Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masakan. Papar semua catatan

Ahad, 28 Julai 2013

Resepi Nasi Ayam Terbaik [Tutorial]

Resepi Nasi Ayam yang memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan menggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati dengan hasilnya! Boleh sediakan masa santapan hari raya aidilfitri nanti.Anda juga boleh juga kongsikan resepi ini kepada rakan anda.Cubalah masak dahulu dan sediakan untuk suami atau anak anda.Selamat mencuba..

Resepi Nasi Ayam

Penyediaan Masakan : 40 Minit | Memasak: 1 Jam

Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :

1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk
1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:

3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia – ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai – ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:

5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:

Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:

Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Membuat:

Cara untuk memasak ayam:

Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

Basuh beras dan tos air.
Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sos:

Kisarkan semua bahan di atas.
Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:

Campurkan semua bahan untuk kicap Dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Hidangan Oleh : Che Nom

Khamis, 25 Julai 2013

[Tutorial] Cara memasak rendang ayam

Tidak sampai 2 minggu lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan yang pasti ramai yang menunggu kehadiran Hari Raya.Tidak lengkap juadah hari raya jika tiada rendang ayam .Ini sudah menjadi kemestian semasa menyambut hari raya nanti.Oleh itu saya kongsikan cara memasak rendang ayam yang sedap.

rendang ayam yang sedap
 BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam daging / ayam kampung / ayam pencen
2 cawan santan pekat - boleh ditambah
5 keping daun limau purut
1 helai daun kunyit saiz besar
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

8 biji cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai di racik nipis
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MASAK :

1) Potong ayam menjadi ketulan kecil dan bersihkan ayam dengan tepung gandum untuk buang semua kotoran serta lendir ayam kemudian ditos dan ketepikan dulu . Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali bersama semua santan dan masak sehingga mendidih . Kacau kuah rendang ni dan masukkan semua ayam tadi dan masukkan daun kunyit yang sudah diracik bersama daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak .
2) Seterusnya masukkan kerisik dan garam secukup rasa serta terus kacau . Boleh juga dimasukkan sekeping sedikit asam keping supaya rendang ni ada rasa yang seimbang . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

Incoming terms:

  • resepi rendang ayam
  • rendang ayam chef wan
  • resep rendang ayam
  • resepi rendang ayam simple
  • resepi rendang ayam minang
  • rendang ayam pedas
  • rendang daging
  • ayam masak merah

[Tutorial] Cara buat kuih seri muka yang sedap

Sempena hari raya yang semakin hampir, jom belajar cara membuat kuih seri muka dan sediakan semasa hari raya nanti ataupun boleh cuba untuk juada berbuka nanti.Kalau sedap boleh JUAL..hehhehe..


Kuih Seri Muka
Bahan lapisan bawah:

400 gm/ 2 cwn pulut putih(direndam 3 jam)
2 cwn santan cair(kena sama dgn sukatan pulut)
sedikit garam

Caranya:
1.Kukus pulut yg telah direndam tadi selamat 40 minit.
2.Campurkan santan cair, garam, gaul sebati.
3.Kemudian di tuangkan ke dlm pulut kukus n kacau sebati.Santan dgn pulut mesti sama parasnya.
4.Kukus lagi selama 30 minit.
5.setelah masak,tekan pulut tadi sehingga mampat.

Bahan lapisan atas(diblender hingga hancur n halus):
2 cwn santan pekat 
sedikit daun pandan
1 cwn tepung gandum
3/4 cwn gula(nak manis-1 cwn gula)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau

Caranya:
1.Blender semua bhn tadi n tapiskan.
2.Tuangkan adunan ke atas pulut yg telah di tekan.
3.Kukus selama 40 minit...setiap 10 minit dibuka utk buang wap air..
4.Sejukkan n hidangkan.

Jika berguna INFO ni sila SHARE dan LIKE.

Cara membuat kuih lapis yang sedap

[Tutorial] Sini akan terangkan cara membuat kuih lapis yang paling sedap dan menarik.Anda perlu ikut sahaja cara-caranya.
Cara buat kuih lapis

Bahan-Bahannya :
  • 2 cawan tepung beras
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula pasir
  • 600ml santan pekat
  • 800ml air
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh esen ros
  • sedikit pewarna merah dan hijau


Cara-caranya :
1. Masukkan tepung beras,tepung gandum,gula,,garam,santan dan air dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak bergentel.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian..warnakan merah dan hijau.
3.Panaskan loyang dalam pengukus..tuangkan 2 senduk adunan hijau ke dlm loyang..kukus dlm 10minit.
4. Tuangkan adunan merah - kukus 10 minit..buat berselang seli hingga adunan habis..lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. Apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.

** apukan sedikit minyak pada acuan supaya nanti mudah untuk di keluarkan...**

Anda boleh juga tengok video tutorial cara buat kuih lapis.



Anda boleh SHARE dan LIKE post ni..TQ

Cara membuat kek batik yang sedap untuk juadah hari raya

[Tutorial] Berikut merupakan cara membuat kek batik yang sedap untuk juadah hari raya dan bolehlah resepi ini dikongsi bersama.Cara nak membuatnya cukup mudah dan cara penyediaan cukup simple dan memang cepat sediakan kek batik ini.Diharapkan anda boleh menyediakan kek batik anda sendiri.

Bahan-bahan:

* 200gm millo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin-hasue guna marjerin puteri,jadi kek tak mudah lembik
* 3 sudu makan serbuk koko
* 1 tin kecil susu pekat manis > boleh kurangkan sedikit
* biskut meri secukupnya

Cara membuat kek batik yang sedap
Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil sekali...
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul lg....
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang(lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat,susu biskut meri lagi,sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan..


P/s: Seeloknya gunakanlah biskut marie yang plain,sebab rasanya x manis jadi balance laa nanti dengan adunan yang dah cukup rasa tu yer..

Jumaat, 19 Julai 2013

Cara membuat sambal tempoyak pucuk ubi kayu

cara membuat sambal tempoyak ubi kayu

Berikut adalah cara membuat sambal tempoyak ubi kayu
Bahan-Bahan

Tempoyak
400g
Pes kunyit hidup
2 sudu teh
Cili padi
20 biji
Santan pekat
500ml, diperah daripada 2 biji kelapa parut dan 500ml air
Garam secukup rasa

Dihiris-hiris

Bawang merah 8 ulas, dikupas
Bawang putih 3 ulas, dikupas
Petai tanpa kulit 20 biji, dikupas
Serai 4 batang
Cili hijau 4 tangkai
Cili merah 4 tangkai
Daun pucuk ubi kayu 500 gm, dibuang tangkai
Daun kunyit yang muda 4 helai
Pucuk labu 6 helai

Cara
Bubuh tempoyak, pes kunyit hidup, cili padi dan santan pekat ke dalam periuk dan didihkan di atas api sederhana sambil mengacau perlahan-lahan.
Renihkan selama 5-10 minit dan kacau lagi.
Tambah hirisan bawang merah, bawang putih, petai, serai, cili hijau dan merah dan kacau biar rata.
Masukkan hirisan daun pucuk ubi kayu, daun kunyit dan pucuk labu dan kacau. Perasakan dengan garam secukupnya sebelum memadamkan api.

Hidangan ini lebih sedap dimakan sehari selepas dimasak.Jika anda cara membuat sambal tempoyak ubi kayu dengan lebih sedap lagi boleh komen di bawah

Like dan Share post ni ya...