Memaparkan catatan dengan label Nikah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nikah. Papar semua catatan

Jumaat, 27 September 2013

Fizz Fairuz Bakal Nikah Tahun Hadapan


Benar kata pepatah lama kalau sudah jodoh, tidak lari gunung di’kejar, eh. Begitulah ungkapan sebenar yang boleh disimpul buat pasangan Fizz Fairuz dan Almy Nadia.

Setelah mengharung pelbagai dugaan dalam perhubungan mereka sebelum ini, akhirnya Fizz Fairuz dan Almy Nadia kembali bersama seterusnya melupakan kisah lama.

Bercakap kepada media siang tadi di bootcamp Liga Lawak Superstar di Hulu Langat, Fizz Fairuz telah pun memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Almy tahun hadapan.

Fizz telah membawa Almy bertemu ibunya minggu lalu. Malah selepas ini perjumpaan akan lebih kerap berlaku untuk berbincang mengenai persiapan perkahwinan mereka. Setakat ini Fizz belum lagi berjumpa keluarga Almy. Namun Fizz telah merancang akan ke Pulau Pinang juga untuk bertemu keluarga bakal mertuanya itu.

Fizz lebih selesa memilih untuk terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan terlebih dahulu.

“Taknak dah tunggu lama-lama. Saya tak mahu pisang berbuah banyak kali. Jadi saya ambil keputusan untuk berkahwin dan InshaAllah secepat mungkin, tahun depan. Tapi sebelum tu saya nak lepaskan majlis adik saya terlebih dahulu”

Bagi Fizz, hubungan selama 7 tahun cukup untuknya mengenali Almy.

 sumber: roti kaya
Walaubagaimanapun, disebalik berita gembira yang dikongsi pasangan ini, ada juga mulut segelintir yang kurang senang dengan keputusan mereka untuk kembali bersama.

Ada yang melabel pasangan ini seperti sudah ludah yang dijilat semula.

“Inilah yang dinamakan jodoh. Jodoh saya kembali dengan Almy. Dah 7 tahun kami berkawan. Bagi saya, Almy cukup lengkap pakej sebagai seorang isteri. Lepas kahwin nanti duduk rumah, setiap hari Almy masak untuk saya,” ujar Fizz Fairuz lagi.


View the original article here

Isnin, 16 September 2013

Fizo Omar Ingin Bercinta Selepas Nikah


Enggan mendedahan identiti pencuri hatinya, bakal tunang Fizo Omar hanya baru dikenali dan mereka berdua mengambil keputusan untuk bertunang selepas mendapat restu orang tua. Kata Fizo kepada Berita Harian:-




Dia masih solo dan muda daripada saya, dia juga bukan isteri atau tunang orang. Apabila keluarga sudah bersetuju, baiklah kami bertunang dan saya rasa, lebih elok kami bercinta selepas kahwin nanti.
Bagaimanapun saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih, bimbang ia tak jadi. Saya kena jaga hati pihak sebelah sana juga, takut kenyataan saya keluarkan nanti menimbulkan ketidakpuasan hati mereka.
Saya juga tak kata nak bertunang bulan depan, cuma kalau dapat buat lagi cepat, lagi bagus. Siapa gerang orang itu, biarlah rahsia.
Restu dah dapat, hati dah terpaut, apa tunggu lagi kan? Tahniah kepada Fizo Omar atas keputusan untuk melangkah satu kaki ke alam perkahwinan. Semoga segala urusan akan dipermudahkan. Tak sabar rasanya nak melihat wanita manakah yang berjaya mencuri hati Fizo. Mesti sama cantik sama padan. Tak gitu?
















sumber:bn

View the original article here

Ahad, 15 September 2013

Gara Gara Isu Nikah Tersebar, Bront Palarae Batalkan Resepsi Di KL

“Saya tak rahsiakan. Tapi saya nak jaga hati banyak pihak. Saya ada ramai kawan, jadi kalau katakan saya jemput beberapa orang saja, nanti yang lain kecil hati pula”

“Memang saya merancang nak adakan resepsi dan jemput kawan-kawan. Tetapi sedang saya merancang, tiba-tiba tersebar pula cerita yang saya sudah bernikah”

“Selepas apa yang dah berlaku ni, saya tak mungkin akan buat resepsi di Kuala Lumpur. Saya hanya akan buat majlis resepsi di Hatyai sekitar hujung tahun ini,”



 Itulah kata kata Bront Palarae dalam satu temubual bersama media ketika tayangan telemovie New York Cinta. Beliau sebenarnya ada merancang untuk membuat resepsi perkahwinan di Kuala Lumpur menjemput rakan rakan namun ia terpaksa di’batalkan selepas kejutan yang dirancang tidak menjadi dengan isu nikah yang panas.

Pena Hiburan: Tak pe la Bront, ikut jela kata hati kamu, btw majlis tu pon majlis kamu, bukannya majlis orang lain, yang penting dalam walimah ini adalah memaklumkan kepada semua agar tidak timbul fitnah

 sumber: r o t i - k a y a

View the original article here