Memaparkan catatan dengan label Mengaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mengaku. Papar semua catatan
Sabtu, 21 September 2013
Lina Joy, Wanita Melayu Yang Mengaku Murtad Pada 2007
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.
Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.
Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.
“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga,” katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.
Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).
Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.
Menurut Kalthum, dia langsung tidak menyangka perhubungan anaknya dengan seorang lelaki bukan Islam telah membawa kepada murtad.
“Dia ada telefon saya dua hari sebelumAidilfitri (baru-baru ini) tetapi dia tetap macam itu juga (masih murtad),” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Pembela, Dr. Yusri Mohamad berkata, kemuliaan agama Islam perlu dipertahankan dengan ketegasan di negara ini.
“Memang kita sedih bila mendengar mengenai keluarga Puan Kalthum tetapi kalau kita berlembut dan tidak pertahankan Islam, ia akan buka pintu masalah kepada keluarga-keluarga lain,” katanya.
Sumber
Khamis, 19 September 2013
Hans Mengaku Telefon Neelofa Setiap Hari
Selepas tamat tayangan filem Lemak Kampung Santan, nampaknya berita mengenai ‘kisah cinta’ antara Hans Isaac dan Neelofa juga semakin berkurang. Bagaimanapun menurut pengarah, penerbit dan juga pelakon ini, hubungannya dengan aktres juga pengacara jelita itu masih seperti biasa. Mereka masih berkawan baik. Malah Hans mendedahkan hampir setiap hari dia berbual dengan Neelofa menerusi telefon.
“Selagi belum tiba tayangan Lemak Kampung Santan saya memang letak syarat yang saya dan Neelofa tak akan terima temuramah bersama-sama. Tapi bila filem itu hendak ditayangkan, untuk promosi, barulah kami bersetuju untuk sesi temuramah dan fotografi berdua. Syarat tersebut memang dah termaktub dalam kontrak. Tapi selepas tayangannya tamat, maka penampilan kami berdua pun selesai lah.
“Tapi kami masih berkawan baik. Saya hubungi dia hari-hari. Kami tak cerita pasal kerja atau filem. Tapi kami selalu berbual tentang kehidupan”, kata Hans kepada pihak media tatkala diajak berkongsi mengenai perkembangan hubungannya dengan Neelofa.
Hans dan Neelofa mula rapat dan digosipkan bercinta sejak mereka berdua bergandingan dalam filem arahan Hans sendiri, Lemak Kampung Santan. Bagaimanapun sehingga kini kedua-duanya tidak pernah mengesahkan yang mereka menjalin cinta sebaliknya masing-masing menyatakan mereka sebagai sahabat baik.
Dalam pada itu, Hans mmberitahu meskipun sambutan Lemak Kampung Santan kurang memberangsangkan di pawagam, namun berita buat penonton filem tempatan kerana filem tersebut kini boleh ditonton menerusi telefon dengan melayari laman web tonton.com.my ataupun di laman web ESCnow.com
Bikin Filem Kontroversi?
Dalam perkembangan lain, walaupun Hans telah membuat keputusan tidak lagi mahu mengarah ekoran kecewa dengan sistem industri perfileman tanah air, namun dia kini sedang merancang untuk menghasilkan sebuah filem berkisar sebuah kisah benar dan mistik.
Tetapi Hans memberitahu filem berkenaan bakal menjalani penggambaran pada Februari tahun depan di Singapura dan akan diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan filem millik seorang rakannya di sana.
“Saya akan hasilkan sebuah filem tapi penggambarannya akan dijalankan di Singapura pada Februari tahun depan. Filem ini memang tak akan ditayangkan di sini sebab saya dapat rasakan yang filem tu nanti pasti akan ada pemotongan.
“Jadi saya tak mahu filem ini dipotong, itu juga sebab saya akan jalankan penggambaran di Singapura kerana di sana lebih bebas. Lagipun saya hasilkan filem tersebut untuk tontonan antarabangsa dan mensasarkan untuk membawa ia ke festival filem seperti Festival Filem Cannes”, tuturnya yang juga tidak menolak andaian filem tersebut mungkin mencetuskan kontroversi sekiranya ia ditayangkan di Malaysia.
Menurut Hans lagi, filem bergenre drama itu diberi judul Carmina iaitu sempena nama ibunya. Ia berdasar satu peristiwa yang dialami Hans sendiri ketika pemergian ibunya yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu akibat penyakit kanser. Bagaimanapun Hans berkata dia tidak mungkin turut berlakon dalam filem tersebut sebaliknya akan mencari seorang pelakon yang benar-benar layak menghidupkan watak sebagai dirinya.
“Filem ni tentang ibu saya dan satu peristiwa yang berlaku pada saya. Tapi saya rasa saya tak mungkin akan berlakon dalam filem ni. Tapi saya akan cari seseorang yang kenal sangat dengan saya, yang kenal ibu saya dan yang boleh melakonkan watak diri saya dengan ikhlas”, katanya.
Selasa, 10 September 2013
24 Manusia Yang Pernah Mengaku Nabi Dalam Sejarah!
Seperti yang wajib dipercayai oleh umat Islam, utusan Allah S.W.T atau nabi hanya ada 25 sahaja yakni nabi terakhir adalah Nabi Muhammad S.A.W dan tidak akan ada lagi nabi-nabi lain selepas Baginda..Namun, masih ada lagi golongan manusia yang mengaku sebagai Nabi dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai..Nak tahu siapa mereka ini, meh usha kat bawah..

1. Lia Aminuddin
Pengasas agama Salamullah. Mengaku menerima wahyu dari malaikat Jibril dan menggelar dirinya Nabi dan Rasul serta Imam Mahdi. Dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Agung.
2. Ahmad Mukti
Putera kepada Lia Aminuddin dan dianggap sebagai Nabi Isa.
3. Dedi Mulyana
Berasal dari Banten dan merupakan ‘nabi’ yang berkelakuan aneh. Mengaku memperoleh wahyu itu dari musyawarahnya dengan jin-jin di laut.
4. Ahmad Musaddeq
atau H. Abdul Salam (lahir di Jakarta pada 1942), mengaku menjadi Nabi pada 23 Julai 2006. Merupakan pemimpin Al-Qiyadah Al-Islamiyah. Kitab suci mereka adalah Al-Qur’an dengan pemahaman sendiri. Mengaku telahbertaubat pada 9 November 2007.
5. Sajah binti Al-Harits bin Suwaid bin Aqfan at-Tamimiyah
Berasal dari Bani Yarbu (mati tahun 55 H/675 M). Seorang dukun wanita yang mengaku Nabi di zaman Abu Bakar ash-Shiddiq dan kemudiannya dinikahi oleh Musailamah al-Kadzdzab. Setelah Musailamah terbunuh, Sajah melarikan diri ke Iraq kemudian masuk Islam dan mati dalam keadaan Islam.
6. Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Ja’far bin Abi Thalib.
Penganut fahaman Syiah yang meyakini proses kelahiran semula. Dia mengaku sebagai Tuhan dan Nabi sekaligus.
7. Mirza Ali Mohammad (abad 19).
Pengasas agama Babisme dan penganut Syiah, dihukum mati oleh pemerintah Iran tahun 1843.
8. Muhammad Abdur Razak Abul ‘Ala
Seorang tukang jahit yang mengaku sebagai Nabi. Berasal dari Kaherah, Mesir.
9. Muhammad Bakri
Berasal dari Yaman. Mengaku sebagai nabi namun kemudiannya dibunuh oleh pengikutnya sendiri, kemudian mayatnya disalib di atas papan kayu.
10. Tsurayya Manqus
Seorang wanita yang amat teliti dan merupakan seorang cendekiawan dalam bidang sejarah dari Yaman yang mengaku sebagai Nabi.
11. Amru bin Luhayyi,
Berasal dari Kabilah Khuza’ah. Orang pertama yang mengubah agama Nabi Ibrahim dan Ismail kearah kesyirikan dan penyembahan berhala.
12. Musailamah al-Kadzdzab
Berusia 150 tahun, mati tahun 12 H/633 M. Memiliki penganut seramai 40,000 orang. Mati dibunuh oleh Wahsyi dengan tombaknya pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq.
13. Zoroaster
Berasal dari Parsi, 660-583 SM), kitab suci: Avesta. Mati terbunuh dalam perang melawan Bactria (Balkh).
14. Mazdak
Berasal dari Parsi, 487-523 M, pengasas aliran Mazdakiyah (Serba Boleh dan Semua Halal), kitab suci mereka adalah Zanda. Telah mati dibunuh.
15. Al-Aswad al-Ansi
Riwayat hidup: 11 H/632 M. Turut dikenali sebagai Abhalah bin Ka’ab bin Auf al-Ansi al-Madzhiji , seorang dukun dari Yaman. Mati dibunuh oleh Fairuz, kerabat isteri al-Aswad.
16. Al-Mukhtar bin Abi Ubaid
Berasal dari Thaif, 622-687 M/67 H, seorang penganut Syiah yang mengaku Nabi dan mendapat wahyu. Dia adalah saudara ipar kepada Abdullah bin Umar radhiyallahu ‘anhu. Mati dibunuh oleh Mush’ab bin Az-Zubair di Harura.
17. Mirza Husein Ali.
Pengasas agama Bahaisme (pengganti Babisme) dan penganut Syiah. Mengaku Nabi pada tahun 1862 dan mati pada tahun 1892, kemudian diteruskan oleh anaknya, Abbas Efendy yang berpusat di Chicago.
18. Asy-Syaikhah Manal Wahid Manna
Wanita tersebut mula menyebarkan ajaran sesatnya sejak tahun 1995. Dia dipenjara oleh pemerintah Mesir.
19. Daishan,
Pengasas ajaran Daishaniyah iaitu satu ajaran bertuhan dua di Parsi dari agama Majusi.
20. Mirza Ghulam Ahmad,
Berasal dari India, 1835-1908. Pengasas agama Ahmadiyah. Kitab suci mereka adalah Tadzkirah. Mati akibat terkena wabak penyakit kolera
21. Marcion
Berasal dari Rom, ± 144 M, pengasas gereja Marcionite dan pemahaman Marcionisme
22. Mani
Berasal dari Parsi, ± 242 M, pengasas agama Manichaeisme (al-Maniwiyah). Mati dibunuh, dikuliti, dan kulitnya diisi jerami dan digantung oleh Bahram.
23. Sutarmin
Lelaki yang mengaku nabi ini muncul di lereng Gunung Lawu pada awal tahun 2013.
24. Ashriyanti Samuda
Seorang wanita muda yang percaya bahawa dirinya adalah nabi. Untuk merekrut pengikut, warga Kepulauan Sula, Maluku ini menerbitkan buku yang dicetaknya sendiri kemudian disebarkan kepada masyarakat setempat.
sumber : amekaw.com

Langgan:
Catatan (Atom)