Memaparkan catatan dengan label Tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahun. Papar semua catatan

Jumaat, 27 September 2013

Fizz Fairuz Bakal Nikah Tahun Hadapan


Benar kata pepatah lama kalau sudah jodoh, tidak lari gunung di’kejar, eh. Begitulah ungkapan sebenar yang boleh disimpul buat pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

Setelah mengharung pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka sebelum ini, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia kembali bersama seterusnya melupakan kisah lama.

Bercakap kepada media siang tadi di bootcamp Liga Lawak Superstar di Hulu Langat, Fizz Fairuz telah pun memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Almy tahun hadapan.

Fizz telah membawa Almy bertemu ibunya minggu lalu. Malah selepas ini perjumpaan akan lebih kerap berlaku untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Setakat ini Fizz belum lagi berjumpa keluarga Almy. Namun Fizz telah merancang akan ke Pulau Pinang juga untuk bertemu keluarga bakal mertuanya itu.

Fizz lebih selesa memilih untuk terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.

“Taknak dah tunggu lama-lama. Saya tak mahu pisang berbuah banyak kali. Jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin dan InshaAllah secepat mungkin, tahun depan. Tapi sebelum tu saya nak lepaskan majlis adik saya terlebih dahulu”

Bagi Fizz, hubungan selama 7 tahun cukup untuknya mengenali Almy.

 sumber: roti kaya
Walaubagaimanapun, disebalik berita gembira yang dikongsi pasangan ini, ada juga mulut segelintir yang kurang senang dengan keputusan mereka untuk kembali bersama.

Ada yang melabel pasangan ini seperti sudah ludah yang dijilat semula.

“Inilah yang dinamakan jodoh. Jodoh saya kembali dengan Almy. Dah 7 tahun kami berkawan. Bagi saya, Almy cukup lengkap pakej sebagai seorang isteri. Lepas kahwin nanti duduk rumah, setiap hari Almy masak untuk saya,” ujar Fizz Fairuz lagi.


View the original article here

Sabtu, 21 September 2013

Tulis Surat Minta Maaf Dan Kembalikan Wang Yang Dicuri Selepas 11 Tahun



Mencuri



Seorang pencuri telah menulis surat permohonan maaf kepada mangsanya serta turut menyertakan wang untuk membayar balik wang yang dicurinya.Pemilik Interasian Market, di Nashville menerima surat tersebut yang dihantar ke kedainya minggu lalu. Antara kandungan surat itu ialah,



“saya tidak mengambil dadah lagi dan saya merasa bertanggungjawab terhadap mereka yang telah saya sakiti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya berharap anada akan menerima wang ini dan memaafkan saya. Salam damai untuk anda, Tidak Dikenali”



Selain itu, pencuri yang juga bekas penagih dadah itu turut mengatakan bahawa dia telah mencuri enam tin minuman keras dan sejumlah $300 wang tunai dari kedai mangsa. Dalam surat tersebut, pencuri itu menyertakan $400 wang tuanai sebagai ganti rugi.



Selepas menerima surat itu, pemilik kedai, Wu, menjelaskan bahawa pihaknya sedia memaafkan individu terbabit. Katanya,



“kami nak dia tahu, jika dia sedang menonton, apapun keadaan anda sekarang, kami memaafkan anda atas apa yang telah berlaku”.






View the original article here

Sabtu, 14 September 2013

Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.



Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.



Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:



  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.


  2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.


  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.


  4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.


  5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.



Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.



Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

-Sumber

View the original article here

Rabu, 11 September 2013

Adi Putra Bakal Berdepan Hukuman 5 Tahun Penjara?



Laporan Harian Metro hari ini menyebut, pelakon popular tanah air bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar alat sulitnya melalui aplikasi WhatsApp Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya. Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.

“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.

Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu. Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.

View the original article here

Selasa, 10 September 2013

Cikgu Troll Majalah Sekolah Pakai Baju Sama Selama 40 Tahun (3 Gambar)


Seorang cikgu ini telah memakai pakaian yang sama selama 40 tahun untuk majalah tahun di sekolahnya. Puncanya bermula apabila dia secara tidak sengaja memakai pakaian yang selama 2 tahun berturut-turut. Kemudian dia dicabar oleh isteri untuk meneruskan lawak itu, maka dia buat hampir 40 tahun. LOL WTF.






View the original article here