Khamis, 25 Julai 2013

Cara membuat kuih lapis yang sedap

[Tutorial] Sini akan terangkan cara membuat kuih lapis yang paling sedap dan menarik.Anda perlu ikut sahaja cara-caranya.
Cara buat kuih lapis

Bahan-Bahannya :
  • 2 cawan tepung beras
  • 11/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 cawan gula pasir
  • 600ml santan pekat
  • 800ml air
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh esen ros
  • sedikit pewarna merah dan hijau


Cara-caranya :
1. Masukkan tepung beras,tepung gandum,gula,,garam,santan dan air dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga adunan sebati. Tapiskan supaya adunan tidak bergentel.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian..warnakan merah dan hijau.
3.Panaskan loyang dalam pengukus..tuangkan 2 senduk adunan hijau ke dlm loyang..kukus dlm 10minit.
4. Tuangkan adunan merah - kukus 10 minit..buat berselang seli hingga adunan habis..lapkan penutup kukus setiap kali hendak menutupnya semula.
5. Apabila kuih telah masak,angkat dan sejukkan.

** apukan sedikit minyak pada acuan supaya nanti mudah untuk di keluarkan...**

Anda boleh juga tengok video tutorial cara buat kuih lapis.



Anda boleh SHARE dan LIKE post ni..TQ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan