Memaparkan catatan dengan label fesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fesyen. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2013

Gambar Terkini Rafidah Ibrahim Semakin Hanyut Dengan Fesyen Pakaian Ketat

Jika sebelum ini, pakaian ketat yang disediakan dalam sesi photo untuk Fida telah mengundang rasa tidak puas hati segelintir pihak, namun keluhan mereka mungkin ada asasnya. Jom kita lihat photo pemakaian Fida yang lain (bukan sesi photo), di mana ia turut memaparkan imej ketat. Gambar pakaian ketat yang mengundang rasa tidak puas hati segelintir pihak terhadap Fida Ibrahim. Komen mereka, tak gunalah pakai hijab jika memakai pakaian ketat-ketat. Kalau nak pakai ketat, baik buka hijab!



Rafidah Ibrahim ketat






Rafidah Ibrahim






View the original article here

Isnin, 5 Ogos 2013

Cara pakai dan gayakan dress labuh

Dress labuh memang sesuai untuk digayakan ketika musim panas. Ia mampu memberikan ketenangan kepada si pemakai dan sangat senang untuk digayakan. Ramai yang menyangka dress labuh hanya sesuai untuk individu yang bertubuh tinggi namun dress labuh bukanlah hanya pilihan untuk perempuan tinggi sahaja, ia masih boleh digayakan oleh semua perempuan tanpa mengira bentuk badan. 
cara pakai dress labuh

Mari kita lihat tips untuk menggayakan dress labuh ini dengan pelbagai gaya. 

Gaya "Bohemian"
Gaya "Bohemian" dimaksudkan dengan gaya individual, romantik dan berjiwa bebas. Jika anda bertubuh genit, gayakan dress labuh bercorak kecil dengan pilihan warna yang gelap. Warna gelap mampu memberi ilusi tinggi dan langsing. Untuk melengkapkan gaya tersebut, pakailah sandal rata dan padankannya dengan gelang dan cermin mata. 

Bergaya "Rock" dan kasual
Untuk mendapatkan gaya 'rock' atau kasual, padankan dress labuh anda dengan jaket kulit hitam. Jaket denim juga mampu menghasilkan gaya yang sama sekiranya dress labuh itu mengikut bentuk tubuh. Dress labuh berfabrik jersi sangat sesuai jika digayakan dengan jaket dan but. 

Dress berbelah
Dress berbelah akan menonjolkan kaki anda yang seksi jika dipadankan dengan but rata di malam hari. Gaya ini boleh dikenakan sepanjang hari jika dikenakan dengan jaket kulit. 

Gaya 'minimal'
Tiada cacat celanya jika anda tampil santai dalam mengenakan dress labuh. Namun, anda perlu pandai bereksperimen dengan warna, tekstur dan jenis dress tersebut. Tampil dengan gaya monokrom adalah salah satu cara untuk tampil santai tetapi tetap anggun dan bergaya. 

Gaya sewaktu makan malam
Sama seperti 'minimal', makan malam anda seharusnya kelihatan ringkas namun menyerlah. Ia harus diserlahkan dengan pemakaian aksesori seperti anting-anting dan clutch yang sesuai. Gincu merah juga boleh menyerlahkan keseksian anda dalam temujanji makan malam anda. 

Santai hujung minggu 
Bersantai bersama rakan-rakan waktu petang di hujung minggu memang menggembirakan. Pilihan yang sesuai untuk keluar bersantai dengan rakan-rakan semestinya dress labuh. Dress jalur beserta sandal dan topi akan membuatkan anda kelihatan hebat sewaktu santai. Untuk kelihatan lebih kemas, ikat rambut anda dengan gaya ekor kuda.

Incoming terms:
  • dress labuh muslimah
  • dress labuh murah
  • dress labuh cantik
  • dress labuh untuk dinner
  • dress labuh dinner
  • dress muslimah
  • dress labuh 2013
  • dress labuh saiz besar

Ahad, 28 Julai 2013

[Gambar] Cara cara pakai selendang

Selendang boleh dipakai dengan pelbagai cara dan admin akan kongsikan cara cara pakai kain selendang dengan mudah dan senang di ikuti.Terkini sudah terdapat banyak cara memakai selendang dan terpulang kepada kita untuk menggayakan cara memakai selendang.Pada tahun 2013 sudah banyak jenis selendang dikeluarkan dan kita perlulah pandai memilih untuk digayakan.Admin membawakan TUTORIAL berbagai cara pemakaian Selendang.TERIMA KASIH kepada Majalah NUR.Bagi anda yang inginkan berbagai gaya lagi sila dapatkan Majalah NUR setiap bulan...

SELAMAT MENCUBA!

Sila Klik 2x untuk gambar lebih besar

Contoh Penggunaan Inner Jersey dengan Selendang














Amacam?Banyak cara memakai selendang boleh digunakan dan yang paling penting selendang yang anda gunakan itu bersesuaian.


Ahad, 21 Julai 2013

[Video] Setiap wanita cantik mempunyai cara bersolek yang betul

Berikut akan diterangkan kesalahan biasa wanita cantik dalam bersolek.Ramai wanita dalam golongan usia 20-an tidak berani menukar produk solekan apabila mereka telah biasa dengan produk yang digunakan. Malah dalam satu kajian kecantikan di Amerika Syarikat membuktikan 30 peratus responden berkata mereka tidak mengubah apa-apa dalam rutin kecantikan mereka selama 10 tahun.

Cara bersolek dengan betul

Sedangkan kini sudah banyak cara solekan, warna gincu dan pembayang mata yang pelbagai dan terkini serta teknik solekan yang boleh tampak lebih muda. Masih ramai juga wanita tidak tahu teknik solekan untuk menutup lingkaran gelap bawah mata, pemilihan bedak asas mengikut warna dan jenis kulit, atau teknik penggunaan pembayang mata berkilau. Akhirnya, mereka memakai sahaja apa yang mereka biasa pakai.

Berikut adalah tiga kesalahan lazim wanita cantik ketika bersolek. Cuba lihat senarai di bawah.

Pemilihan bedak asas & kompak
  • Bedak asas bertujuan untuk menutup cela di muka dan menjadikan warna kulit kelihatan sama rata. Jadi, pemilihan dan cara pemakaiannya sangat penting. 
  • Sebelum anda memilih bedak asas, kenal pasti jenis kulit anda dahulu seperti warna kulit, jenis kulit sama ada berminyak, berjerawat atau normal dan yang paling penting, alergi anda kepada bahan produk. 
  • Bagi anda yang mempunyai kulit cerah, cari warna bedak asas yang lebih kurang sama dengan warna kulit anda. Elakkan memilih tona warna yang lebih cerah atau tona yang terlebih gelap. 
  • Bagi anda yang berkulit gelap pula, jangan sesekali memilih tona bedak asas yang lebih cerah daripada kulit anda. Bedak asas tidak membantu anda menjadi lebih cerah, malah membuatkan anda kelihatan seperti memakai tepung di muka. 

Cara memakainya pula adalah lebih baik untuk anda menyapu bedak asas menggunakan jari berbanding span muka. Haba daripada tangan anda akan membuatkan krim bedak asas senang larut dan sebati dengan kulit muka anda.

Pembayang mata berkilau 
  • Seperti zaman 1980-an, pembayang mata berkilau tetap menjadi kegemaran wanita. Silapnya, ia tidak seharusnya digunakan ketika waktu siang. 
  • Sia-sia sahaja anda bersolek kerana kilauannya akan lebih jelas berbanding warnanya. 
  • Sebaliknya, cuba gunakan warna-warna jenis matte pada waktu siang . Solekan anda akan nampak lebih semulajadi. 
Gincu merah
  • Sesetengah wanita berpendapat bahawa gincu merah membuatkan mereka tampak lebih berkeyakinan dan seksi. Namun berhati-hatilah apabila membuat padanan warna ketika bersolek. 
  • Jika anda ingin memakai gincu merah, elakkan pembayang mata berkilau atau warna terang. Solekan mata haruslah semulajadi. 
  • Ini akan membolehkan aura seksi tersebut tertumpu pada bibir anda sahaja. 
  • Jika anda berkulit gelap, pilih warna merah yang sedikit gelap. Ini kerana warna gincu itu nampak seakan-akan warna semulajadi bibir anda.
 Jom tengok Video Tutorial Bagaimana Wanita Cantik Mengenakan Solekan Pada Hari Raya Nanti.


Sumber:Yahoo News Today

Jika post menarik sila SHARE dan LIKE ya.




Sabtu, 20 Julai 2013

Cara Pakai Selendang Gaya Nora Danish

Cara Pakai Selendang Gaya Nora Danish 

Bagi wanita memakai selendang mesti ada caranya bagi tampak anggun dan jelita.Tanpa cara yang betul menampakkan wanita kelihatan ketinggalan zaman.Disini saya akan kongsikan cara memakai selendang terkini 2013 .Jom kita lihat video dibawah:


Like dan Share jika anda rasa cara memakai selendang terkini 2013 ini menarik dan berguna.

Khamis, 18 Julai 2013

Kain samping baju melayu tradisi sejak turun temurun

Sedar tidak sedar sudah 10 hari kita berpuasa dan tidak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan yang pasti hari raya akan disambut dengan penuh keriangan.Tidak ketinggalan kaum lelaki mengenakan pakaian baju melayu yang cantik dengan disertakan kain samping baju melayu.Tidak lengkap pakaian baju melayu jikalau tiada samping yang pastinya menampakkan si pemakai kelihatan segak bergaya bak pahlawan dahulu kala.

Kain Samping Baju Melayu
Dengan memakai samping, penampilan seseorang lelaki kelihatan lebih berketerampilan dan kemas selain membuktikan bahawa baju Melayu merupakan satu fesyen yang unik bagi masyarakat Melayu.
Selalunya, samping menggunakan kain kapas namun untuk kain songket dan sutera juga sering digunakan untuk acara formal atau mahu lebih bergaya. Samping yang diperbuat dari fabrik songket banyak didapati di Kelantan dan harganya lebih mahal dari kain kapas. Samping tenunan sutera yang berkualiti tinggi pula sangat popular di Pahang.

Cara Pemakaian kain samping baju melayu
Untuk memakai samping di majlis-majlis tertentu terutamanya majlis istana, terdapat beberapa etika ikatan samping yang perlu diikuti bergantung kepada jenis baju Melayu yang dipakai samada Baju Melayu Cekak Musang dan Baju melayu Teluk Belanga. Ikatan samping di atas baju dipanggil samping dagang luar dan biasanya dikenakan bersama baju Melayu Cekak Musang oleh masyarakat Pahang manakala pemakaian samping di bawah baju iaitu samping dagang dalam selalunya digayakan oleh masyarakat Johor dengan Baju Melayu Teluk Belanga. Terdapat tiga jenis ikatan yang boleh dipraktikkan ketika memakai samping iaitu ikatan pancung, ikatan kembung (selalunya untuk pengantin lelaki) dan ikatan lingkup.

Kini kain samping baju melayu boleh didapati dimana-mana sahaja dan jika anda ingin mendapatkan yang cantik dan murah boleh terus pergi ke terengganu pusat pembuatan kain samping yang paling popular masa kini.

Sumber:Yahoo News Malaysia Today