Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 12 Ogos 2013

Penjagaan makanan untuk tingkatkan kualiti air mani anda

Baik suami mahupun isteri menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin. Dalam pelbagai soalan, saya tertarik kepada individu yang bertanya mengenai ubat dan makanan yang boleh menambah kuantiti air mani. ngkatIsi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.

Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki menjadi mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan air mani yang banyak.Bagaimanapun, air mani akan berkurangan jika seorang lelaki kerap melakukan persetubuhan atau onani. Ini tidak mengira faktor ghairah atau terangsang seseorang lelaki. 

Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah. Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi tadi menjadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit. 

Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan makanan tambahan. Lelaki menghasilkan dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali klimaks. Jika kerap klimaks, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik. Bagi lelaki, banyak meminum air dapat membantu meningkatkan kuantiti air mani. Anda perlu minum sekurang-kurangnya empat liter sehari. Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma. 

Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium. Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik. Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah nangka dan betik mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. 

Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang. Perkara yang mendapat kajian klinikal adalah herba akar Tongkat Ali. Ia diuji secara saintifik oleh pakar tempatan dan dilihat boleh menambah isi padu air mani. Semua makanan dan suplemen yang saya nyatakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani yang berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun berumur, sekali gus meningkatkan peluang kehamilan.

Sumber Hmetro

Jumaat, 2 Ogos 2013

Tips mudah untuk hilangkan bau kaki

Kaki berbau sering di alami oleh orang yang menggunakan kasut bertutup setiap hari. Bau kaki yang busuk akan membuatkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa. Menghapuskan bau kaki yang tidak menyenangkan adalah perkara utama bagi mereka yang menghadapi masalah ini. Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat beberapa cara untuk anda menghapuskannya. 

Tips hilangkan bau kaki

1) Rendam kaki anda di dalam baldi berisi sabun dan air suam dan gosok kaki anda selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk. Air suam berupaya membuka liang roma di kaki dan mengeluarkan kotoran. Air sejuk pula berperanan untuk menutup kembali riang roma yang terbuka. 
2) Gunakan sarung kaki dengan bahan yang selesa serta mempunyai sistem peredaran udara yang baik supaya kaki tidak lembab. Oleh itu, stoking jenis nilon tidak sesuai untuk di pakai dengan kerap. 
3) Mempelbagaikan jenis kasut mengikut suasana. Jika anda ingin keluar bersantai pada hujung minggu, gunakan kasut/selipar yang terbuka. Sekurang – kurangnya, kaki anda dapat 'bernafas' seketika. 
4) Pastikan kaki tapak kaki dan jari kaki anda tidak di jangkiti kulat. Jika anda mendapati terdapat kulit kering dan tompok merah, gunakan produk kaki yang sesuai atau berjumpa dengan doktor. 
5) Kami mengesyorkan supaya anda menggunakan kasut yang berbeza selang dua hari. Kasut memerlukan 24 jam untuk kering sepenuhnya. 

Jika kasut anda berbau : 

1) Balut kasut anda dengan suratkhabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin. Kertas suratkhabar dapat menyerap bau hapak pada kasut. 
2) Ambil beberapa biji kopi dan balutkan pada tisu, letakkan balutan kopi itu ke dalam kasut dan biarkan semalaman. 
3) Jika kasut anda masih berbau walaupun selepas di cuci, keringkan terlebih dahulu kasut tersebut. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan taburkan pada kasut dan biarkan semalaman. Jumlah soda bikarbonat bergantung pada saiz kasut anda. Keesokan harinya, buang soda bikarbonat tersebut menggunakan vakum. 
4) Untuk mengelakkan kasut tidak mudah berbau, jangan pakai kasut ketika kaki anda basah. Kerana ia membolehkan bakteria membiak dan merebak. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat. 
5) Jika kasut anda basah akibat hujan, segera masukkan surat khabar lama ke dalam kasut dan simpan kasut dalam kain, kotak kasut atau beg plastik. 

Cara di atas amat mudah dipraktikkan. Jika anda telah mencuba ke semua di atas tetapi masih mengalami masalah yang sama, cuba berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan nasihat daripada mereka. 

Selamat Mencuba!

Incoming terms:
  • tips menghilangkan bau kaki pada sepatu
  • cara menghilangkan bau kaki secara alami
  • cara menghilangkan bau kaki dengan cepat
  • tips menghilangkan bau mulut
  • tips menghilangkan bau badan
  • cara menghilangkan bau kaki
  • mencegah bau kaki
  • cara menghilangkan bau mulut
Sumber:Yahoo News

Rabu, 31 Julai 2013

Cara menghilangkan jerawat dengan cepat dan mudah

Rajin Membersihkan Wajah Dengan Pencuci Muka-Wajah merupakan bagian yang sering terkena debu atau bakteria waktu kita menjalankan aktiviti seharian.. Dari itu kita harus selalu membersihkan wajah kita agar jangan sampai bakteria atau debu yang melekat pada wajah kita menimbulkan jerawat. Ketika membersihkan wajah, perkara pertama yang harus kita lakukan cuci muka dengan air dahulu dan kita bersihkan wajah kita dengan pencuci muka.

Cara menghilangkan jerawat

Hindari Makanan Yang Boleh Menganggu Peredaran Darah-Makanan yang dimaksutkan seperti gula, coklat dan kaacang. Ada yang lain yaitu hindari makanan yang berminyak, pedas serta berlemak. Karena semua makanan tersebut akan mengganggu peredaran darah pada tubuh kita. Jadi proses detoxitasi pada tubuh kita tidak bisa berjalan dengan lancar dan terganggu. Usakan rajin-rajin mengkonsumsi sayuran serta buah-buahan. Daun kemangi dan daun peterseli (parsley) dipercaya juga bisa mengobati jerawat dari dalam tubuh. Untuk buah, bisa mengkonsumsi apel karena mengandung antioksidan.

Selalu Bersenam-Dengan berolahraga, kehangatan tubuh akan membuka pori-pori pada kulit kita dan mengeluarkan kotorannya. Penjelasannya, jika saat kita olahraga maka peredaran darah kita akan lancar dan proses detoxitasi akan berjalan teratur, jadi darah-darah kotor yang ada di dalam tubuh akan terbuang bersama dengan peluh yaang keluar.

Banyakan Minum Air Putih-Kalau boleh, ikut nasihat doktor dengan minum air  8 gelas sehari. Ini adalah kerana dengan mencuci muka, berolahraga dan minum air putih secara teratur membuat jerawat sukar muncul.

Incoming terms:
  • cara menghilangkan jerawat dengan cepat
  • cara mengecilkan perut
  • cara menghilangkan jerawat secara tradisional
  • cara menghilangkan jerawat dan parut jerawat
  • cara menghilangkan bekas jerawat
  • cara menghilangkan jerawat batu
  • cara menghilangkan jerawat dan bekasnya
  • cara menghilangkan jerawat diwajah

Isnin, 29 Julai 2013

Bintik hitam datang mengganggu lagi, saya ada petua untuk hilangkan bintik hitam

Siapa suka apabila bintik hitam muncul kembali? Hendak hilangkannya cukup susah. Mungkin anda sudah buntu dengan pelbagai cara dan produk. Tahukah anda campuran ubat gigi dan garam dapat membantu menghilangkan bintik hitam? Cuba tips di bawah dan lihat sendiri hasilnya. 
  1. Campurkan ubat gigi berpudina bersama sedikit garam dan sukatannya harus sama rata. 
  2. Apabila ramuan sudah sebati, sapukannya di serata muka dan juga di tempat – tempat yang mempunyai bintik hitam. Elakkan menyapu terlalu rapat pada mata kerana kesan pudina membuatkan mata anda pedih. Selesai meratakan ramuan, biarkan selama 5 minit. 
  3. Kemudian, urut wajah ada menggunakan dua jari dalam gerakan membulat kemudian bilas dengan air suam. 
  4. Akhir sekali, ambil air batu dan balutkan bersama tuala dan sapukan ke seluruh wajah terutama di hidung, ini bertujuan untuk menutup liang-liang roma yang terbuka. 
petua hilangkan jeragat dan bintik hitam
Lakukannya seminggu sekali dan lihat perubahannya. Di samping itu, kulit anda akan berasa lebih lembut dan segar. 

Selamat Mencuba!

Incoming Terms:

  • petua hilangkan jeragat 
  • cara hilangkan jeragat 
  • hilangkan jeragat 
  • cara hilangkan jeragat di muka 
  • petua hilangkan jeragat hitam 
  • petua hilangkan jeragat dan bintik hitam 
  • cara nak hilangkan jeragat 
  • hilangkan jeragat di muka

Sabtu, 27 Julai 2013

Pasangan bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan dilahirkan di Jaipur, Rajashta

Tulang belakangnya bersambung di bawah pelvik dan mereka turut berkongsi sangkar rusuk dan belingkung bahu.Doktor berkata, mereka percaya bayi itu boleh dlselamatkan.BAYI kembar siam yang berkongsi satu tubuh yang dilahirkan di India pada Rabu lalu.Penyelia Perubatan Hospital JK Lone, Dr SD Sharma berkata, kes sedemikian yang dikenali sebagai Cisephalic Parapagus jarang berlaku terutama di kalangan bayi lelaki.

kembar siam

Menurutnya, ia adalah kes pertama di Rajasthan dan kedua di India.Kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan sedemikian mati ketika dilahirkan dan kebanyakan kes membabitkan bayi perempuan. Satu lagi kes yang terkenal membabitkan kembar dicephalic parapagus ialah bayi rakyat Amerika iaitu Abigail dan Brittany Hensel dengan kisahnya dipaparkan dalam siri realiti televisyen Abby & Brittany baru-baru ini. 

Awal September 2011, dua bayi perempuan berusia 11 bulan dari Sudan yang bercantum di kepala berjaya dipisahkan di Hospital Kanak-Kanak Great Ormond di London.Bayi dari Sudan itu adalah kembar craniopagus yang berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran. Mereka dilahirkan dengan bahagian atas kepala bercantum - keadaan yang jarang berlaku dan hanya satu daripada 10 juta kelahiran seumpama itu hidup.

Kembar siam berlaku pada satu dalam 100,000 kelahiran.Ia terjadi apabila satu telur yang subur gagal berpisah dengan sempurna atau telur berkenaan berpisah tetapi bercantum semula dalam rahim. - Agensi

Sumber :Hmetro

Komplikasi ketika hamil 11 minggu keluar darah

Hari ini jam pukul 1400H pergi ke Klinik W.Y KO Pusat Pakar Perbidanan Sakit Puan Kuantan kerana isteri sudah mengalami pendarahan dan pada ketika ini sudah hamil 11 minggu.Agak risau juga kerana bayi kemungkinan normal atau gugur.Klinik ini juga satu-satunya klinik menawarkan scan baby 4D dan boleh tengok muka bayi betul-betul.Berbalik kepada cerita tadi, doktor telah mengesahkan bayi selamat, seronok juga bila dengar doktor cakap bayi sihat.'Bila scan boleh nampak denyutan bayi dan itu tandanya bayi sihat' kata doktor.Alhamdulillah sudah nampak anggota badan bayi dan bulan ke-3 /ke 4 boleh tahu jantina bayi.

Doktor menasihatkan agar tidak membuat kerja-kerja berat dan jangan kuat berkerja sebab orang hamil ini servik mereka tidak kuat.Jika keluar darah warna coklat memang tidak ada masalah.Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga pergilah buat pemeriksaan di Klinik berhampiran atau hospital.

perkembangan hamil 11 minggu

Bagi mereka yang berada di Kuantan boleh terus pergi 

W.Y.KO Pusat Pakar Perbidanan &Puan
B2269, Jalan Beserah, 25300 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel/Fax:09-5667805

Amat disyorkan pergi klinik sini bagi mereka yang berada di Kuantan, bayaran dicaj RM80 untuk scan biasa.

Khamis, 25 Julai 2013

Ramai yang tidak tahu diet yang berkesan untuk kurus

Kini saya memperkenalkan Diet Atkins iaitu lebihkan sumber  Protien daripada karbohidrat.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Kawal pemakanan bagi memastikan diri kekal kurus.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

  • Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan. 
  • Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan) 
  • Pre-maintenance 
  • Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

  • Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.
  • Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
  • Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  • Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
  • Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  • Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  • Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.
  • Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
  • Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
  •  Boleh Makan:
  • Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  • Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  • Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
  • Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  • Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  • Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  • Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  • Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...
  • Pizza? Makan topping sahaja.
  • Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan.
 Contoh sarapan / Breakfast

  • Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  • Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  • Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  • Keju - 2 keping - (1 gram carb)
  •  Makan Tengahari / Malam
  • Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  • Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  • Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  • Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  • Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

  • Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
  • Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
  • Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
  • Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Makanan Yang perlu dielakkan Selama 2 Minggu Induction

  1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
  2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
  3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
  4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
  7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
  8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
  9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
  10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
  11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
  12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan.

Ingat! Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan ?habis? dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak. 

Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.Tengoklah pada label makanan diet, terutamanya yang berbentuk paket. Banyak yang ada 0 gram fat and 0 calorie tapi carbohydrate sampai mencecah 30 gram sepeket! 30 gram karbohidrat tu kalau dimakan akan bertukar menjadi glukosa. Bila anda exercise, glukosa itu yang dibakar sebagai tenaga dan hilang, lemak hilang sedikit sahaja sebab tiap-tiap kali makan, anda minum sepeket. Kalau 3 kali sehari, dah 90 gram karbohidrat. Sedangkan kalau nak kurus betul-betul, anda hanya patut makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja! Buat apa membazir duit membeli makanan diet dalam peket sedangkan anda boleh kuruskan badan dengan hanya menjaga karbohidrat dalam pemakanan.

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Contoh Menu
Pagi: 
1 telur (boiled, goreng, atau scrambled), tambah kicap masin / mayonnaise atau makan begitu sahaja - 0.6 hingga 1 gram karbohidrat
2 keping roti Gardenia Breaktru (dulu Fit & Trim) Wholemeal - kandungan carbo is 10.1gm per 2 slices
Sayur salad dengan serpihan keju mozarella atau olive oil sahaja - 0.5 karbohidrat

Tengahari:  
Ikan pari panggang (apa2 ikan pun boleh, asalkan sedap) - 0 gram karbohidrat)
ATAU ganti ikan dengan ayam (boleh roast, steam, goreng pun tak apa asalkan letak rempah tak berperisa tiruan, tak bergula) - 0 gram karbohidrat
Sayur bayam / sawi - boleh masak biasa asalkan tak bersantan, tak bergula, tak bercampur anything berkarbohidrat 
0.2 - 1 gram karbohidrat
Any kind of sayur kecuali kentang. Kurangkan lobak merah..LEbihkan sayur2 hijau dan freash.
ATAU makan salad sekali lagi
Malam: - sebelum jam 9.00pm:
Kurang lebih sama macam tengahari, kecuali kalau masak ikan waktu tengahari, malam tukarlah dengan ayam atau daging.
Sup daging lembu, sup ayam pun okay asalkan tak bergula. Cukup berempah dan tambah garam.
Tomyam pun boleh, tapi jangan letak sotong atau kerang, banyakkan udang, kepingan ikan, dan ketam (ketam dari pasar, bukan crab fingers sebab karbohidratnya tinggi.) 
Karbohidrat Udang= 0 gram, Ketam hidup= 0 gram.
Daging goreng kering
ATAU steak lembu / kambing
Snacks: 
1 keping Cheddar cheese
atau salad ringan (seperempat / separuh saiz)
2 keping tauhu sumbat..(isikan dgn taugeh dan timun sahaja)..makan pagi, tgh hari, ptg & malam pun takper..
 Minuman: 
Air biasa
Green tea / herbal tea boleh tapi jangan tambah gula

Syarat-syarat Induction

Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm. 
Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram. 
Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol. 
Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan. 
Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway. 
Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu. 
Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan. 
Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu! 
Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener.

Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet
Bahagian Daging:
semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. Kurangkan pengambilan sotong dan kerang.
Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
Mixed vegey dalam packet, elakkan. Jagung banyak karbohidrat, beli sayur fresh sahaja.
Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.
Cili boh okay, sebab 100% cili je.

Bahagian Makanan Dalam Botol:
Check botol sos cili dan tomato. Tomato puree dalam tin tak bergula alternatif terbaik.
Beli sos Tobasco Original = 0 gram karbohidrat.
Worchester Sauce - check kandungan karbohidrat tak lebih dari 1 gram per serving.
Steak / BBQ sauce - elakkan sebab banyak gula. Guna Worchester Sauce, cili boh, rempah sebagai alternatif.
Mayonnaise - jenama Heinz paling baik sebab 0.3 gram karbohidrat per serving, atau Lady's Choice western recipe lagi baik dari original. Elakkan low-fat Mayo.
Elakkan Thousand Island.

Bahagian2 Lain:
Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih). 
Chicken / meat slice dalam packet. Baca label. 
Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni. 
Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain. asalkan BUKAN nasi, roti.
Fast food  - McDonalds - makan burger, tapi jangan makan roti bun. Makan daging burger dan sayur sahaja. Pizza Hut - makan topping atau inti atas pizza, tapi roti pizza tu serahkan kepada mereka yang tak perlu kuruskan badan. Just makan cheese, daging, sayur - topping tu je.Pilih salad sekali.KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain. 
Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.

Kepada penggemar  kopi, teh atau sebagainya yang mengandungi gula. Kurangkan kegiatan ini, namun jangan sampai tak mengambil gula langsung kerana badan kita masih memerlukan gula untuk kesihatan. Walaupun sumber gula bukanlah semata-mata dari minuman sahaja, dari makanan, buah-buahan, dan pelbagai lagi.Minum air kosong dengan banyak, kurangkan pengambilan karbohidrat, kurangkan pengambilan gula. Hentikan tabiat meminum minuman ringan seperti coke,pepsi dan lain-lain.

Tambahan kepada program tersebut, kepada sesiapa yang gemar untuk bersukan, silalah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan. Dengan program yang disenaraikan di atas, ada yang telah turun sehingga 30kgs dalam masa beberapa bulan sahaja. Walaupun beliau tidak melakukan sebarang sukan.
Peringatan: Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

Petua mudah bersalin anak sulung

Petua Untuk Melahirkan AnakTanpa Rasa Sakit

petua mudah bersalin anak sulung

1. Sewaktu kandungan anda berusia 6 bulan, mula amalkan meminum 1 sudu minyak kelapa. Minum sebanyak 3 kali dalam seminggu.

2. Apabila kandungan anda mencecah 9 bulan, tukar kekerapan pengambilan minyak kelapa tersebut. Dosnya tetap sama iaitu 1 sudu dan minumlah setiap hari sehingga tiba hari kelahiran anak anda. Seeloknya anda buatlah minyak kelapa itu sendiri. Ia bertujuan memastikan anda benar-benar meminum minyak kelapa yang bersih dan selamat.

3. Jangan lupa untuk selalu berdoa kepada Allah agar segala urusan melahirkan anak berjalan lancar serta dijauhi daripada segala perkara yang tidak diingini.

Diambil daripada akuan fb ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Dan yang paling penting sekali kene mohon maaf dengan suami, sebab kita tidak perasan samada telah melukakan hati suami..

LIKE dan SHARE

Selasa, 23 Julai 2013

Top 10 bayi comel koleksi gambar 2013


Memandangkan admin bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi, admin akan share kan gambar-gambar baby yang paling comel sekali disini.Jika anda suka mana-mana bayi yang comel, anda boleh tinggalkan komen dibawah ya seperti :

"Saya suka bayi comel koleksi 1".Tulis komen berdasarkan kepada tajuk setiap gambar.

Nanti admin bolehlah tengok bayi yang mana mendapat perhatian orang ramai

bayi comel koleksi gambar 1


bayi comel koleksi gambar 2


bayi comel koleksi gambar 3

bayi comel koleksi gambar 4

bayi comel koleksi gambar 5

bayi comel koleksi gambar 6

bayi comel koleksi gambar 7

bayi comel koleksi gambar 8

bayi comel koleksi gambar 9

bayi comel koleksi gambar 10
Jika anda sukakan bayi-bayi ini boleh SHARE dan LIKE post ini ya..Terima kasih.

Incoming terms:

  • pertandingan gambar bayi comel 2013
  • bayi comel 2013
  • koleksi gambar baby comel
  • gambar bayi lucu yang bisa bergerak
  • gambar bayi cacat
  • gambar lucu
  • gambar rumah

Isnin, 22 Julai 2013

Makanan pelik tapi benar demi kecantikan

Demi kecantikan, ada yang sanggup jadikan organ sendiri sebagai santapan dan lebih menakutkan apabila seorang wanita yang baru melahirkan anak, sanggup makan uri sendiri dan dijadikan santapan seperti sup.

makanan pelik tapi benar

Makan uri sendiri kerana ingin kelihatan cantik dan menawan? Bunyinya pelik tapi benar. Itulah antara kepercayaan mereka hingga ada wanita yang taksub sanggup makan uri untuk menambah seri muka dan sebagai awet muda.

Itu kisah sesetengah selebriti Hollywood, namun di Malaysia dipercayai ada wanita yang makan uri bagi tujuan sama. Cuma ia mungkin menjadi rahsia peribadi dan paling mengejutkan sebahagian pengemar uri adalah dari golongan wanita melayu yang beragama islam.Sungguh taksub mereka ini demi untuk kecantikan sanggup buat apa sahaja.

Sumber :Bharian