Memaparkan catatan dengan label Sambut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sambut. Papar semua catatan

Ahad, 15 September 2013

Faizal Ismail Dan Isteri Sambut Kelahiran Orang Baru

Syukur Alhamdulillah serta Tahniah diucapkan buat penyampai radio terkenal, Faizal Ismail dan isteri, Nor Azlina Ahmad Din atas kelahiran anak keempat mereka pada jam 3.06 petang semalam

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Faizal atau lebih mesra di sapa sebagai FBI menerusi laman sosialnya.

p/s: Tahniah FBI sebab dapat baby girl













View the original article here

Jumaat, 13 September 2013

Anne Ngasri Sambut Kelahiran Orang Baru




Tahniah diucapkan kepada Anne Ngasri kerana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.4 kilogram semalam. Bayi ini ialah anak keempat Anne dan anak pertama hasil perkahwinan dengan seorang ahli politik bernama Mohd Sumali Reduan.

Secara umumnya ini merupakan cahaya mata pertama mereka dan untuk makluman, Anne Ngasri dan Sumali telah bernikah pada 22 Disember tahun lalu.

Sebelum ini Anne pernah berkahwin dengan Abdul Wafi Hassan pada 26 Mei 2006 dan disahkan bercerai dengan talak tiga pada Jun 2010. Hasil perkongsian tersebut mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afrozah.





 Dalam perkembangan lain berkenaan Anne, nampaknya dia mula bergiat aktif dalam bidang politik apabila terpilih sebagai Ketua Puteri UMNO cawangan Dataran Merdeka. Nampaknya impian Anne untuk memiliki anak dengan Sumali terkabul jua.

Pasangan Mohd Sumali dan Anne telah bernikah pada 23 Disember 2012. Kredit gambar Instagram Anne Ngasri.

View the original article here