Ahad, 29 September 2013

Zain Saidin Nafi Majlis Merisik Dan Pertunangan Dengan Rozita Che Wan Telah Dibuat


“Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?” itu komen Zain Saidin tentang khabar angin yang mengatakan beliau sudah bertunang dengan Rozita Che Wan, semalam.

Beberapa sumber media sebelum ini ada memetik kata kata seorang jurugambar terkenal yang teruja untuk menjadi jurugambar rasmi majlis merisik Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang didakwa berlangsung semalam.

BACA: Rozita Che Wan Dirisik Hari Ini, Bertunang Esok? (ext.)

“Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan masih belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan,” tambah Zain Saidin lagi.

Pelakon ini bagaimanapun berkata yang beliau memang ada merancang untuk adakan majlis pertunangan namun ianya masih belum diputuskan lagi sehingga kini selain berkata satu sidang media akan diadakan untuk mengumumkan majlis perkahwinan beliau & Rozita Che Wan.













sumber: rotikaya

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan