Khamis, 26 September 2013

Samsung Note 3 Berada Di Pasaran Mulai Hari Ini




Samsung juga memperkenalkan Galaxy Note 3 yang menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk lebih nipis dan ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak, lebih berkuasa dan bateri tahan lebih lama.


Buat pertama kalinya, Note 3 mempunyai belakang yang bertekstur dan ia boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu.


Fungsi S Pen diperkasakan dengan kemampuan berbilang tugasan yang lebih canggih.

Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta, membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.

S Note juga dikemas kini dan lebih intuitif serta senang disusun. Ia juga lebih senang untuk menulis maklumat.
Note 3 juga mempunyai ‘multiwindow’ yang lebih baik di mana aplikasi sama boleh dibuka dalam dua tetingkap berasingan.

Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Contohnya, video boleh dimainkan empat jam lebih lama iaitu peningkatan kira-kira 40 peratus.

SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY NOTE 3:

Harga: RM2,399
Rangkaian: 2.5G (GSM/ GPRS/ EDGE): 850 / 900 / 1800 / 1900 MHz, 3G (HSPA+ 42Mbps): 850 / 900 / 1900 / 2100 MHz, 4G (LTE Cat 4 150/50Mbps)
Pemprosesan: 1.9 GHz Octa Core Processor ( A15 1.9 GHz + A7 1.3 GHz)
Paparan: 5.7 inci Full HD Super AMOLED (1920 x 1080)
OS: Android 4.3 (Jelly Bean)
Kamera: 13MP
Sambungan: WiFi 802.11 a/b/g/n/ac (HT80), GPS / GLONASS, NFC,† Bluetooth(R) v 4.0 (LE)Memori: 32GB
RAM: 3GB
Dimensi: 151.2 x 79.2 x 8.3mm
Berat: 168g
Bateri: 3,200mAh

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan