Khamis, 25 Julai 2013

Pasangan lucah alvin dan vivian dibenar untuk ikat jamin

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pasangan “bak kut teh” yang memprovokasi terhadap Umat Islam semasa bulan Ramadan untuk diikat jamin hari ini.Hakim Datuk Azman Husin membenarkan Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin dengan RM30,000 dan seorang penjamin bagi setiap seorang selepas membenarkan permohonan semakan mereka.

Beliau juga mengarahkan passport kedua-dua pasangan itu juga ditahan dan mereka dihalang untuk memuat naik sebarang artikel menyinggung, komen memprovokasi dan gambar pornografi yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.Hakim juga menghalang kedua-dua pasangan daripada menggunakan sebarang alat komunikasi seperti telefon pintar untuk membangkitkan ketegangan kaum dan agama.

Pasangan muda itu memohon semakan untuk mencabar keputusan hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran untuk menghalang ikat jamin pada Khamis lalu, selepas mereka didakwa dengan tiga pertuduhan kerana menghina umat Islam menggunakan Facebook dan memuat naik gambar lucah mereka di dalam blog.
Tan dan Lee juga diarahkan oleh mahkamah untuk melapor diri ke balai polis sekali sebulan.

Keputusan hakim mahkamah Sesyen menghalang pasangan muda itu diikat jamin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai “memberi pengajaran” kepada mereka akan tetapi dilihat oleh orang awam sebagai terlalu keras dan bercanggah dengan prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Permohonan semakan juga dilakukan untuk menghalang keputusan Mahkamah Sesyen membenarkan perbicaraan ketiga-tiga pertuduhan dijalankan secara serentak.

Dalam permohonan semakan hari ini peguam Chong Joo Tian yang mewakili kedua-dua Tan dan Lee mengatakan ikat jamin harus diberi kerana Mahkamah Sesyen tidak dapat membuktikan apa-apa risiko sekiranya mereka dibenarkan diikat jamin.Tan dan Lee didakwa mengikut Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.Pasangan itu dituduh menerbitkan bahan berunsur hasutan di Facebook bertajuk `Alvin and Vivian-Alvivi' di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut teh.. Wangi, enak, menyelerakan!!!" bersama logo Halal di sebelahnya.
alvin dan vivian , dihalang guna alat komunikasi
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di alamat 568-14-8 Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12 Julai lalu.Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas, antara 9 malam hingga 2 pagi.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 atau maksimum RM50,000 atau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satukandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.Kandungan itu telah dibaca di CAF - Syed Restaurant Jalan Dang Wangi, di sini antara 11 Julai dan 12 Julai pukul 10.48 malam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun jika sabit kesalahan.

Sumber:Yahoo News Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan