Jumaat, 20 September 2013

Gara Gara Tayang Perut Bunting, Yasmin Hani Dikecam Peminat

Yasmin Hani Dikecam Kerana Tayang Perut Bunting!| Hari ni kecoh bila semua rakan penulis sibuk memperkatakan mengenai foto-foto Yasmin Hani tayang perut buntingnya setelah ianya tersebar dengan begitu meluas di laman sesawang.

Pada mulanya penulis hanya dengar sahaja mereka bercerita, tetapi lama-kelamaan penulis jadi tak senang duduk pula bila tak melihat gambar-gambar tersebut. Jadi, penulis pun mulalah mencari ia di laman carian Google.

Terkejut juga penulis bila melihat foto-foto yang tersebar itu kerana Yasmin begitu seksi dan kelihatan seperti diahanya berseluar dan bertiub hitam yang hanya menutupi buah dadanya sahaja. Perutnya ditayang serta dilukis cantik seperti bentuk dedaun.

Jika dilihat memang sangat comel kerana penulis memang suka lihat wanita mengandung. Tetapi tindakannya itu ternyata silap kerana foto itu telah dikritik dan dikecam oleh peminat terutama golongan Melayu di beberapa ruangan laman sesawang kerana mereka merasakan caranya itu tidak sopan dan tidak melambangkan budaya Melayu dan agama Islam.

Namun, dari apa yang penulis dengar, sebenarnya foto itu merupakan sesi fotografi untuk kehamilannya di sebuah studio. Tapi, tak tahu bagaimana ianya boleh tersebar dengan begitu meluas sedangkan Yasmin sendiri tidak memuat naikkan gambar-gambar itu di mana-mana laman sosial miliknya. Biasalah, orang kita ni, kalau perkara seperti itu laju sahaja tersebar.


sumber: murai

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan