Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam. Papar semua catatan

Sabtu, 21 September 2013

Jumlah Penduduk Islam Terbanyak Di Dunia



Penduduk Islam



Islam merupakan agama yang pesat tersebar di serata pelusuk dunia.. Berkat kebijaksanaan dan kegigihan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat menyampaikan risalah islam, dan diteruskan oleh para pendakwah yang kemudiannya, kini islam bertapak kukuh di serata pelusuk negara.



Hari ini,tiada negara yang tidak dihuni oleh umat islam. Walaupun sejak zaman berzaman islam diperangi oleh para kuffar, namun cahaya islam terus bersinar dan islam terus berkembang dengan suburnya dari semasa ke semasa.



“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka(yang demikian). Dialah yang megutuskan Rasul-Nya(Muhammad) dengan menbawa petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), untuk dimenangkan-Nya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” Surah al-Saf, ayat 8-9.



Berikut adalah negara-negara yang mempunyai umat islam paling ramai di dunia.

Indonesia = seramai 195,677,976 orang

Pakistan = seramai 156,491,617 orang

India = 144,755,562 orang

Bangladesh = 127,001,272 orang

Mesir = 70,530,237 orang

Turki = 68,963,953 orang

Iran = 67,337,681 orang

Nigeria = 64,385,994 orang

China = 39,189,414 orang

Ethiopia = 34,700,310 orang

Maghribi = 32,300,410 orang

Algeria = 32,206,534 orang

Afghanistan = 29,629,697 orang

Sudan = 26,121,865 orang

Iraq = 25,292,658 orang

Arab Saudi = 26,417,599 orang

Uzbekistan = 23,897,563 orang

Russia = 21,513,046 orang

Yaman = 20,519,782 orang

Syria = 16,234,901 orang

Malaysia = 14,467,694 orang

Tanzania = 12,868,224 orang

Mali = 11,062,337 orang

Niger = 10,499,343 orang

Senegal = 10,459,222 orang






View the original article here

Khamis, 19 September 2013

Info - Tanda-Tanda Sebelum Nyawa Dicabut Menurut Islam

PERHATIKAN dan RENUNGKAN.. Apa yang anda PIKIRKAN??….Bagaimana kalau yang di TANDU itu adalah ANDA..?? Suka ataw tidak SUKA anda akan mengalaminya sekali dalam seumur hidup ANDA. Ini yang disebut dengan MATI.. Awal dari kehidupan yang SESUNGGUHNYA..!!!!

Tanda-tanda kematian menurut ulama adalah benar dan nyata, hanya amalan dan ketakwaan kita saja yang akan dapat membedakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulullah SAW diriwayatkan, masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhir hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehingga beliau mampu mempersiapkan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduk serta kafannya, hanya ketika sampai bahagian tubuh dan kepala saja beliau telah memanggil abangnya yaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertobat dan selalu siap dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir yaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.







Gambar Hiasan

Adapun tanda-tanda ini terdiri beberapa keadaan :

100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka-mereka yg dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sadar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging sapi/kambing yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sadar dan berdetak di hatinya bahwa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu Asar. Bagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas Arash Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Sebelum Hari Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.

3 Hari Sebelum Hari Kematian

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui/ dipahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Sebelum Hari Kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

BERSIAP SEDIALAH…..HARI ITU PASTI AKAN TIBA!! ..ADAKAH BEKAL KITA SUDAH MENCUKUPI..!????????

Wallahu a’lam

-Sumber

View the original article here

Izzue Islam, Zizan Razak, Johan Asa'ari Bakal Terbang Bersama Peminat Terpilih





Izzue Islam, Zizan dan Johan  | Kerana populariti yang dikecapi, tiga jejaka yang kian meningkat naik iaitu Izzue Islam, Zizan Razak dan Johan Asaari bakal menjelajah ke negara luar bersama peminat masing-masing.

Apatah lagi, ketiga mereka mengambil peluang itu untuk mengenali peminat dengan lebih dekat dalam suasana lebih santai.

Dilantik sebagai duta syarikat pelancongan Safir Go Travel,  bakal terbang ke Zizan dan Johan akan menghiburkan bersama peminat melancong ke Abu Dhabi dan Dubai.

Sementara itu, Izzue Islam pula terbang ke Disneyland, Hong Kong dan Macau.

Ketika ditemui, masing-masing sudah tidak sabar untuk bercuti bersama peminat apatah lagi mereka mempunyai jadual kerja yang agak padat.

Menurut Izzue, percutian selama 6 hari 5 malam ini akan diadakan pada 15 hingga 20 Disember 2013.

“Ini kali pertama saya ikuti percutian seperti ini. Bagi saya ini adalah satu peluang keemasan buat saya untuk mengenali peminat saya dengan lebih dekat.

“Selain daripada itu, saya juga berpeluang melawat destinasi yang sebelum ini saya belum pernah pergi. Pelbagai aktiviti telah diatur dan saya amat teruja untuk ke sana,” katanya.

Dalam pada itu, mari kita ikuti cerita tiga bintang yang semakin berkilauan ini.

Izzue perluas bakat




Buat kali pertama, teraju utama Bunga Merah Punya, Izzue Islam bakal terjun ke dunia teater yang akan dipentaskan pada hujung September ini.
Izzue yang memegang watak utama dalam teater Maduku...Kalut mengakui penglibatannya kali ini secara tidak langsung dapat mencuba bidang baru.

"Agak seronok dan gementar. Lagipun ia percubaan pertama saya, risau dengan penerimaan penonton.

"Insya-Allah, saya akan buat sebaiknya kerana banyak perbezaan berlakon teater dengan drama," katanya.

Selain itu, Izzue bakal muncul dengan beberapa filem seperti Hantu Tok Mudim, Ular dan Kami Histeria. Manakala April tahun depan, dia bakal muncul dengan filem Suamiku Ustaz.

"Satu lagi drama, Sahabat yang bersiaran pada 16 September lalu. Buat masa sekarang saya tumpukan perhatian lebih kepada teater.

"Sementara itu, Forteen akan keluar dengan album sulung tapi masih belum ada tajuk lagi," kata Izzue.

Menurutnya, album tersebut mengandungi tujuh hingga lapan buah lagu dan empat lagu baru.

Antara lagu yang terkandung dalam album itu adalah Kita, Seperti Dulu dan Berdua Bersatu.




Hidup lebih terurus

Baru mendirikan rumah tangga empat bulan lepas dengan pengurusnya sendiri, Awin Nurin, pelakon dan penyanyi berusia 23 itu akui semakin bahagia.

Jelas Izzue, kehidupannya sebelum dan selepas berkahwin sangat berbeza apatah lagi urusan hariannya lebih terurus.

"Jika dahulu semuanya saya lakukan sendiri, kini isteri banyak membantu menguruskan jadual kerja saya.

"Saya rasakan lebih matang dan berdisiplin hal berkaitan dengan kerja," ujarnya.

Perbezaan tersebut dapat dilihat melalui perwatakannya, Izzue berkata dia lebih bersikap terbuka dengan semua orang dan perubahan itu turut dirasai orang sekeliling.

"Mungkin hidup semakin teratur dan tidur pun sudah mengikut masa selepas bergelar suami.

"Alhamdulillah sakit pening kita sudah ada orang jaga, tidak seperti dulu," jelasnya.

Ditanya mengenai penerimaan isterinya apabila Izzue dikerumuni peminatnya, dia berkata Awin bukan jenis yang mudah melatah atau cepat cemburu dengan situasi tersebut.

Tambahnya, begitu juga sebaliknya kerana peminat menghormati perasaan isterinya ketika mereka keluar makan berdua.

"Apabila peminat ingin bergambar, isteri memahami perkara ini dan sentiasa menyokong kerjaya saya," katanya yang cukup bertuah dikurniakan isteri seperti Awin.

Menyentuh soal anak pula, Izzue menyerah semuanya kepada ALLAH SWT sama ada cepat atau lambat menimang cahaya mata.
"Buat masa sekarang ini, isteri belum ada lagi petanda mengandung. Namun saya sudah bersedia bergelar bapa dalam masa terdekat.

"Lagipun keluarga saya sendiri memang agak besar dan saya memang sukakan kanak-kanak," jelas anak kelahiran, Kota Bharu, Kelantan itu.

Zizan semakin sibuk
 

 

 

Sementara itu, bagi pelakon dan pelawak, Zizan Razak kini baru sahaja tamat penggambaran untuk telemovie terbaru bersama Izara Aishah dan Ghaz Abu Bakar iaitu Namaku Ben bagi Astro Ria saluran 104.

Memegang watak sebagai Kamal, dia berkata jalan cerita agak berlainan dengan telemovie yang pernah dia lakonkan sebelum ini.

"Ia mengenai kisah percintaan pelajar kolej sehinggalah dalam satu kejadian, ada benda menghantui mereka. Apa yang menarik, ia menggabungkan unsur komedi dan seram," kata Zizan.

Walaupun ia merupakan kali kedua bekerjasama dengan pelakon Vanilla Coklat itu, dia mengakui menyenangi cara kerja Izara.

"Izara seorang yang open minded dan suka berkongsi cerita. Dia juga bukan seorang yang sombong atau kedekut ilmu.

"Lagipun dia pelajar jurusan seni lakonan, lagi mudah untuk bekerjasama," katanya yang pernah berlakon bersama dalam filem, KL Zombie.

Berbalik kepada cerita kebocoran filem KL Gangster 2 di internet, Zizan ternyata kecewa dengan pihak terbabit apatah lagi filem itu mengambil masa agak lama untuk disiapkan.

"Namun saya percaya rakyat Malaysia akan menyokong dan menonton filem ini di pawagam.

"Sejak filem pertama mendapat sambutan luar biasa, saya yakin filem kedua ini juga menerima maklum balas yang sama," katanya.

Bercinta dengan Emma?

Jika sebelum ini, jejaka kelahiran Terengganu itu menafikan hubungan cinta dengan aktres jelita, Juliana Evans namun gosip itu terhenti apabila Juliana melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dalam masa yang sama, sekali lagi Zizan dikaitkan bercinta dengan pelakon berwajah Pan Asia, Emma Maembong yang hangat diperkatakan di media sosial.

Walau bagaimanapun, dia menafikan perkara tersebut kerana hubungan mereka berdua tidak lebih daripada sekadar teman rapat.

Tanpa berselindung, Zizan juga mengakui bahawa dia turut bertemu Emma ketika Hari Raya Aidilfitri bulan lepas.


"Ya, saya ada jumpa Emma di Terengganu. Kami beraya bersama tetapi bersama teman lain.


"Lagipun ia bukan perkara besar kerana kami tinggal berdekatan. Tiada salahnya mengunjungi teman dari satu negeri," katanya. Tambah Zizan, dia suka berkawan dengan pelakon Kau Yang Terindah itu yang bersikap matang dan mudah didekati.

"Saya tidak mahu fikir soal kahwin lagi, sebaliknya ingin tumpu pada kerjaya dan keluarga dahulu.


"Soal jodoh pula, saya masih mencari dan belum ada calon sesuai buat masa ini," ujar Zizan.

Johan semakin laris

 

Semakin rancak menerima tawaran lakonan, pelakon dikenali dengan watak Botak menerusi drama Juvana itu kian laku di layar perak.

Bakal muncul dengan filem seram bertajuk Paku arahan P.Ramesh yang bakal ditayangkan pada Disember depan diterbitkan NSK Produsction Sdn Bhd.

Berganding dengan pelakon baru, Aisha Ilyas, Johan berkata dia telah meletakkan usaha yang maksima bagi menjiwai watak suami kepada pontianak.

"Paku agak berbeza berbanding filem genre seram yang lain dari segi CGI dan sinematografi.

"Malah ia menggunakan helikopter untuk mengambil shoot dari udara seolah-olahnya kita jatuh dari bangunan tinggi," katanya yang juga berlakon dalam filem Tongkai dan Tujuh.

Selain itu, dia juga turut berlakon dalam filem Balada Pencinta yang akan ditayangkan bulan hadapan arahan Khir Rahman dan diterbitkan oleh Grand Briliance Sdn Bhd.

"Berpeluang berganding dengan nama-nama besar dalam industri perfileman seperti Wan Hanafi Su, Faizal Hussein dan Siti Saleha satu pengalaman berharga.

"Saya rasa cukup bertuah kerana diberi kepercayaan oleh pengarah tersohor tempatan," katanya turut menerima tawaran berlakon di bawah pengarah yang bagus seperti Rashid Sibir, Kabir Bhatia dan Raja Mukhriz.

Serah jodoh pada ALLAH

Sering dihambat dengan kisah percintaan bersama pelakon wanita, nama Johan sering menjadi perhatian apabila dikaitkan dengan beberapa artis wanita popular tempatan seperti Fasha Sandha dan Nabila Huda.
Baru-baru ini, nama Johan sekali lagi dikaitkan dengan penyanyi lagu Patah Seribu, Shila Amzah yang dikatakan menjalin hubungan cinta.

Namun Johan menolak kemungkinan tersebut kerana hubungan antara mereka sekadar kawan rapat sahaja.
"Saya akui hubungan kami agak baik sebagai sahabat apatah lagi keluarga kami saling mengenali.
"Dia ada ciri-ciri wanita idaman seorang lelaki namun hubungan kamu belum sampai ke tahap serius," ujarnya.
Berpegang kepada ketentuan Ilahi, Johan berkata dia menyerah soal jodohnya kepada qada dan qadar.

"Saya percaya setiap pertemuan dan perpisahan di tangan ALLAH SWT.
"Lelaki baik akan dipasangkan dengan wanita yang baik dan setiap manusia dilahirkan berpasangan.
"Siapa sahaja jodoh saya, insya-Allah saya akan menerimanya dengan hati terbuka," tegasnya

View the original article here

Izzue Islam: Sudah Sedia Jadi Bapa, Awin Mengandung


Awin mengandung? Tahniah.. Apa apa pun korang baca dulu statement ni yer.. Nanti baru buat keputusan ea...

Setelah bergelar suami kepada Awin Nurin, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam mengakui dirinya kini semakin bahagia.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzue Islam Mazlan , kehidupannya kini kian teratur dan terjaga dengan kehadiran isteri tercinta.

“Alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai isteri seperti Awin yang cukup memahami diri saya.

"Sekarang, kehidupan saya lebih teratur, makan, minum saya semuanya dijaga, Awin juga banyak membantu menguruskan jadual kerja saya.


“Kalau dulu makan seorang diri, kini makan berdua, sakit pening juga ada yang tengokkan, tidak seperti dulu. Sejujurnya, saya dapat rasakan saya bertukar menjadi seorang yang matang.”ujarnya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri ‘Sahabat’.

Selain itu, Izzue juga sudah mengakui bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa sekiranya mereka dikurniakan anak dalam masa terdekat.

“Saya tiada masalah dengan budak-budak, malah saya juga cukup sukakan mereka. Buat masa ini, masih belum ada sebarang petanda mengandung namun saya serahkan segalanya kepada tuhan, cuma tinggal lagi cepat atau lambat rezeki itu datang.

“Tidak dinafikan, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa, lagipun keluarga saya agak besar dan ramai budak-budak, jadi saya tidak kekok untuk menguruskan anak kecil.” ujar anak kelahiran Kelantan ini ketika ditanya mengenai cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, Izzue muncul dalam sebuah drama bersiri ‘Sahabat’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Pena Hiburan: Selain kerja keras dalam usaha dapatkan anak, jangan lupa terus berdoa agar anak itu kelak mampy berbakti pada ibubapa, keluarga, masyarakat, negara dan agama


sumber:astro gempak

View the original article here

Rabu, 18 September 2013

Saya Tak Pernah Berniaga Online: Izzue Islam Nafi Tipu Duit Peminat






Saya memang tidak mempunyai sebarang perniagaan sampingan
 Penyanyi serta pelakon Izzue Islam mengakui agak terkejut apabila ada pihak menuduhnya menipu duit peminat dengan menjual telefon bimbit. Walaupun sudah menafikan perkara ini dalam sebuah akhbar, namun masih ada peminat yang meminta wang serta mengungkit isu tersebut.

“Walaupun sudah memberikan kenyataan sebelum ini namun saya masih dianiaya dan difitnah kononnya saya menipu duit peminat. Disini saya ingin menegaskan yang akaun Instagram serta nombor telefon yang diberikan itu bukan milik saya,” ujar Izzue ketika ditemui di siding media teater Maduku Kalut di Istana Budaya, Kuala Lumpur, petang Khamis.

Izzue turut menjelaskan yang dia memiliki satu akaun sahaja dengan nama Izzue Islam yang mana pengikutnya 133,000 ribu dan berharap agar para peminat tidak percaya dengan individu yang menggunakan akaun palsu atas namanya untuk kepentingan sendiri.







Rujukan:

“Setakat ini sudah ada tiga orang yang tampil memberitahu bahawa mereka kena tipu dan saya tidak pasti sama ada terdapat orang lain yang turut mengalami nasib yang sama. Saya difahamkan bahawa mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun milik kawan isteri saya (Awin) padahal isteri saya tidak kenal langsung individu tersebut,” katanya.

“Saya berharap mereka diluar sana lebih berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa barang di laman sosial. Saya memang tidak mempunyai sebarang perniagaan sampingan dan kepada mereka yang tertipu itu boleh tampil dengan menunjukkan bukti yang kukuh.”


Sokongan izzue terhadap Artikel ini



sumber:gua.com

View the original article here

Sabtu, 14 September 2013

Kebenaran Islam Tentang Kucing Sejak 1500 Tahun Yang Lalu

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.



Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.



Kajian Yang Dijalankan

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:



  1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.


  2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.


  3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.


  4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.


  5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.



Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.



Hadith-Hadith Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Wallahu’alam….

-Sumber

View the original article here

Ahad, 4 Ogos 2013

Roh yang kembali di Bulan Ramadhan

ROH YANG KEMBALI DI BULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. 

Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. 

Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan..

Sabtu, 20 Julai 2013

(Video)Burung, Kucing, Sapi, dan Singa Bersujud dan Menyebut Nama Allah

Burung, Kucing, Sapi, dan Singa Bersujud dan Menyebut Nama Allah

Didalam Al-Quran Surat Al-Hajj ayat 18 Allah jelaskan:

"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar dari pada manusia? Dan banyak di antara manusia yang telah ditetapkan azab atasnya. Dan barangsiapa yang dihinakan Allah maka tidak seorangpun yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki." (Al-Hajj: 18)

Telah nampak bukti kebesaran Allah didepan kita! LALU APAKAH KITA MASIH MENDUSTAI KEBESARAN & KUASA ALLAH?. Lihatlah, seekor burung yang "bersujud" menghadap kiblat. Anda mengira burung ini mati, tapi lihatlah! kakinya tetap berdiri tegak... Dan lihat! kucing yang "bersujud", mungkin anda mengira mereka sedang tertidur.. Tapi kita tidak tahu rahasia dibalik itu. bukankah Firman Allah "Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebagian besar dari pada manusia?"....???



Allah jelaskan pula dalam surat Al-Israa' ayat 44:

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun." (Al-Israa: 44)

Maha benar atas segala firman-Nya. Lihatlah burung, singa, dan lembu.. bukankah mereka menyebutkan nama Allah?. MASIHKAN ENGKAU DUSTAI KEBESARAN & KUASA ALLAH? betapa hinanya manusia ini?

Dan sekarang anda mencoba membuat seribu alasan untuk mendustai "kabar ini (Video ini)" Nauzubillah.. tak cukupkah kuasa Allah ini sebagai pembelajaran bagi anda? "Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun....."

Tujuan video ini tak lain dan tak bukan hanya ingin memberi khabar kepada kita semua, betapa besar kuasa Allah kepada kita. Tapi kita tidak berfikir akannya.

"DAN...NIKMAT MANA YANG ENGKAU DUSTAI?" (Ar-Rahman)

"Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong." (As-Sajdah: 15)
______________________________________
Editing By ZulfanStudio Production™
Editor By: Akhiy Zulfan Afdhilla (@Zulfan_Afdhilla)

LIKE dan SHARE post ini.

Jumaat, 19 Julai 2013

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. Confirm.. !!!

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.
1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat & terma.
2x bonus Raya Tahun 2013

 Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :
1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya. bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja. kejar,jgn tak kejar.. asyik kira duit ja kan... sesekali kira la pahala yang ada. cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus2 duit selama ni.

Like dan Share

(Video)Anda sudah tahu bila anda akan mati 100 hari tanda kematian menurut islam

100 hari tanda kematian 

100 hari tanda kematian menurut islam video.Ehsan daripada budak kampung media . Sekalipun tanda-tanda kematian ini tiada terdapat di dalam hadits yang shahih namun ianya adalah diberitahukan akan dia oleh pada 'ulama, maka ianya boleh dijadikan sebagai iktibar kepada kita di dalam kehidupan sebelum kematian akan menemui kita nanti .


Wallaahu a'lam . { versi ringkas] peringatan untuk kita semua hamba yang sentiasa terlalai. cukuplah sekadar mengambil manfaat serta mendoakn admin/editor/orang yang 'share' video ini sentiasa diberi taufiq dn hidayah Allah s.w.t dn dimatikan dalam iman.Inilah petanda 100 hari tanda kematian menurut islam (video).Ya Allah Ampunilah dosa-dosa hamba Mu Ya Allah.

Tolong LIKE dan SHARE post ini dan sebarkan kepada orang dengan mengingati MATI.