Memaparkan catatan dengan label Pernah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pernah. Papar semua catatan

Rabu, 18 September 2013

Saya Tak Pernah Berniaga Online: Izzue Islam Nafi Tipu Duit Peminat






Saya memang tidak mempunyai sebarang perniagaan sampingan
 Penyanyi serta pelakon Izzue Islam mengakui agak terkejut apabila ada pihak menuduhnya menipu duit peminat dengan menjual telefon bimbit. Walaupun sudah menafikan perkara ini dalam sebuah akhbar, namun masih ada peminat yang meminta wang serta mengungkit isu tersebut.

“Walaupun sudah memberikan kenyataan sebelum ini namun saya masih dianiaya dan difitnah kononnya saya menipu duit peminat. Disini saya ingin menegaskan yang akaun Instagram serta nombor telefon yang diberikan itu bukan milik saya,” ujar Izzue ketika ditemui di siding media teater Maduku Kalut di Istana Budaya, Kuala Lumpur, petang Khamis.

Izzue turut menjelaskan yang dia memiliki satu akaun sahaja dengan nama Izzue Islam yang mana pengikutnya 133,000 ribu dan berharap agar para peminat tidak percaya dengan individu yang menggunakan akaun palsu atas namanya untuk kepentingan sendiri.







Rujukan:

“Setakat ini sudah ada tiga orang yang tampil memberitahu bahawa mereka kena tipu dan saya tidak pasti sama ada terdapat orang lain yang turut mengalami nasib yang sama. Saya difahamkan bahawa mangsa memasukkan sejumlah wang ke akaun milik kawan isteri saya (Awin) padahal isteri saya tidak kenal langsung individu tersebut,” katanya.

“Saya berharap mereka diluar sana lebih berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa barang di laman sosial. Saya memang tidak mempunyai sebarang perniagaan sampingan dan kepada mereka yang tertipu itu boleh tampil dengan menunjukkan bukti yang kukuh.”


Sokongan izzue terhadap Artikel ini



sumber:gua.com

View the original article here

Isnin, 16 September 2013

Akim Tak Pernah Paksa Stacy

Kebelakangan ni riuh sana sini memperkatakan Stacy sudah memeluk Islam, namun telah dinafikan oleh Stacy. Walau bagaimanapun baru baru ini kita dikejutkan lagi kononnya Akim memaksa Stacy memeluk Islam, rupanya ianya hanyalah kabar yang sengaja diadakan oleh pihak pihak tertentu. Jom kita dengar apa kata mereka.

Hampir 5 tahun menjalinkan hubungan sebagai rakan rapat, Akim Ahmad akui Stacy yang sering digosipkan sebagai kekasihnya itu seorang yang suka bertanyakan mengenai perihal agama Islam kepadanya.

Menurut Akim, beliau tidak pernah memaksa atau menyuruh Stacy untuk memeluk Islam, tetapi dia lebih senang berkongsi mengenai agama Islam kepada penyanyi itu.

"Stacy memang tidak pernah beritahu yang dia mahu peluk Islam kepada saya, tetapi dia ada juga bertanya-tanya pada saya tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Mana yang saya tahu, saya kongsikan dengannya.





"Bab-bab agama ni sensitif, masing-masing ada kepercayaan. Jadi saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Saya kongsi apa yang saya tahu

"Tapi, saya terkejut juga bila dia pakaikan Bella (anak angkat Stacy) tudung. Kalau dia ada keinginan begitu (peluk Islam) bagus lah.

Dalam pada itu, Akim tidak pernah mengaku dia dan Stacy ada menjalinkan hubungan cinta, sebelum ini memberitahu dia memang mengharapkan hubungan rapat yang telah terjalin sejak lima tahun itu akan melangkah ke tahap yang lebih serius. Tambahan kedua-dua keluarga sangat menyenangi hubungan mereka.






"Buat masa ini, saya lebih suka sifatkan hubungan kami sebagai kawan rapat. Tapi, mungkin kalau ada jodoh hubungan kami ni boleh pergi ke tahap yang lebih serius, saya tidak menolak.

"Namun terus-terang buat masa ini saya tak fikir untuk nak tamatkan zaman bujang lagi. Perjalanan saya dalam industri ni masih panjang. Saya sedar saya masih teraba-raba lagi dalam industri ni, jadi soal kerjaya yang saya perlu utamakan dulu," jelasnya lagi.

sumber ; kezoom

View the original article here

Selasa, 10 September 2013

24 Manusia Yang Pernah Mengaku Nabi Dalam Sejarah!

Seperti yang wajib dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 sahaja yakni nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan ada lagi nabi-nabi lain selepas Baginda..Namun, masih ada lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai..Nak tahu siapa mereka ini, meh usha kat bawah..



1. Lia Aminuddin
Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.

2. Ahmad Mukti
Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.

3. Dedi Mulyana
Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.

4. Ahmad Musaddeq
atau H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telahbertaubat pada 9 November 2007.

5. Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah
Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam.

6. Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib.
Penganut fahaman Syiah yang meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi sekaligus.

7. Mirza Ali Mohammad (abad 19).
Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati oleh pemerintah Iran tahun 1843.

8. Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala
Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal dari Kaherah, Mesir.

9. Muhammad Bakri
Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh oleh pengikutnya sendiri, kemudian mayatnya disalib di atas papan kayu.

10. Tsurayya Manqus
Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.

11. Amru bin Luhayyi,
Berasal dari Kabilah Khuza’ah. Orang pertama yang mengubah agama Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.

12. Musailamah al-Kadzdzab
Berusia 150 tahun, mati tahun 12 H/633 M. Memiliki penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.

13. Zoroaster
Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam perang melawan Bactria (Balkh).

14. Mazdak
Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.

15. Al-Aswad al-Ansi
Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka’ab bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.

16. Al-Mukhtar bin Abi Ubaid
Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair di Harura.

17. Mirza Husein Ali.
Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya, Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.

18. Asy-Syaikhah Manal Wahid Manna
Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak tahun 1995. Dia dipenjara oleh pemerintah Mesir.

19. Daishan,
Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran bertuhan dua di Parsi dari agama Majusi.

20. Mirza Ghulam Ahmad,
Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera

21. Marcion
Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan pemahaman Marcionisme

22. Mani
Berasal dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh, dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.

23. Sutarmin
Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun 2013.

24. Ashriyanti Samuda
Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat setempat.

sumber : amekaw.com

View the original article here