Memaparkan catatan dengan label bonus kakitangan kerajaan belanjawan 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonus kakitangan kerajaan belanjawan 2013. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Julai 2013

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua

Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua. Confirm.. !!!

Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.
1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
3. Dibayar tahun ini juga.
4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
6. Pemberian bonus bersyarat & terma.
2x bonus Raya Tahun 2013

 Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :
1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawal
3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terkhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya. bonus orang berpuasa dan yang mencari lailatul qadar sahaja. kejar,jgn tak kejar.. asyik kira duit ja kan... sesekali kira la pahala yang ada. cukup ke nak peroleh kasih sayang Allah dengan bonus2 duit selama ni.

Like dan Share

Khamis, 18 Julai 2013

Bonus kakitangan kerajaan belanjawan 2013

Bonus kakitangan kerajaan belanjawan 2013  – Kerajaan Masih Belum Beri Kata Putus.PUTRAJAYA – Kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus raya 2013 kepada 1.4 juta penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan sebelum ini telah mengumumkan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak dua kali untuk tahun ini sahaja.

“Itu juga boleh dianggap bonus, namun terpulang kepada kerajaan tetapi selalunya pemberian bonus pada hujung tahun dan bergantung kepada output, sekarang terlalu awal untuk membincangkan perkara itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Ali berkata untuk tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM2 bilion bagi pemberian KGT selain penyelarasan gaji untuk skim-skim tertentu.

“Bagi bulan ini sahaja sebanyak enam skim akan ditambah baik dan 81 skim lagi pada November nanti,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk pemberian bonus setengah bulan gaji sebelum Adilfitri yang dijangka disambut pada 8 Ogos ini.Terdahulu, Ali merasmikan seminar bertajuk ‘Meningkatkan Kualiti Kawal Selia dan portal ‘Dasar Nasional Mengenai Pembangunan dan Pelaksanaan Kenyataan Impak Hubungan dan Kawal Selia’.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Minggu lepas, Cuepacs memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.Pada 9 Ogos tahun lepas, kerajaan membayar bonus hari raya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan bagi membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. – Bernama

Kesilapan Artikel Lama Bonus kakitangan kerajaan belanjawan 2013 

Harap maaf ya, bonus kakitangan kerajaan belanjawan 2013 bel;um diumumkan lagi, bawa bersabar.