cara membuat sambal tempoyak ubi kayu |
Berikut adalah cara membuat sambal tempoyak ubi kayu
Bahan-Bahan
Tempoyak
400g
Pes kunyit hidup
2 sudu teh
Cili padi
20 biji
Santan pekat
500ml, diperah daripada 2 biji kelapa parut dan 500ml air
Garam secukup rasa
Dihiris-hiris
Bawang merah 8 ulas, dikupas
Bawang putih 3 ulas, dikupas
Petai tanpa kulit 20 biji, dikupas
Serai 4 batang
Cili hijau 4 tangkai
Cili merah 4 tangkai
Daun pucuk ubi kayu 500 gm, dibuang tangkai
Daun kunyit yang muda 4 helai
Pucuk labu 6 helai
Cara
Bubuh tempoyak, pes kunyit hidup, cili padi dan santan pekat ke dalam periuk dan didihkan di atas api sederhana sambil mengacau perlahan-lahan.
Renihkan selama 5-10 minit dan kacau lagi.
Tambah hirisan bawang merah, bawang putih, petai, serai, cili hijau dan merah dan kacau biar rata.
Masukkan hirisan daun pucuk ubi kayu, daun kunyit dan pucuk labu dan kacau. Perasakan dengan garam secukupnya sebelum memadamkan api.
Hidangan ini lebih sedap dimakan sehari selepas dimasak.Jika anda cara membuat sambal tempoyak ubi kayu dengan lebih sedap lagi boleh komen di bawah
Like dan Share post ni ya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan