Jumaat, 20 September 2013

Ika Nabila Muat Naik Gambar Anjing





 Pelakon seksi dan kontroversi, Ika Nabila menganggap tindakan segelintir peminatnya yang meminta dia memuat naik gambar b-o-g-e-lnya di laman Instagram sebagai ‘terlebih bergurau atau dalam erti kata lain, disifatkannya sebagai biadap.



Oleh sebab berasa geram dengan perbuatan peminat tersebut, Ika bertindak ‘membalas’ permintaan peminat tersebut dengan gambar seekor anjing. Menurut Ika, tindakannya itu bukan biadap sebaliknya sebagai mahu memberi pengajaran kepada peminat berkenaan agar mereka tidak mengulangi perbuatan memberi komen-komen negatif.



“Waktu tu saya tengah bercuti di Krabi. Saya hairan kenapa orang minta gambar b-o-g-e-l, sedangkan masa tu saya post gambar ikan di Instagram saya. Dan sebelum tu pun saya tak pernah post gambar saya berbikini. Saya pakai baju skuba. Jadi saya rasa tak ada isu saya seksi.








“Kemudian kebetulan kat situ ada seekor anjing, jadi saya ambil gambar anjing tu dan post gambar tersebut untuk beri pengajaran pada mereka (peminat). Mereka dulu yang bertindak kasar dan kurang ajar, jadi saya balas lah semula. Saya rasa tindakan itu tak biadab sebab mereka yang memulakan dulu dengan menyuruh saya melakukan perbuatan yang tak senonoh.



“Tapi saya tak sakit hati pun dengan mereka. Cuma mereka rosakkan mood bercuti saya ketika tu. Bila saya ingat balik, rasa kelakar pula. Dan saya rasa segelintir pengikut saya tu, mereka banyak masa terluang”, jelasnya sewaktu ditemui pada pelancaran Oriental Rhapsody, di The Weld semalam.



Ika berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu perbalahannya dengan pengikut Instagram miliknya gara-gara meminta dia memuat naik gambar b-o-g-e-l, sewaktu bercuti di Pulau Krabi, Thailand pada hujung Ogos lalu. Dalam pada itu pelakon Tanda Putera ini juga berkata selepas apa yang berlaku, dia akan lebih berhati-hati setiap kali mahu memuat naik apa-apa gambar di laman Instagramnya.





“Niat saya hanya mahu berkongsi aktiviti saya. Tapi lepas apa yang jadi ni, saya akan lebih berhati-hati selepas ni. Saya tahu yang ada saja pihak tak puas hati dan suka cari kesalahan saya, namun saya buat tak kisah saja pada golongan yang segelintir ini. Lagipun ramai peminat yang masih menyokong saya”, katanya.



Dalam perkembangan lain, Ika baru saja selesai menjalani penggambaran filem arahan Khabir Bhatia berjudul Gangster Superstar serta drama bersiri di TV3, berjudul Seindah Sabarmu.



View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan