Memaparkan catatan dengan label kenderaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenderaan. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2013

Peserta Konvoi Motorsikal Kuasa Besar Digelek Kenderaan Pacuan Empot Roda, Lima Cedera

 

KUANTAN - Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.



Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai merempuh pacuan empat roda jenisToyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.

 


Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.

 


Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada PulauPinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal.




















 
Berita muktahir yang di terima, kesemua mangsa dalam keadaan selamat




 

Sumber Foto: FB AdminRF

View the original article here

Jumaat, 16 Ogos 2013

[Tips] Kekayaan ‘Bocor’ Kerana Kereta

Saya nampak, antara kesilapan biasa graduan baru ialah terlalu gopoh nak beli kereta. Nak ada kereta sendiri! Barulah ada ‘style’ agaknya… Padahal, kalau dia tahu, lebih baik beli rumah sebelum beli kereta. Beli kereta hari ni, esok nilainya dah jatuh RM5,000! Tapi beli rumah hari ni, tahun depan harganya dah mahal.

Bagi saya, orang muda lebih baik kocek penuh berbanding hutang penuh. Biarlah kita bermotor kapcai, tapi kita tak perlu berinstallment untuk ‘dapatkan’ isteri. Lagi malang kalau anak dah nak masuk 3, 4, tapi isteri tu masih berstatus ‘installment’!

Saya benar-benar nampak, kaya atau sempit, silapnya pada kita sendiri salah mengurus duit. Ia bukan soal gaji besar atau gaji kecik. Orang gaji kecik boleh hidup senang, boleh beli itu ini secara TUNAI! Tapi orang bergaji besar semuanya beli nak pakai kad kredit dan nak beli cara installment! Orang macam tu, gaji sebesar mana sekalipun dia tetap akan rasa sempit!


Beli Bila Perlu, Bukan Ikut Mahu

Bukan salah beli kereta, tapi dari sudut keutamaan, ia antara keutamaan yang paling akhir kalau betul-betul nak jadi kaya. Saya beli kereta di saat-saat kami sangat PERLUKAN kereta .kereta itu ialah TIARA the legend.

Kalau setakat nak balik kampung, naik bas lagi senang untuk orang bujang. Duit petrol, dan duit tol tak berbaloi kalau setakat balik sorang diri. Itu belum kira kos maintenance, kos accident dan kos saman speed trap! Kalau setakat nak pergi kerja, baik naik motor jer lagi jimat. Jimat duit, jimat masa. Nak parking pun senang.

Berhati-hati Apabila Deal Dengan Salesman
Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda.

Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini... awas... cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun...tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa. 

Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik... Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau anda bulanan kereta anda ialah RM487 selama 9 tahun. Anda tanpa banyak soal terus bersetuju membeli dengan salesman ini. 

Ok...anda tau tak berapa anda buat loan? Anda tau tak berapa interest bank yang terkini untuk pinjaman kereta? Anda tau tak cara kira-kira pinjaman kereta? Kalau anda tau sudah pasti anda tidak akan setuju dengan jumlah bulanan yang dikenakan.

Semasa blog ini ditulis interest bank bagi kereta nasional baru ialah 2.8% dan bagi kereta terpakai ialah 3.5%. Bulanan RM487 adalah dikira dengan interest 3.5%. Sekiranya dikira dengan interest 2.8% bulanannya ialah RM463.

Untuk interest 3.5%, keuntungan yang diambil bank ialah RM12,600. Untuk interest 2.8% keuntungan yang diambil bank ialah RM10,800. Bezanya ialah RM2,250.

Walaupun RM487 dan RM463 perbezaan cuma RM24 sahaja tetapi kalau dikira RM24 X 108 bulan (9 tahun) jumlahnya agak besar.

Berbalik kepada cerita salesman 'baik hati' yang bagi diskaun kepada anda tadi... dia sebenarnya telah memanipulasi anda yang tak tau apa-apa.... Walaupun dia dengan baik hati offer RM1000 diskaun tetapi secara diam telah telah mengambil duit anda sebanyak RM2,250 in return tanpa anda sedari.

Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah tau serba sedikit tentang proses loan dibuat.

Pertama; Mestilah tau harga kereta yang sebenar. Kereta baru amat senang untuk tahu harganya iaitu pada quotation kereta. Sementara kereta terpakai harga tak sama... tetapi anda mestilah tau pasaran semasa. Paling mudah untuk buat perbandingan harga boleh tengok dalam Mudah.my. Mesti diingat bahawa harga kereta terpakai yang dipamerkan adalah harga kereta shj tak termasuk insuran, road tax dan lain-lain proses.

Kedua; Mesti tau kadar interest semasa.

Ketiga; Tahu cara pengiraan loan kereta. 
Contoh pengiraan sebuah Perodua Myvi baru: Harga:RM46,900.00, downpayment RM6,900.00. Jadi loan anda ialah RM40,000.00.

RM40,000 X 2.8% = RM1,120 (kadar keuntungan bank untuk setahun). 

RM1,120 X 9 tahun (sekiranya loan 9 th)=RM10,080

Jadi: RM40,000 (loan) +
RM10,080 (keuntungan bank)
------------
RM50,080 / 108 (9 th) = RM463.00 sebulan

Jadi anda kena bayar RM463.00 sebulan. 


Keempat; Boleh bertanya kadar interest yang sebenar apabila pihak bank menelefon anda, sekiranya anda tak bersetuju boleh dirunding minta kadar yang lebih rendah.

Kelima. Pastikan bayaran booking dan downpayment dibuat di showroom dan dapatkan resit yang original. Elakkan terima resit yang dibeli kat supermarket walaupun ada cop syarikat.
Loan Kereta 2nd hand

Anda juga mesti bijak semasa buat pengiraan loan untuk kereta 2nd hand. Harga kereta yang dipaparkan adalah harga bodi kereta sahaja. Awas jangan terpedaya dengan harga yang lebih murah dari kedai used car lain. Pastikan ia betul-betul murah. Bermacam cara dan tektik digunakan penjual kenderaan terpakai untuk mengelabui mata pembeli. Bagaimana? Misalnya harga sebuah perodua myvi tahun 2009 ialah RM32000. Harga on the road boleh jadi RM36400. Apa pulak yang lebih lebih RM4400 ni... ok RM4400 ini adalah insurans dan documentations fees. Biasanya di bahagian inilah pihak used car akan charge giler-giler. Documentations fees termasuk- Company service, JPJ, Puspakom, service permohonan loan, runner dan transfer nama.

Dari segi insurans, anda mesti tau bagaimana cara untuk mengira insuran kenderaan dengan tepat. Kalau anda tak tau kira, anda boleh kira secara online- masuk je 'Paultan' blog, di sini ada Insurance Calculator. Salesman penipu akan kira dengan tak tepat. Kat sini pun dia orang dah boleh untung beratus ringgit sekiranya pembeli tak tau kira insuran. Aku pun hampir terkena. Harga kereta ialah RM32000. Salesman kata dia nak insured RM40000 kerena harga pasaran ialah RM40000. Tau berapa dia kira???? RM1720 untuk nilaian RM40000. Ini tak masuk akal langsung sebab kalau insured RM40000 insuransnya hanya RM1251. Kalau insured RM32000 (mengikut harga kereta) pasti lagi murah.

Anda juga mesti berfikir secara logik. Kalau anda beli kereta 2nd hand dan anda buat loan RM32000 selama 9 th, bulanan ialah RM405. Sebaliknya sekiranya anda beli kereta baru dan buat loan RM40000 selama 9 th, bulanan ialah RM465. Jadi perbezaan bayar bulanan tak banyak...cuma RM60 je, lebih baiklah anda beli baru biar betul-betul puas hati. Kereta 2nd ni kita tak tau sejarah silamnya baik ke buruk ke..

p/s : jangan terpedaya pada mulut manis salesman. bak ibarat menanan tebu di tepi bibir.abis madu sepah di buang"

Khamis, 15 Ogos 2013

Cerita sebuah kereta yang belum digunakan sejak 25 tahun

Toyota AE86 Berusia 25 Tahun Yang Masih Di Dalam Plastik.Kereta Toyota Corolla AE86 ini. Ia dijumpai di Belgium dimana kereta ini telah tersimpan di basement selama lebih 25 tahun. Lebih menarik, kereta ini masih dalam keadaan asal seperti baru keluar dari kilang dan tidak berkarat langsung. Kerusi didalamnya masih dibalut dengan plastik dari kilang.

Apa yang paling best meter pada dashboard pun menunjukkan kereta ini baru berjalan sebanyak 48 kilometer. Pemilik kenderaan ini membeli kereta ini dan memandunya dari kedai kereta hingga ke basement tersebut. Dan kereta itu dibiarkan begitu selama lebih 25 tahun. Bau kereta ini juga masih bau seperti baru. 

Klik 2x untuk besarkan gambar







Tuan kereta ini mengeluarkan minyak dari tangki dan bateri juga dibuka untuk mengelakkan kereta ini dari rosak.

Rabu, 14 Ogos 2013

Honda Fit 2014 Akan Dilancarkan Di Pasaran Jepun

Honda Fit 2014 (juga turut dikenali dengan nama Honda Jazz di Malaysia) bakal dilancarkan untuk pasaran domestik Jepun tidak lama lagi. Generasi ketiga model ini turut bakal didatangkan dalam varian hibrid yang mampu bergerak sejauh 36.4km dengan 1 liter petrol.

Yang pastinya, Honda Fit 2014 pasti akan tiba lewat di pasaran Malaysia susulan kehadiran Honda Jazz CKD yang baru sahaja dilancarkan bulan lepas.

Tidak diketahui bilakah tarikh rasmi pelancaran Honda Fit 2014 ini. Kami akan bawakan perkembangan terbaru dari masa ke masa untuk anda. Sama-samalah kita nantikan.

Klik 2x untuk besarkan gambar












Incoming terms:
  • honda fit 2014 release date
  • honda fit 2014 price


Isnin, 12 Ogos 2013

Emirates melancarkan jet peribadi SUPER mewah

Menggunakan Airbus 319 pesawat, syarikat penerbangan Dubai itu akan menawarkan pelanggan peluang untuk menikmati pengalaman jet peribadi melalui  skim EksekutifI ICT Emirates.Pesawat itu akan mempunyai tempat makan diubahsuai dan kerja lounge, sepuluh suite tidur kelas pertama serta mempunyai pancuran mandi spa, kemudian dipenuhi dengan anak-anak kapal Emirates dan katering.















Sumber:Yahoo News Today

Ahad, 11 Ogos 2013

LaFerrari Supercar Kereta Paling Cantik dan Canggih

Selepas pengumuman yang menarik Lamborghini Veneno , di sini adalah iklan baru dalam persembahan auto di Geneva dengan "kereta super" Ferrari. LaFerrari , ia akan dijual satu juta euro dan akan dikeluarkan dalam hanya 499 keluaran sahaja. Untuk gambar yang lebih cantik sila klik 2x pada gambar yang anda hendak lihat.










LIKE dan SHARE

Arrinera Supercar Yang Canggih 2013

Syarikat pengeluaran Supercar Poland, Warsam Polish Arrinera telah mengeluarkan sebuah model baru versi 2013. Kereta Coupe yang sporty ini telah direka oleh Lee Noble. Supercar ini dilengkapi dengan kamera thermal unutk penglihatan malam Atau Night Vision dan bakal dipasarkan pada 2013. 

Klik 2x untuk besarkan.