Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kemalangan. Papar semua catatan

Jumaat, 13 September 2013

Tragis: Kemalangan Maut 4 Sekeluarga




Kajang: “Dunia gelap seketika saat berita malang itu dikhabarkan... ia saat paling hiba dalam hidup saya,” kata Muhammad Tauffid Kassim, 44, yang kehilangan isteri dan tiga anaknya serentak dalam kemalangan di Kajang, semalam.

Ketika dimaklumkan mengenai nahas kira-kira jam 11 pagi itu yang mengorbankan isterinya, Rohaya Md Rabi, 35, dan tiga anak mereka, perkara pertama terlintas dalam fikiran Tauffid ialah nasib empat lagi anak mereka yang masih kecil.



Tiga anaknya yang maut dalam nahas pada jam 11.50 pagi di KM 8 Jalan Kajang-Banting itu ialah Nur Nabila Al-Huda, 9; Nur Nabila Al-Hanan, 7; Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1, manakala seorang lagi, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan dihantar ke Hospital Kajang.



“Saya hilang empat nadi sekali gus,” kata guru Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB) itu dalam nada hiba sambil memaklumkan, empat anaknya yang masih hidup berusia antara tiga hingga 10 tahun, termasuk Nabil Lutfan.

Bertembung lori
Kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta PERODUA Kancil dipandu Rohaya, yang juga guru agama di SKBBB dalam perjalanan dari arah Bangi ke Kajang untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang sebelum dikatakan terbabas dan bertembung sebuah lori dua tan dari arah bertentangan.

Dua anak mereka yang maut, juga bersekolah di SKBBB.
Tauffid berkata, dia sedang mengajar di sekolah ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu dan terus lesu sehingga terpaksa dipapah ke lokasi nahas.

“Isteri mengajar sesi petang, saya pula sesi pagi. Biasanya jam 12 tengah hari dua anak yang kecil dihantar ke rumah pengasuh,” katanya sambil menambah, jenazah empat beranak itu dibawa ke Kuala Nerang Kedah, malam tadi untuk disemadikan.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi, Abdullah Ramli, berkata ketika pasukannya tiba di lokasi, tiga daripada anak mangsa yang duduk di kerusi penumpang belakang sudah dikeluarkan orang ramai dengan seorang cedera dan dihantar ke Hospital Kajang.

Kereta remuk
“Kami mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan dua lagi mangsa, iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang berada di kerusi depan. Keadaan kereta yang remuk teruk menyebabkan dua mangsa berkenaan sukar dikeluarkan kerana tersepit dengan bahagian depan lori,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kemalangan itu turut membabitkan sebuah van yang melanggar belakang lori berkenaan, namun pemandunya tidak mengalami kecederaan serius.
 Suasana sdih menyelubungi Perkarangan Rumah Mayat  Hospital Serdang




sumber: bh

View the original article here

Rabu, 21 Ogos 2013

Lori terbalik akibat pancit

KOTA – “Kami berdua cemas seketika dan berusaha menyelamatkan diri keluar dari lori apabila lori terbalik di tengah jalan susulan tayar belakang sebelah kanan pancit,” kata pemandu lori muatan ais, Kamal Arifin Ahmad, 48, ketika ditemui di lokasi kemalangan di Kilometer 36, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, Kamal dan kelindan lori, Mansor Sahbudin, 57, nekad memanjat keluar melalui pintu sebelah kiri bagi menyelamatkan diri kerana lori mereka terbalik di tengah jalan.

Kamal berkata,  mereka bernasib baik kerana ketika kejadian tiada kenderaan lain yang melalui lokasi berkenaan dan terdapat sebuah jentera berat (JCB) yang membantu menolak lori ais yang terbalik ke tepi bagi memastikan lalu lintas tidak terhalang.“Ketika kejadian kami sebenarnya dalam perjalanan menghantar kira-kira 160 beg berisi ais dari Seremban ke Tampin, namun pesanan ini terlewat beberapa jam kerana kami harus menunggu bantuan lori lain untuk mengangkut pesanan ini.

“Jika diikutkan ini merupakan pengalaman kali pertama saya terbabit dalam kemalangan sejak bekerja sebagai pemandu lori empat tahun lalu.  Bagaimanapun, kami bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan serius susulan insiden ini,” katanya.Mansor pula berkata, kejadian itu menyebabkan kakinya terkena sebatang kayu yang berada dalam lori berkenaan semasa lori terbalik.

“Walaupun sakit sedikit saya tetap juga berasa sangat bersyukur kerana kemalangan ini hanya membabitkan kami sahaja dan tidak membabitkan kenderaan lain atau kemalangan menjadi lebih buruk lagi, " katanya.

Sumber:sinarharian

Rabu, 14 Ogos 2013

2 terbunuh dalam letupan UPS kargo nahas kapal terbang di Alabama

Setiap penduduk sekitar kawasan berlaku kemalangan ada  mendengar ledakan kuat diikuti oleh letupan. Dua juruterbang meninggal dunia awal pagi rabu apabila pesawat kargo UPS terhempas berhampiran Lapangan Terbang Birmingham, , meletup kerana ia terbabas di lebuh raya, Menurut pihak berkuasa dan laporan media,  Datuk William Bell berkata anggota bomba Birmingham telah menjumpai mayat juruterbang dan pembantu juruterbang tersebut

Toni Herrera-bäst, seorang jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang Birmingham berkata, tidak ada rumah di kawasan itu.

Klik 2x untuk membesarkan gambar





Sumber:nydailynews.com