Muda Terima Dengan Redha Pemberian Allah

 



Hati siapa tidak terusik bila melihat keadaan fizikal anak kecil ini. Keadaan yang sungguh sedih dan menyiksakan ini bukan sahaja dapat dirasakan oleh ibubapanya malah sesiapa sahaja yang melihatnya



Batu Pahat: Ketika kandungan berusia empat bulan, Hamira Samsudin, 25, dimaklumkan doktor anaknya tidak normal.



Walau bagaimanapun, Pada tanggal 3 Ogos lalu, Nur Imanina Jaferi dilahirkan dan kali ini,

Hamira bukan hanya menangis kerana bersyukur, malah turut sedih kerana anak keduanya itu bukan saja tidak mempunyai saluran najis untuk dikeluarkan, malah buta kedua-dua mata selain otaknya berada di luar tempurung kepala.

“Hiba hati saya sebaik melihat keadaan Nur Imanina, ia cukup menyedihkan,” kata Hamira ketika mengimbau saat pertama dia menatap wajah anaknya.

Menurut Hamira yang tinggal di Parit Samijan, Parit Raja, di sini, walaupun Nur Imanina dalam keadaan tidak sempurna, tetapi bayi berkenaan tetap anugerah Tuhan kepada keluarganya.

“Saya dan suami, Jaferi Isnin berusia 33 tahun menjaga Nur Imanina dengan teliti bagi memastikan penderitaannya tidak bertambah.

Anugerah ini adalh anugerah terindah yang dia dan suaminya miliki....


Pena Hiburan berharap agar keluarga Hamira dapat menerima ketentuan qada dan qadar Allah, Semoga tabah  membesarkan anak

 sumber :hMetro

View the original article here

Khamis, 12 September 2013

Bayi Lahir Dengan Dua Kepala


Seorang bayi dilahirkan mempunyai dua kepala  di Hospital Bersalin Duta Mulya, Majenang, Kabupaten Cilacap, Rabu malam, 26 Jun 2013 dalam keadaan sihat.

Bayi lelaki yang belum diberi nama itu tinggi 46 sentimeter dan berat 4.2 kilogram. Anak bongsu pasangan Usman (36 tahun) dan Munjiah (27 tahun) itu mempunyai kelainan yang dalam istilah perubatan disebut dicephalus parapagus on joined twins, yaitu kembar mulai dari kepala hingga leher.

Menurut Pengarah RSB Duta Mulya Majenang, Tatang Mulyana, kelainan ini berbeza dengan kembar siam kerana hanya mempunyai satu organ dalam, kepala bercabang mulai dari leher. Selain itu, tangan dan kaki juga lengkap sepasang.



 Menurut Tatang, kejadian ini dikataka unik dengan perbandingan satu per 200 ribu kelahiran. Kelahiran bayi berkepala dua ini merupakan yang ketiga  di Indonesia.

Sebelum ini peristiwa sama pernah terjadi pada tahun 2009 dan 2012.

Tatang menyatakan, bayi yang lahir melalui proses pembedahan caesar tersebut akan dirujuk ke Hospital Umum Pusat (RSUP) dr Sardjito Yogyakarta.

View the original article here

(Video) Apa Yang Boleh Dilakukan Dengan Coca Cola Selain Diminum?



Disini kami sertakan video kegunaan lain Coca Cola selain dari untuk diminum.

Tonton dan jangan lupa Kongsikan kepada rakan-rakan anda!









View the original article here