Memaparkan catatan dengan label Cedera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cedera. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2013

Peserta Konvoi Motorsikal Kuasa Besar Digelek Kenderaan Pacuan Empot Roda, Lima Cedera

 

KUANTAN - Lima penunggang motosikal cedera setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan kumpulan konvoi dan sebuah pacuan empat roda di Chendor berhampiran Cherating, di sini.



Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, kumpulan konvoi berkenaan dipercayai merempuh pacuan empat roda jenisToyota Hilux yang dikatakan membuat pusingan-U.

 


Akibat jarak terlalu kumpulan motosikal berkenaan dipercayai terlalu hampir, empat buah motosikal daripada kumpulan konvoi itu dipercayai gagal mengelak kenderaan itu lalu merempuhnya.

 


Kumpulan Konvoi itu dipercayai daripada PulauPinang menuju ke Cherating. Seorang daripada mangsa dirawat sebagai pesakit luar manakala empat lagi dirawat di Zon Separa Kritikal.




















 
Berita muktahir yang di terima, kesemua mangsa dalam keadaan selamat




 

Sumber Foto: FB AdminRF

View the original article here

Jumaat, 13 September 2013

Salleh Yaakob Maut Di Sambar Petir, Isteri Cedera Parah


TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said. –Bernama

View the original article here