Khamis, 19 September 2013

Tiada Rahsia Lagi, Mawar Fareeda Kini Sah Bakal Tunang Fizo Omar


Menerusi wawancara di Nasi Lemak Kopi O program di TV9, Mawar Fareeda kini disahkan sebagai bakal tunang kepada pelakon Fizo Omar. Pengakuan itu turut disiarkan menerusi fanpage Fizo Omar dan juga fanpage NLKO.

Selain itu, ibu Mawar sendiri melalui kosmo juga mengesahkan anaknya bakal bertunang dengan pelakon tersebut. Menurut Fizo, model tudung jenama Fareeda itu menepati ciri-ciri sebagai calon isteri yang dicari selama ini.

"Sepanjang perkenalan kami, Mawar begitu menyenangkan saya dan keluarga. Malah, ibu saya juga sangat sayangkan Mawar.

"Saya harap semua pihak mendoakan agar dia memang menjadi jodoh saya dan kami akan bergelar suami isteri," Tahniah diucapkan kepada Fizo Omar dan Mawar.



Nama Penuh : Mawar Abdul Karim
Umur : 24 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Agama : Islam
Tempat Menetap : Kuala Lumpur
Kelulusan : -
Pekerjaan : Model dan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA









View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan