Memaparkan catatan dengan label MAJLIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAJLIS. Papar semua catatan

Ahad, 29 September 2013

Zain Saidin Nafi Majlis Merisik Dan Pertunangan Dengan Rozita Che Wan Telah Dibuat


“Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?” itu komen Zain Saidin tentang khabar angin yang mengatakan beliau sudah bertunang dengan Rozita Che Wan, semalam.

Beberapa sumber media sebelum ini ada memetik kata kata seorang jurugambar terkenal yang teruja untuk menjadi jurugambar rasmi majlis merisik Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang didakwa berlangsung semalam.

BACA: Rozita Che Wan Dirisik Hari Ini, Bertunang Esok? (ext.)

“Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan masih belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan,” tambah Zain Saidin lagi.

Pelakon ini bagaimanapun berkata yang beliau memang ada merancang untuk adakan majlis pertunangan namun ianya masih belum diputuskan lagi sehingga kini selain berkata satu sidang media akan diadakan untuk mengumumkan majlis perkahwinan beliau & Rozita Che Wan.













sumber: rotikaya

View the original article here

Sabtu, 14 September 2013

Majlis Perkahwinan Termahal Dunia

Diantara perkahwinan yang dinobatkan majlis perkahwinan paling mahal di dunia setakat ini. Status hebat itu dimiliki bukan setakat kerabat di raja dan bukannya rakyat negara maju sebaliknya dari dunia ketiga. 

Perkahwinan Seemanto dan Sushanta Roy

RM386 Juta







Ringkasnya, mahkota gelaran perkahwinan termahal menjadi milik Seemanto dan Sushanta Roy, anak ahli perniagaan terkenal India. Perkahwinan yang bertarikh 14 February 2004 itu kekal menjuarai carta majlis perkahwinan termahal di dunia dengan kos perkahwinan sebanyak RM386 juta untuk tetamu seramai 10,000 orang.

Majlis berkenaan turut memberi manfaat kepada peminta sedekah apabila makanan diedarkan kepada lebih 140,000 pengemis di seluruh negara. Antara tetamu yang menhadiri majlis tersebut ialah seperti bintang terkenal Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai. Setiap tetamu dijemput dari rumah dengan limosin dan dibawa ke lapangan terbang. Cabutan bertuah untuk tetamu menawarkan syiling emas sebagai hadiah.

Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Puteri Salama

RM300 Juta




Ditangga kedua senarai perkahwinan termahal dunia ialah membabitkan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum dan Sheikh Hind Maktoum atau Puteri Salama, bernilai RM300 juta yang turut disenaraikan antara majlis perkahwinan paling gah dalam Guiness Book of World Records dan paling mahal pada 1981.

Hebatnya perkahwinan itu bukannya di hotel atau villa mewah sebaliknya stadium yang dibina khas oleh Sheikh Mohammed bagi menampung sehingga 20,000 tetamu untuk majlis berkenaan yang berlangsung selama tujuh hari tujuh malam. Malah ada laporan yang menyatakan majlis bersempana perkahwinan itu berlangsung dalam tempoh tiga bulan.

Vanisha Mittal dan Amit Bhatia
RM211 Juta




Hartawan India yang bermastautin di London, Lakhmi Mittal yang juga hartawan besi dan merupakan antara manusia terkaya di dunia. Beliau memperuntukkan RM211 juta untuk majlis perkahwinan anak perempuannya, Vanisha Mittal dengan Amit Bhatia pada 2006.

Putera Charles dan Puteri Diana
RM148 Juta




Satu lagi perkahwinan disifatkan perkahwinan diraja terhebat membabitkan Charles dan Diana, yang dilaporkan menelan belanja kira-kira RM148 juta dengan ribuan pengawal dikerah menjaga keselamatan. Malah harga baju pengantin Diana saja lebih RM50,000 selain aspek lain termasuk kos kawalan keselamatan dan bilangan tetamu yang ramai.

Andrei melnichenko dan Aleksandra Kokotovic
RM90 Juta




Tidak kurang meriahnya ialah majlis perkahwinan hartawan Russia, Andrei melnichenko dengan bekas Ratu Yugoslavia, Aleksandra Kokotovic, di Perancis pada September 2005. Dengan kos RM90 juta, perkahwinan mereka diserikan dengan persembahan Whitney Houston dan Christina Aguilera, yang diterbangkan ke Cannes dengan jet peribadi.

Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria
RM69 Juta




Satu lagi perkahwinan yang disenaraikan yang termahal, berlangsung membabitkan satu lagi pasangan India. Perkahwinan bernilai RM69 juta milik pasangan Lalit Tanwar dan Yogita Jaunapuria yang juga anak hartawan dan ahli politik terkemuka negara membangun, Kanwar Singh Tanwar. 

Dengan catatan 18,000 tetamu di lokasi Istana Rajahstan, pengantin lelaki dihadiahkan helikopter bernilai lebih RM10 juta dengan tetamu dibawa dengan kenderaan mewah. Lebih hebat lagi, setiap tetamu tidak pulang tangan kosong apabila diberi wang RM150 seorang, selendang bagi wanita dan sut untuk lelaki dan cendera hati sekeping duit syiling perak sempena majlis itu.


Puteri Hafizah Sururul Bolkiah & Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Mohd Yakub






Tak Masuk Carta

Majlis perkahwinan Puteri Hafizah Sururul Bolkiah Anakanda kepada Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan isterinya, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama pasangannya  Pengiran Haji Muhammad Ruzaini Mohd Yakub masih belum boleh masuk dalam carta kerana baru rm60Juta sahaja


Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K







Tidak Masuk Carta


View the original article here

Rabu, 11 September 2013

12 GAMBAR - MAJLIS AKIKAH ANAK NING BAIZURA

"Alhamdulillah what a beautiful kekah... tq Allah," demikian kata Ning Baizura selepas majlis akikah dan cukur jambul anaknya berjalan lancar kelmarin.

Majlis tersebut turut dihadiri rakan artis seperti Nurul Wahab dan saudara mara terdekat. Tahniah buat Ning!
























View the original article here