Rabu, 21 Ogos 2013

37 maut dan penumpang cedera akibat kemalangan di Genting

Genting Highlands: Seramai 37 terbunuh termasuk pemandu apabila sebuah bas yang membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung, di kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, petang semalam. Seramai 16 penumpang cedera, kebanyakannya parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Bentong.

Tragedi itu adalah kemalangan jalan raya terburuk dengan jumlah mangsa paling banyak terkorban di negara ini.

PASUKAN Bomba dan Penyelamat bersama Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting Highland, semalam


  • Bas terhumban dalam gaung di Jalan Genting Highlands
  • Mangsa terperosok, bertindih di bahagian depan bas
  • Nahas terburuk babitkan bas dalam sejarah negara
Sumber:Bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan