Hari ini jam pukul 1400H pergi ke Klinik W.Y KO Pusat Pakar Perbidanan Sakit Puan Kuantan kerana isteri sudah mengalami pendarahan dan pada ketika ini sudah hamil 11 minggu.Agak risau juga kerana bayi kemungkinan normal atau gugur.Klinik ini juga satu-satunya klinik menawarkan scan baby 4D dan boleh tengok muka bayi betul-betul.Berbalik kepada cerita tadi, doktor telah mengesahkan bayi selamat, seronok juga bila dengar doktor cakap bayi sihat.'Bila scan boleh nampak denyutan bayi dan itu tandanya bayi sihat' kata doktor.Alhamdulillah sudah nampak anggota badan bayi dan bulan ke-3 /ke 4 boleh tahu jantina bayi.
Doktor menasihatkan agar tidak membuat kerja-kerja berat dan jangan kuat berkerja sebab orang hamil ini servik mereka tidak kuat.Jika keluar darah warna coklat memang tidak ada masalah.Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga pergilah buat pemeriksaan di Klinik berhampiran atau hospital.
perkembangan hamil 11 minggu |
Bagi mereka yang berada di Kuantan boleh terus pergi
W.Y.KO Pusat Pakar Perbidanan &Puan
B2269, Jalan Beserah, 25300 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel/Fax:09-5667805
Amat disyorkan pergi klinik sini bagi mereka yang berada di Kuantan, bayaran dicaj RM80 untuk scan biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan