Sabtu, 3 Ogos 2013

Bayaran bulanan untuk Proton Saga 1.3L hanya rm250 sahaja?

Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L yang dilancarkan kelmarin pada harga rendah, mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan rakyat.Tinjauan Kosmo! di beberapa tempat di seluruh negara semalam mendapati, orang ramai tidak putus-putus mengunjungi bilik pameran Proton bagi melihat dengan lebih dekat kereta berkenaan.Mereka berpendapat, Proton baharu itu lebih menarik dan aksesori yang dipasang amat memuaskan kerana setaraf dengan kereta-kereta yang sekelas dengannya, malah melebihi jangkaan mereka.



Tinjauan di Proton Edar, Jalan Sungai Besi di sini mendapati, orang ramai berpuas hati dengan tawaran terbaharu Proton itu selain tertarik dengan harganya.

Mohd. Nor Fikri Md. Dali, 25, berkata, pada awalnya dia beranggapan model mampu milik itu tidak begitu menarik untuk dimiliki kerana menyangka beberapa aksesori kereta tidak dipasang.

“Tanggapan saya ternyata meleset selepas melihatnya sendiri dan ternyata ia ditawarkan dengan banyak ciri standard.

“Antara yang menarik perhatian saya, kereta ini ada dua beg udara dan cermin berkuasa elektrik untuk semua tingkap kereta,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya, pakej yang ditawarkan memang berbaloi untuk rakyat yang ingin membeli kereta mampu milik tetapi mempunyai keluasan yang selesa.

“Model ini amat sesuai untuk golongan baru bekerja seperti saya. Bayaran bulanan RM250 juga tidak membebankan,” tambahnya.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang harga dan spesifikasi( Specs) Proton Saga SV, sila klik  www.proton-edar.com.my

Incoming terms:
  • proton saga price
  • proton saga new model
  • proton saga flx
  • proton saga review
  • proton saga specification
  • proton saga blm bodykit
  • proton saga se
  • harga proton saga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan