Memaparkan catatan dengan label Faizal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Faizal. Papar semua catatan

Rabu, 18 September 2013

Faizal Tahir Terkejut Besar

La .. terkejut kenapa pulak ni, cecite.. cecite..

Inspirer AF2013, Faizal tahir, mengaku terkejut apabila Sani diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir pada minggu pertama konsert AF2013 yang berlangsung pada Sabtu.

“Semasa saya membuka sampul untuk mengumumkan pelajar yang tersingkir, saya sebenarnya tidak menjangkakan langsung bahawa ianya adalah Sani memandangkan dia adalah diantara peserta yang saya lihat mempunyai potensi.

“Sejujurnya, jika kami, tenaga pengajar berbincang mengenai pelajar-pelajar AF, ada dua tiga orang yang kami sangat risaukan dan Sani tidak termasuk dalam senarai tersebut.” ujarnya ketika ditemui pada konsert pertama AF2013.

Menurut Faizal lagi, Sani merupakan salah seorang pelajar yang agak rapat dengannya, dia juga amat menyukai sikap Sani yang gemar bertanya dan dia berpuas hati dengan persembahan Sani pada malam tersebut.

“Selain itu, Sani adalah seorang yang suka bertanya, paling rajin buat ‘homework’, dan saya sangat suka dengan sikap yang sebegitu.

“Jika dilihat dari persembahan juga, Sani bukanlah yang paling teruk, malah persembahannya penuh dengan keyakinan. Saya harap, selepas ini Sani akan teruskan perjuagan untuk bergelar anak seni dan saya bangga dengan dia.” ujarnya lagi.

Faizal Tahir juga berharap agar masyarakat lebih berfikiran terbuka untuk mengundi dan membuat pemilihan dengan lebih baik untuk melahirkan seorang bintang.

Pena Hiburan: Biasala kan.. turun naik tu lumrah kehidupan

sumber: astro-gempak

View the original article here

Faizal Tahir Gegar Hard Rock Cafe 22 September Ini Untuk Lancar Album Terbaru



Bersempena dengan kemunculan album terbarunya berjudul Faizal Tahir, penyanyi rock yang mempunyai aura tersendiri ini bakal menggegarkan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk mempromosikan album tersebut.

Penonton yang hadir ke persembahan Faizal Tahir pada 22 September 2013 nanti bakal dihiburkan dengan beberapa lagu popular dari album berkenaan termasuklah Vortex, Bintang, Biar dan banyak lagi.

Untuk makluman anda, Faizal Tahir memberikan kelainan pada album ketiganya ini apabila dia mengetengahkan genre Rock Electronic yang lebih menarik.


Menurut Faizal Tahir, showcase jelajah ini amat penting buat dirinya untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat yang sering memberi sokongan selama ini.




Malah, penyanyi ini juga bakal mengadakan showcase yang sama di Hard Rock Cafe Singapore pada bulan November nanti.

Selain daripada memproosikan album terbaru saya di Hard Rock Cafe, saya juga berpeluang untuk mendekatkan diri dengan peminat-peminat saya. Saya telah memberikan yang terbaik untuk album ini dan sekarang adalah masanya untuk menjadikan album tersebut diterima ramai.
Apa yang menariknya, band baru yang dianggotai oleh Tomok, Manifesto dikatakan akan membuat persembahan pembukaan pada malam tersebut.

Selain daripada itu, peminat juga berkesempatan membeli album berkenaan dengan harga istimewa sambil mendapatkan barangan eksklusif Faizal Tahir di showcase itu nanti.

Pena Hiburan: Kepada yang berminat nak join showcase ni, korang boleh beli tiket dengan harga RM60 berserta minuman sekali. Sila layari laman web Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.

sumber: ohbulan

View the original article here

Ahad, 15 September 2013

Faizal Ismail Dan Isteri Sambut Kelahiran Orang Baru

Syukur Alhamdulillah serta Tahniah diucapkan buat penyampai radio terkenal, Faizal Ismail dan isteri, Nor Azlina Ahmad Din atas kelahiran anak keempat mereka pada jam 3.06 petang semalam

Berita tersebut dikongsikan sendiri oleh Faizal atau lebih mesra di sapa sebagai FBI menerusi laman sosialnya.

p/s: Tahniah FBI sebab dapat baby girl













View the original article here

Selasa, 3 September 2013

Hot! Faizal Tahir 'Berperang' di Twitter

Kadang kala laman sosial ni boleh menimbulkan rasa tidak puas hati atau pergaduhan. Yang ini memang tidak perlu dinafikan, kalau ada orang komen negatif atau yang bersifat pribadi, kita akan merasa tidak senang hati.

Tapi itu semua bergantung kepada cara kita menyampaikan sesebuah mesej. Jika mesej kita lebih kepada kebaikkan, orang akan hormat kita, tapi juga sebaliknya.
Baca lagi »

View the original article here