Memaparkan catatan dengan label Malaysia News Today. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia News Today. Papar semua catatan

Selasa, 27 Ogos 2013

Seludup dadah dapat FREE pistol

Putrajaya: Peningkatan kejadian jenayah tembak di Kelantan dipercayai ada kaitan dengan hadiah pistol yang diberikan sindiket pengedaran dadah kepada anggota mereka yang berjaya menyeludup masuk dadah dari Thailand ke Malaysia.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, risikan pihak berkuasa mendapati selain menerima ganjaran wang, penyeludup dadah juga diberi pistol sebagai hadiah bonus.

Menurutnya, jika pengedar dadah itu berjaya menyeludup masuk dadah bernilai RM100,000 mereka akan diberi upah wang tunai serta hadiah tambahan atau bonus iaitu sepucuk pistol jenis Baretta, Smith & Wesson, Glock atau Colt.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nilai upah wang tunai yang diterima penyeludup terbabit, namun menegaskan jumlah upah yang lumayan itu berserta pemberian pistol sebagai hadiah tambahan, nyata berjaya menarik minat penduduk tempatan untuk terbabit dalam aktiviti itu.

Sumber Hmetro

Rabu, 21 Ogos 2013

Lori terbalik akibat pancit

KOTA – “Kami berdua cemas seketika dan berusaha menyelamatkan diri keluar dari lori apabila lori terbalik di tengah jalan susulan tayar belakang sebelah kanan pancit,” kata pemandu lori muatan ais, Kamal Arifin Ahmad, 48, ketika ditemui di lokasi kemalangan di Kilometer 36, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Kamal dan kelindan lori, Mansor Sahbudin, 57, nekad memanjat keluar melalui pintu sebelah kiri bagi menyelamatkan diri kerana lori mereka terbalik di tengah jalan.

Kamal berkata,  mereka bernasib baik kerana ketika kejadian tiada kenderaan lain yang melalui lokasi berkenaan dan terdapat sebuah jentera berat (JCB) yang membantu menolak lori ais yang terbalik ke tepi bagi memastikan lalu lintas tidak terhalang.“Ketika kejadian kami sebenarnya dalam perjalanan menghantar kira-kira 160 beg berisi ais dari Seremban ke Tampin, namun pesanan ini terlewat beberapa jam kerana kami harus menunggu bantuan lori lain untuk mengangkut pesanan ini.

“Jika diikutkan ini merupakan pengalaman kali pertama saya terbabit dalam kemalangan sejak bekerja sebagai pemandu lori empat tahun lalu.  Bagaimanapun, kami bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius susulan insiden ini,” katanya.Mansor pula berkata, kejadian itu menyebabkan kakinya terkena sebatang kayu yang berada dalam lori berkenaan semasa lori terbalik.

“Walaupun sakit sedikit saya tetap juga berasa sangat bersyukur kerana kemalangan ini hanya membabitkan kami sahaja dan tidak membabitkan kenderaan lain atau kemalangan menjadi lebih buruk lagi, " katanya.

Sumber:sinarharian

37 maut dan penumpang cedera akibat kemalangan di Genting

Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam. Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.

PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam


  • Bas terhumban dalam gaung di Jalan Genting Highlands
  • Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas
  • Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara
Sumber:Bharian

Giler arr atok dan nenek ni memang brutal

Sungai Siput: Hanya kerana wang RM36 yang hilang, satu pasangan suami isteri warga emas bergaduh hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah dalam kejadian di kampung baru, di sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 12 tengah hari kelmarin, pasangan terbabit ‘berperang’ apabila si isteri berusia 66 tahun menuduh suaminya yang berusia 73 tahun mencuri wang. 

Sumber polis berkata, tuduhan isterinya menyebabkan si suami menetak kepala isterinya dengan parang, manakala si isteri mempertahankan dirinya dengan tukul besi.Berdasarkan siasatan awal, si isteri berjaya merampas parang yang digunakan suaminya itu sebelum membalas serangan dengan menetak suaminya pula.
PETUGAS ambulans memeriksa kecederaan lelaki terbabit.


WANITA terbabit memeriksa kecederaan dialami.

“Tidak cukup dengan itu, si isteri turut menyimbah minyak panas ke atas suaminya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan yang didengari jiran mereka.

Sumber:Hmetro

Pemandu teksi dalam 4 jam ditahan 2 kali

Kuala Lumpur: Pemandu degil. Itu tindakan dibuat seorang pemandu teksi yang dicekup dalam operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebanyak dua kali dalam tempoh empat jam atas kesalahan sama iaitu tidak menggunakan meter, kelmarin.Dalam operasi yang dijalankan SPAD berdasarkan 79 aduan terkini daripada orang awam, 27 teksi ditahan permit di bawah notis 79 dan sebuah teksi disita atas kesalahan tidak menggunakan meter.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, teksi berkenaan yang dipandu seorang lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam (kelmarin) atas kesalahan tidak menggunakan meter.“Pemandu itu diberi notis pada mulanya dan dalam operasi sama, dia ditahan sekali lagi empat jam kemudian di kawasan yang sama.


“Pemandu berkenaan turut ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana gagal saringan awal ujian air kencing yang positif dadah,” katanya dalam operasi SPAD bersama AADK, di sini.

Katanya, SPAD mengambil langkah proaktif menerusi Ops Khas Teksi bersama AADK di sekitar KLCC, Pavillion, Jalan Bukit Bintang, dan KL Sentral .Menurutnya, mereka menggunakan kaedah penyamaran bagi mengesan kesalahan pemandu teksi yang tidak menggunakan meter.“Dalam fasa pertama, kami dapat mengesan 15 kes dan pada waktu malam ditambah lagi 12 kes yang dikenakan tindakan termasuk sebuah teksi disita.“Hingga Ogos 2013, SPAD berjaya menahan 144 teksi yang sering melakukan pelbagai kesalahan dalam siri operasi dilakukan sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata, pemilik permit teksi diberi tempoh 5 hari untuk hadir ke ibu pejabat SPAD untuk siasatan lanjut dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22 atas kesalahan tidak menggunakan meter dan Seksyen 75 untuk kesalahan menetapkan kadar tambang di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Sumber:Hmetro

Jumaat, 16 Ogos 2013

Rezeki Penjual Kek Bertambah

KUALA LIPIS - Mengintai peluang berniaga di pasar malam tanpa mengenal jemu dan bersungguh-sungguh sehingga mengukir kejayaan, Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, menjadi usahawan kek yang berjaya seperti sekarang.

Biarpun hanya berpendidikan sehingga sekolah menengah, Mohd Fauzi yang tinggal di Felda Sungai Koyan tidak pernah putus asa walaupun mengalami kesukaran pada peringkat awal perniagaan.

Mohd Fauzi berkata, usaha membuat pelbagai jenis kek untuk dijual di pasar malam dan pekan sehari tidak sesukar mana bagi menjana pendapatan keluarga dengan menggunakan modal yang kecil.

Malah katanya, pengalaman membantu keluarga menjalankan perniagaan semasa usia remaja banyak membantunya dalam usaha memacu perniagaan.

“Saya memulakan perniagaan menjual kek segera menggunakan modal sekecil RM100 dengan bantuan ibu dan isteri yang membuat pelbagai jenis kek termasuk kek cawan untuk jualan di merata-rata tempat.

“Saya hanya menggunakan motosikal, payung dan meja kecil untuk menjual makanan ini termasuk di pasar malam pekan Sungai Koyan,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, kemahiran adunan dan resipi yang betul menyebabkan produk kek diusahakannya berjaya menambat hati pelanggan.

Menurutnya, ketika berniaga di bazar Ramadan Sungai Koyan baru-baru ini, dia memperoleh pendapatan antara RM200 hingga RM300 dalam tempoh empat jam sahaja bermula jam 3 petang.

“Kek ini dipotong dan dijual mengikut saiz tertentu antara RM3 hingga RM8 yang berpatutan dan mampu dibeli pengunjung bazar serta pasar malam.

“Saya akan teruskan perniagaan ini selepas Hari Raya Aidilfitri dengan menumpukan lokasi pekan sehari dan pasar malam di Lipis serta  Raub,” katanya.

Mohd Fauzi juga berhasrat untuk mengikuti kursus teknik pembungkusan dan menjenamakan produk keknya untuk memudahkan pasaran serta tahan lama

Khamis, 15 Ogos 2013

Jawatan kosong bagi mereka yang berminat bekerja di ASSUNTA

Tempat Temuduga : Pusat Jobsmalaysia Kelana Jaya
No.2, Jalan SS5B/2, SS5, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya, Selangor

Tarikh : 4hb, 11hb, 18hb & 25hb September 2013(Rabu)
Masa : 10.00pagi - 3.00petang


1. Pembantu Hospital
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 6
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 900
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati Bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

2. Eksekutif Teknologi Maklumat
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 3
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 2000
Kelayakan Yang Diperlukan : IJAZAH : Information Technology
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

3. Pengajar Klinikal
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 1
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 2150
Kelayakan Yang Diperlukan : IJAZAH : Nursing
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

4. Kerani Am Pejabat
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 7
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 900
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati Bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

5. Warden Asrama
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 1
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 1495
Kelayakan Yang Diperlukan : DIPLOMA : ANY
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati Bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

6. Jurumasak
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 1
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 900
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati Bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

7. Pekerja Am
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 2
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 900
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati Bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

8. Pengawal Keselamatan
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 7
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 900
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati Bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

9. Juruteknik Sains Perubatan
Status Kekosongan Jawatan : Tetap
Bilangan Kekosongan Jawatan : 3
Negeri : SELANGOR
Bahagian / Daerah : PETALING
Gaji Ditawarkan : RM 900
Kelayakan Yang Diperlukan : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL : SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL
Pegawai untuk Dihubungi : Haryati Bt Hussin
Emel : hharyati@assunta.com.my
Kemudahan : Perubatan

Remaja disembelih oleh bapa saudara

Kajang: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mati dikelar bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah kuil di Taman Sri Reko, di sini, pagi semalam.Difahamkan, selepas bertindak menyembelih leher anak saudaranya itu, lelaki berusia 59 tahun terbabit kemudian mengelar lehernya sendiri.Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian jam 11.30 pagi itu disedari sanak saudara lain yang bertindak menghubungi polis.

anggota keluarga disiasat
 “Sebelum kejadian itu, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini sedang membantu ibu saudaranya membasuh pinggan di dapur rumah lelaki itu.

lokasi remaja disembelih oleh bapanya
Mayat remaja yang disembelih

“Secara tiba-tiba, bapa saudara mangsa masuk ke dapur dan mengheret tangan mangsa dan membawanya ke sebuah kuil yang terletak di depan rumah mereka,” katanya.

Sumber:Hmetro

Top 5 Review Senarai Hotel Di Kuala Lumpur

Saya senaraikan hotel terbaik di Kuala Lumpur bagi memudahkan mereka mencari tempat tidur yang selesa dan berhampiran dengan kemudahan seperti LRT, ERL dan Komuter serta harga yang berpatutan.Hotel hotel kuala lumpur yang senaraikan ini adalah senarai terkini TOP 5 Senarai Hotel Di Kuala Lumpur.Jika anda ingin melihat hotel bajet di Kuala Lumpur boleh search di ruangan dibawah.


Sri Tiara Residences
Area: Mid Valley / Bangsar  Show map

Rabu, 14 Ogos 2013

Ambik nak belasah sangat dah kene buru dengan polis

GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.
Lelaki belasah isteri kini diburu polis

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya. Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernam

Surau jadi tokong diroboh

Langkah diambil bagi elak penghinaan ke atas Islam

Johor Bahru: Surau di Tanjung Sutera Resort Sedili Besar, Kota Tinggi, yang diguna untuk upacara keagamaan penganut Buddha dijangka diroboh selepas siasatan mengenai kes itu selesai. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata keputusan mengenai nasib bangunan yang dipercayai dibina dengan kos lebih RM60,000 itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam tempoh sebulan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ 
  • Pemilik resort direman 4 hari bantu siasatan kes benar penganut Buddha guna premis
  • Sultan Johor titah JAJ keluar pekeliling tentukan arah kiblat di pusat peranginan, hotel
Sumber: Bharian.com.my

Lagi kes kanak-kanak hilang di MERU

Kanak-kanak hilang di Taman Meru, Jelapang, Ipoh. 

Dear ALL, jika anda ada ternampak anak-anak ini, cepat-cepat call Polis atau nombor yang tertera di dalam gambar. Semoga anak-anak ini selamat pulang ke pangkuan keluarga. Sabarlah wahai ibu dan bapa anak ini, insyaAllah mereka akan dilindungi dari sebarang malapetaka. Hulurkan bantuan, walaupun kita tak kenal satu sama lain. Minta tolong share post ini. Bantuan dan kerjasama anda sangat diperlukan. Thank you

Klik 2x untuk besarkan.


Jawatan kosong Pegawai Kewangan Pos 40 Kekosongan Di Seluruh Negeri

Temuduga Terbuka Pos Malaysia - 20 Ogos 2013 
Pos Malaysia Ogos 2013. Pos Malaysia mempelawa calon calon yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka seperti berikut :

1. PEGAWAI KEWANGAN (40 Kekosongan-All State)

Tarikh Temuduga : 20 Ogos 2013
Masa : 10:00 Pagi ~ 2:00 Petang
Tempat : Pusat JobMalaysia Kelana Jaya,
No 2, jln SS5B/2, SS5 Kelana Jaya,
47301, Petaling Jaya

Sebarang pertayaan boleh berhubung di talian : 03-7873 5100/5101 atau boleh klik pada jawatan kosong lain.

Anda boleg share kepada rakan-rakan anda yang masih mencari jawatan kosong untuk tahun 2013 dan mana tahu ada rezeki untuk mereka jawatan kosong pos malaysia 2013.

jawatan kosong pos malaysia ogos 2013

Isnin, 12 Ogos 2013

Diculik serta dihiris tangan dan belakang badan.

Kuala Lumpur: “Daging jari kaki kanan saya dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka,” kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri.

Kesan dihiris oleh penculik

Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan tawanan. 
Penderitaan tiga hari Am berakhir apabila dia dapat diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Setapak, di sini, diketuai Asisten Superintendan Shan Gopal kira-kira jam 9 malam kelmarin. 

Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu.

Sumber:HMETRO

Selasa, 6 Ogos 2013

Semata-mata untuk raya sanggup samun bersenjata

Kuala Lumpur: Lima pelajar kolej swasta yang bersenjatakan tukul dan pisau mencari ‘duit raya’ dengan menyamun kira-kira lapan kedai serbaneka 24 jam sejak awal Ramadan lalu di sekitar Brickfields dan Selangor.Semua suspek berusia antara 17 hingga 23 tahun itu menuntut di dua kolej swasta masing-masing di Shah Alam dan Subang.Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, hasil intipan selama tiga hari di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun pada 2 Ogos lalu kira-kira jam 5.50 pagi yang dipercayai menyamun sebuah kedai serbaneka di Sri Hartamas pada 30 Julai lalu.

Menurutnya, susulan penahanan suspek pertama, empat lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Bandar Kinrara dan Shah Alam pada hari sama. “Hasil penahanan semua suspek, polis merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah termasuk sebuah Perodua Kancil, empat penutup mulut, dua pisau dan satu tukul besi,” katanya pada sidang media, semalam.Beliau berkata, kumpulan berkenaan aktif menyamun sejak awal Ramadan lalu dan dengan penahanan mereka, polis dapat menyelesaikan enam kes samun di Brickfields dan beberapa kes di Selangor.

“Semua suspek direman lima hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan,” katanya



Incoming terms
  • samun 2010
  • samun kedai emas
  • samun wind
  • samun 2013
  • samun kedai game
  • samun di mid valley
  • samun motor
  • samun kereta
Sumber:Hmetro

Ahad, 4 Ogos 2013

Lagi kanak-kanak hilang mohon share post ini

Kanak-kanak hilang ! #FINDAISYAH 
Mohon bantuan ANDA untuk sebarkan kepada rakan-rakan anda bagi membantu mencari kanak-kanak ini. Jika anda terlihat kanak-kanak ini sila hubungi Balai Polis berhampiran.Kerjasama dari anda amatlah dialukan.Dilaporkan hilang di JUSCO rawang dan suspek disyaki menaiki VIVA Putih BLC 1894 atau boleh hubungi ibu mangsa di facebook.





Sabtu, 3 Ogos 2013

Luahan hati para perajurit negara

LUAHAN HATI PARAJURIT.

ORG AWAM.
Kami bekerja waktu pejabat.
jika rajin buat overtime.
gaji kami besar.
cuma perlu beri komitmen terbaik.
kami sentiasa bersama keluarga.
hari perayaan kami sentiasa ada.




TENTERA.
Kami bekerja 24 jam sehari.
kalau malas baru kami dapat lelap ayam.
gaji kami kecil xsetanding sijil n masa perkhidmatan.
waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan.
tapi kami kena bagi komitmen terbaik,kena korbankan mentaliti kami,korbankan nyawa kami,korbankan kasih sayang kami.
sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas.
badan kami utk negara,makanan kami alakadar,perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak.
pakaian kami x perlukan jenama.APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT!
KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN.
mm,betul ke aman?
aman bagi rakyat.
tapi bagi kami,kami sentiasa berperang.
mental kami sentiasa diuji.

ORG AWAM.
Belahlah askar....penceroboh masuk senang jer,askar buat apa?

TENTERA.
Kami tiada belas.
ikotkan jiwa kami cincang penceroboh negara.
tapi kami penuh disiplin.
strategi kami demi rakyat yg x berdosa.
bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

ORG AWAM.
Alahhhh..polis kita dah mati.askar jalankanlah tugas.

TENTERA.
Malaysia negara diplomatik.
Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama.
memang polis dah ada yang mati.
tapi kalau tentera masuk campur.peperangn akan berlaku.
bukan sahaja polis, malah org awam turut akn terkorban.

ORG AWAM.
Sudahlah.
kerajaan lembab.
tentera malas,kami rakyat ketakutan.

TENTERA.
Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami,mental kami,hidup kami dan harta kami utk negara.
tapi kami tetap setia kepada negara.
nantikan arahan dan kami akan bertindak. 
tindakan kami ada strategi.
polis pon hebat cuma mereka x dberi kuasa oleh undang2.
rakyat bersuara,kami terima,arahan diberi,kami mara.
kerana Malaysia, kita yang punya.

Incoming terms:

  • luahan hati lirik
  • luahan hati mp3
  • luahan hati kristal
  • luahan hati chord
  • luahan hati seorang wanita
  • luahan hati seorang isteri
  • luahan hati kristal mp3
  • luahan cinta

Jumaat, 2 Ogos 2013

Diskaun Tol Hari Raya Aidilfitri Sehingga 37.5 %

Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos 2013 ini.Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5-6 Ogos dan 14-15 Ogos ini.

“Diharap ia akan dapat beri kemudahan kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus.Fadillah bagaimanapun berkata jumlah dan tempoh masa pemberian diskaun dan rebat itu berbeza mengikut syarikat konsesi lebuh raya masing-masing.
Diskaun Tol Hari Raya

Beliau berkata 17 lebuh raya yang terlibat memberi diskaun ialah lebuh raya Guthrie, LKSA, AKLEH, SMART, KESAS, KL-KARAK, LPT 1, DUKE, NPE, NNKSB , MEX, BESRAYA, LEKAS, SDE, SKVE, LDP dan SPRINT.Manakala lima lebuh raya yang menawarkan rebat ialah PLUS, SPDH, ELITE, BKE dan LINKEDUA, katanya.

Pada majlis itu, Fadillah turut melancarkan pasukan Rakan Ronda yang antaranya terdiri daripada skuad rondaan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, polis, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba, ’Workshop on Wheel’ Plus dan sukarelawan.

Fadillah berkata skuad rondaan itu selain membuat rondaan di lebuh raya, mereka juga akan ditempatkan di tempat-tempat tertentu bagi membantu 5.4 juta jangkaan pengguna lebuh raya sepanjang tempoh ‘balik kampung’ dan peraturan lebuh raya dipatuhi dan keselamatan pengguna dijamin.

Beliau berkata pihak kementerian juga mengajak orang ramai untuk menjadi sebahagian sukarelawan pasukan Rakan Ronda dengan mendaftar di laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia.

“Matlamat utama mewujudkan Rakan Ronda ini adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan pengguna lain di samping menyampaikan maklumat-maklumat trafik, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang seterusnya akan membantu tindakan lebih pantas syarikat konsesi,” katanya

Senarai perangkap laju AES sempena raya 2013

Yesterday at 12:21lokasi speedtrap..so hati2 Tok J dengan Tok P usha dari jauh je ni..heh3PLUS Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

PLUS Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam9- Betul2 di exit Sedenak

PLUS Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.
5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit HicomELITE

(Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan
Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras

Incoming terms:
  • perangkap laju baru
  • perangkap laju putra jaya

LIKE and SHARE