Ahad, 9 Februari 2014

Zizan Razak menang besar dalam Anugerah Meletop Era

Pengacara dan pelawak Zizan Razak dan penyanyi Hafiz Suip adalah antara selebriti yang diraikan sebagai pemenang di Anugerah MeleTOP ERA 2013 (AME 2013) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.

Zizan, 29, telah berjaya memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 berserta trofi menerusi kategori Fesyen MeleTOP dan Bintang Siber MeleTOP dimana dia menerima wang tunai RM5,000 dan trofi setiap satu.

Antara Anugerah yang dimenangi artis:

Top Top MeleTOP (Lelaki): Zizan Razak
Top Top MeleTOP (Wanita): Zara Zya
Lagu MeleTOP: "Bahagiamu Deritaku" (Hafiz Suip) 
Penyanyi MeleTOP: Hafiz Suip
Grup/Duo MeleTOP: Hafiz Suip & Datuk Siti Nurhaliza
Penyampai Baru Radio MeleTOP: Nabil (Era FM) 
Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era
Filem MeleTOP: "KL Gangster 2"
Bintang Filem MeleTOP: Aaron Aziz ("KL Gangster 2")
Program TV MeleTOP: "Maharaja Lawak Mega 2012"
Bintang TV MeleTOP: Jepp Sepahtu ("Super Spontan 2013")
Bintang Siber MeleTOP: Zizan Razak
Artis Baru MeleTOP: Zara Zya
Fesyen MeleTOP: Zizan Razak
Couple MeleTOP: Nabil Ahmad & Nazirah
Artis Serantau MeleTOP: Sleeq
Artis WeChat MeleTOP: Zizan Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan