Memaparkan catatan dengan label Fairuz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fairuz. Papar semua catatan

Isnin, 30 September 2013

Almy Nadia Tak Nak Komen Mengenai Perkahwinan Dengan Fizz Fairuz


Memang gadis Melayu sungguh Almy Nadia ini. Malu-malu kucing pula sehingga enggan memberikan sebarang komen. Untuk anda yang tak tahun, semalam Fizz Fairuz mengakui bakal bernikah dengan kekasihnya ini pada tahun hadapan. Ditanya mengenai hal itu, Almy Nadia mahu memilih masa yang sesuai untuk memberitahu perkara sebenar.

Bagus juga sebenarnya langkah Almy Nadia ini. Kena berhati-hati. Sudah berapa kali dikecewakan oleh orang yang sama. Kang tak pasal-pasal kalau dah dah mengaku tiba-tiba tak jadi, lagi malu dibuatnya. Kata Almy Nadia kepada Utusan Malaysia:-

Saya mahu simpan dulu semua komen. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen sebab perkara ini penting untuk saya jaga hati banyak pihak. Pandangan orang berbeza-beza. Saya tak mahu singgung mana-mana pihak. Tunggu sahaja. Saya pasti akan komen. Buat masa ini biarlah pihak lelaki (Fizz) yang memberi sebarang kenyataan
Kali ini, secara jujurnya Abang Nara berharap agar Fizz Fairuz tidak lagi mempersiakan Almy Nadia. Jangan beri harapan menggunung lepas itu dihancurkan sebegitu sahaja seperti dulu. Kalau buat lagi perangai macam itu, Abang Nara tak tahulah nak cakap apa. Buat Almy, teruskan berdoa agar diminta petunjuk sama ada Fizz benar-benar calon suami yang sesuai untuk anda.

View the original article here

Jumaat, 27 September 2013

Fizz Fairuz Bakal Nikah Tahun Hadapan


Benar kata pepatah lama kalau sudah jodoh, tidak lari gunung di’kejar, eh. Begitulah ungkapan sebenar yang boleh disimpul buat pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

Setelah mengharung pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka sebelum ini, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia kembali bersama seterusnya melupakan kisah lama.

Bercakap kepada media siang tadi di bootcamp Liga Lawak Superstar di Hulu Langat, Fizz Fairuz telah pun memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Almy tahun hadapan.

Fizz telah membawa Almy bertemu ibunya minggu lalu. Malah selepas ini perjumpaan akan lebih kerap berlaku untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Setakat ini Fizz belum lagi berjumpa keluarga Almy. Namun Fizz telah merancang akan ke Pulau Pinang juga untuk bertemu keluarga bakal mertuanya itu.

Fizz lebih selesa memilih untuk terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.

“Taknak dah tunggu lama-lama. Saya tak mahu pisang berbuah banyak kali. Jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin dan InshaAllah secepat mungkin, tahun depan. Tapi sebelum tu saya nak lepaskan majlis adik saya terlebih dahulu”

Bagi Fizz, hubungan selama 7 tahun cukup untuknya mengenali Almy.

 sumber: roti kaya
Walaubagaimanapun, disebalik berita gembira yang dikongsi pasangan ini, ada juga mulut segelintir yang kurang senang dengan keputusan mereka untuk kembali bersama.

Ada yang melabel pasangan ini seperti sudah ludah yang dijilat semula.

“Inilah yang dinamakan jodoh. Jodoh saya kembali dengan Almy. Dah 7 tahun kami berkawan. Bagi saya, Almy cukup lengkap pakej sebagai seorang isteri. Lepas kahwin nanti duduk rumah, setiap hari Almy masak untuk saya,” ujar Fizz Fairuz lagi.


View the original article here