Khamis, 25 Julai 2013

[Tutorial] Cara memasak rendang ayam

Tidak sampai 2 minggu lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan yang pasti ramai yang menunggu kehadiran Hari Raya.Tidak lengkap juadah hari raya jika tiada rendang ayam .Ini sudah menjadi kemestian semasa menyambut hari raya nanti.Oleh itu saya kongsikan cara memasak rendang ayam yang sedap.

rendang ayam yang sedap
 BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam daging / ayam kampung / ayam pencen
2 cawan santan pekat - boleh ditambah
5 keping daun limau purut
1 helai daun kunyit saiz besar
4 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR :

8 biji cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai di racik nipis
1 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

CARA MASAK :

1) Potong ayam menjadi ketulan kecil dan bersihkan ayam dengan tepung gandum untuk buang semua kotoran serta lendir ayam kemudian ditos dan ketepikan dulu . Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali bersama semua santan dan masak sehingga mendidih . Kacau kuah rendang ni dan masukkan semua ayam tadi dan masukkan daun kunyit yang sudah diracik bersama daun limau purut yang dicarik-carik . Kacau semua bahan dan biarkan sampai kuah mendidih dan ayam masak .
2) Seterusnya masukkan kerisik dan garam secukup rasa serta terus kacau . Boleh juga dimasukkan sekeping sedikit asam keping supaya rendang ni ada rasa yang seimbang . Biar kuah mendidih dan ayam masak menjadi lembut serta kuah jadi sikit . Boleh la ditutup api dapur dan dihidang .

Incoming terms:

  • resepi rendang ayam
  • rendang ayam chef wan
  • resep rendang ayam
  • resepi rendang ayam simple
  • resepi rendang ayam minang
  • rendang ayam pedas
  • rendang daging
  • ayam masak merah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan