Khamis, 18 Julai 2013

Iqram Dinzly terkejut dengan pertunangan Fouziah Gous

Iqram dinzly atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, memberitahu dia hanya mengetahui berita tersebut menerusi laporan media sebelum diberitahu kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung. Malah, Iqram juga tidak tahu Fouziah mempunyai kekasih selama ini.

 iqram dinzly dan fauziah gous

"Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya. Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah. Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya menerusi mStar.

Dalam ruangan Harian Metro hari ini juga dikatakan Iqram Dinzly kecewa dan semakin kurus selepas Fouziah menjadi tunangan orang namun Iqram menafikan perkara tersebut dan menjelaskan perubahan itu berlaku kerana dia kesibukan kerja dan penat berlakon.

Sumber:yahoo malaysia news today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan