Memaparkan catatan dengan label Sudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sudah. Papar semua catatan

Ahad, 29 September 2013

Sherry Ibrahim Sudah Berbincang Mengenai Perkahwinan Dengan Lelaki Mauritius


Sudah memasuki umur 30 tahun, Sherry mengakui yang dia sudah berbincang dengan kekasihnya mengenai perkahwinan. Namun sayangnya kerana ingin memberikan tumpuan pada kerjaya masing-masing, mereka berdua masih belum bercadang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Kata Sherry:-

Kami ada berbincang pasal kahwin, tapi dia belum lagi bercadang untuk melamar saya dalam tempoh terdekat ini. Saya pula tidak mahu memberi tekanan kepadanya kerana lelaki memang tidak suka bila mereka didesak dalam soal kahwin.
Apa yang penting, kami bahagia sekarang dan saling menghormati antara satu sama lain. Kami juga ingin fokus pada karier masing-masing terlebih dulu kerana saya percaya soal jodoh adalah ketentuan dari Tuhan. Saya pasrah kepadaNya.
Setakat ini, ibu bapa kami sudah tahu dengan hubungan ini dan tidak menghalang dengan siapa saya ingin berkawan. Apa yang penting, mereka ingin lihat saya bahagia. Sepanjang tempoh lebih setahun kami menjalinkan hubungan, semuanya berjalan lancar tanpa masalah. Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin jika jodoh kami sudah sampai.



Umur 30 untuk wanita Melayu memang sudah agak lambat jika tidak berkahwin lagi. Namun oleh kerana kekasihnya orang asing, maka Sherry belum boleh dikategorikan sebagai anak dara tua. Mungkin kalau ada yang kenal dengan kekasih Sherry, boleh tolong alihbahasakan dan hantarkan kata-kata Sherry di atas kepadanya. Barulah dia tahu yang Sherry dah bersedia untuk kahwin bila-bila masa sahaja.


sumber: beautifulnara
















View the original article here

Jumaat, 27 September 2013

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Nafi Sudah Bernikah, Sorok Anak


Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang sebuah stesen radio swasta hujung minggu lalu telah mengeluarkan satu gossip kononnya seorang pelakon wanita yang telah lama senyap dari dunia hiburan kini sudah melahirkan anak dan sedang berpantang.

Bapa kepada anak tersebut pula khabarnya adalah pelakon lelaki yang sedang popular dengan sebuah drama bersiri yang di’siarkan setiap petang di televisyen.

Dan spekulasi pun timbul mengatakan gossip tersebut merujuk kepada Wawa Zainal & juga Aeril Zafrel yang kebetulan sedang popular dengan Cinta Jannah di TV3.

Aeril Zafrel yang ditemubual menafikan perkara tersebut & berkata ianya hanya kata kata orang ramai yang tidak mempunyai bukti selain menegaskan sekali lagi yang hubungannya dengan Wawa Zainal hanya sekadar sahabat baik.


“Saya tidak tahu hendak kata apa (ketawa). Itu hanyalah kata-kata tanpa sebarang bukti yang sahih, jika saya nafi & komen lebih-lebih orang memang tidak akan berhenti bercakap. Memang saya tidak berkahwin, saya hanya kahwin dalam drama sahaja”

Menjawab dakwaan yang Wawa Zainal telah hamil, Aeril Zafrel meminta semua pihak berhenti menyebarkan cerita jika tiada bukti.


“Jika saya kahwin, pasti ada bukti kerana pelbagai perkara harus diselesaikan seperti dokumen, bukan boleh berkahwin secara senyap kerana akhirnya orang akan tahu juga,” tambahnya lagi yang memaklumkan Wawa Zainal masih berada di Sabah untuk berubat.

sumber: rotikaya

View the original article here

Khamis, 19 September 2013

Izzue Islam: Sudah Sedia Jadi Bapa, Awin Mengandung


Awin mengandung? Tahniah.. Apa apa pun korang baca dulu statement ni yer.. Nanti baru buat keputusan ea...

Setelah bergelar suami kepada Awin Nurin, penyanyi dan pelakon, Izzue Islam mengakui dirinya kini semakin bahagia.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzue Islam Mazlan , kehidupannya kini kian teratur dan terjaga dengan kehadiran isteri tercinta.

“Alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai isteri seperti Awin yang cukup memahami diri saya.

"Sekarang, kehidupan saya lebih teratur, makan, minum saya semuanya dijaga, Awin juga banyak membantu menguruskan jadual kerja saya.


“Kalau dulu makan seorang diri, kini makan berdua, sakit pening juga ada yang tengokkan, tidak seperti dulu. Sejujurnya, saya dapat rasakan saya bertukar menjadi seorang yang matang.”ujarnya ketika ditemui pada sidang media drama bersiri ‘Sahabat’.

Selain itu, Izzue juga sudah mengakui bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa sekiranya mereka dikurniakan anak dalam masa terdekat.

“Saya tiada masalah dengan budak-budak, malah saya juga cukup sukakan mereka. Buat masa ini, masih belum ada sebarang petanda mengandung namun saya serahkan segalanya kepada tuhan, cuma tinggal lagi cepat atau lambat rezeki itu datang.

“Tidak dinafikan, saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa, lagipun keluarga saya agak besar dan ramai budak-budak, jadi saya tidak kekok untuk menguruskan anak kecil.” ujar anak kelahiran Kelantan ini ketika ditanya mengenai cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, Izzue muncul dalam sebuah drama bersiri ‘Sahabat’ yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 5.30 petang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Pena Hiburan: Selain kerja keras dalam usaha dapatkan anak, jangan lupa terus berdoa agar anak itu kelak mampy berbakti pada ibubapa, keluarga, masyarakat, negara dan agama


sumber:astro gempak

View the original article here

Rabu, 18 September 2013

Saya Sayang Isteri Dan Keluarga Mentua, Janganlah Robohkan Masjid Yang Sudah Dibina







Muhammad Affandi Ismail
Pegawai Vaterinar

Pegawai veterinar yang berdepan tuduhan membelasah isterinya di dalam lif pada bulan lalu, menyatakan dia masih menyayangi wanita tersebut dan mahu keluarganya hidup bahagia.



''Saya sayang isteri dan keluarga mentua janganlah robohkan masjid yang sudah dibina,'' kata Muhammad Affandi Ismail, 36, dari dalam keretanya kepada pemberita selepas selesai prosiding kes itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.



Majistret Nur Zafirah Mohamed Ali sebelum itu menetapkan 22 Oktober ini sebutan semula kes terhadap tertuduh yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 36 tahun dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih satu tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.








Tersenyum Bangga Tanpa Rasa Bersalah


Muhammad Affandi diwakili peguam Suhaila Saad manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Nama isteri tertuduh dirahsiakan kerana berada di bawah perlindungan sementara (IPO) atas perintah mahkamah.



Pada 12 Ogos lalu, pengguna internet di negara ini digemparkan dengan rakaman video sepanjang 2.20 minit yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah teruk oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun di dalam sebuah lif dikongsi melalui akaun Facebook.


Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami Dayus Pukul Wanita Tunjuk Hero turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan yang dikatakan seorang pegawai veterinar bertugas di Jerantut, Pahang itu menendang isterinya, seorang pekerja kilang sehingga tersungkur sebaik sahaja pintu lif terbuka.







Gambar Rakaman Video

Video Penuh


 

View the original article here

Selasa, 17 September 2013

Artis Sudah Bercerai Tetapi Masih Berikan Nafkah Batin?

Bukan semua perceraian itu membawa musibah. Ada yang lebih bahagia selepas bercerai-berai kerana bukan saja bekas suami memberi nafkah kepada anak-anak malah bekas isteri pun dapat sama. Pokoknya tiada apa yang berubah, cuma terputusnya hubungan sebagai suami isteri.

Bagaimanapun dalam banyak kes perceraian, kes perceraian artis yang satu ini SS anggap paling menarik. Jika orang lain turun naik mahkamah nak minta nafkah daripada bekas suami tetapi artis ini tidak perlu buat begitu kerana khabarnya sejak hari pertama mereka bercerai, sampailah sekarang bekas suami terus menyara hidupnya.

Gambar Hiasan

Patutlah artis ini tidak begitu mengharapkan tawaran dalam bidang seni kerana segalanya serba mencukupi. Pernah juga SS bertanya kepada artis itu kalau begitu caranya, maknanya kasih sayang mereka masih mendalam lalu kenapa perlu sampai bercerai. Jawapannya kerana artis itu tidak mahu menyakiti hari pihak lain.

Siapakah pihak itu, biarlah SS rahsiakan dulu. Maknanya artis itu sanggup berkorban demi menyenangkan hati orang lain. Murni sungguh hati artis itu kerana sanggup membiarkan hatinya terluka demi kebahagiaan insan lain. Namun apa yang menggemparkan, SS difahamkan yang artis itu juga membalas keluhuran budi bekas suaminya itu dengan masih lagi memberi nafkah batin kepada lelaki itu.

Apabila tiba soal zahir dan batin ini, SS tak mahulah memanjangkan cerita kerana bab dosa pahala sendiri mahu ingat. Oklah...kerana kita masih lagi berada dalam bulan Syawal, sekiranya apa yang SS sampaikan ini tidak benar, SS mohon ampun dan maaf. Jika benar, SS harap artis itu segeralah bermuhasabah diri.

SS: Banyak perkara pelik terjadi akhir-akhir ini.

-via
View the original article here

Isnin, 9 September 2013

Selasa, 3 September 2013

Tahniah! Syanie Hisham Sudah Bertunang

Tahniah kepada pelakon, Syanie Hisham kerana selamat bertunang dengan pasanganya seorang duda anak dua, Nadi Putera pada 10 Ogos yang lalu.

Berita ini dibongkar oleh Kosmo! semalam. Syanie juga tidak menunggu lama dalam membuat keputusan menerima lamaran pertunangan Nadi.
Baca lagi »

View the original article here