Khamis, 26 September 2013

Fida Ibrahim Lari Dari Lokasi, Penerbit Kesal

Oleh kerana terasa disindir dengan babak babak akhir sebuah telefilem lakonannya sendiri, Fida Ibrahim dikhabarkan telah meninggalkan lokasi penggambaran sebuah drama di Baling, Kedah hujung minggu lalu. Apa cerita?

Penerbit Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar berkata Fida Ibrahim tidak berpuashati dan terguris hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya — walaupun sekadar lakonan.

“Saya tidak faham dengan sikap dia (Fida) kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi,” jelas penerbit itu.

Hazmimi juga berkata yang Fida Ibrahim ada merungut mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa — walaupun tahu lokasi penggambaran di kawasan luar bandar.

“Suka atau tidak dia telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam drama berkenaan dan saya percaya, dia seharusnya sudah memahami perjalanan skrip itu. Apa yang berlaku jelas menunjukkan dia tidak membaca skrip sebelum ini dan cuba menyalahkan orang lain”


sumber: mstaronline

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan