Rabu, 21 Ogos 2013

Pekin-Uqasha dijangka kahwin tahun depan

“KALAU diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan Uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin,” ujar Pekin, sebaik sahaja diajukan mengenai hubungan dengan aktres jelita, Uqasha Senrose.  Tegas Pekin, dia sangat yakin kakak kepada pelakon Nellydia Senrose itu adalah jodohnya. Sejak bertemu Uqasha, hatinya terus terpaut dan terbuka untuk berkahwin.

Uqasha dan Pekin
“Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk kahwin. Tetapi sejak terpandang Sha (gelaran Uqasha) di pejabat MIG, saya terus ajak dia berkahwin."Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ketika itu. Apabila jumpa dia, saya terus sedar dialah calon isteri yang terbaik untuk saya," katanya.Semakin terbuka berbicara mengenai hubungan mereka, Pekin memberitahu, dia dan Uqasha sudah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu. Setelah mengenali hati budi masing-masing, mereka nekad untuk ke fasa yang lebih serius.  
Qi, Nelydia, Uqasha dan Pekin
"Julai lalu, saya telah merisik Uqasha dan ia boleh dikira sebagai majlis pertunangan kami secara tak rasmi."Dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa setahun lagi," katanya yang lebih suka melangsungkan  pertunangan dan pernikahan dalam satu majlis yang sama.

Sumber:sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan