![]() |
CUPERTINO (Amerika Syarikat): Dua Apple memberkenalkan dua model iPhone baru iaitu iPhone 5C dan iPhone 5S, di sini, awal pagi tadi.
iPhone 5C mempunyai beberapa ciri yang terdapat dalam iPhone 5 tetapi ia dibuat daripada plastik dan tidak mempunyai tepi aluminum dan bahagian gelas di belakang.
Skrin iPhone 5C berukuran 4 inci dan ia mempunya kamera 8 megapiksel. iPhone 5C boleh didapati dalam warna hijau, biru, kuning, merah jambu atau putih.
![]() |
iPhone 5C dan 5S dipamerkan. FOTO AP |
Ia juga mempunyai sistem 'dual flash' yang dipanggil True Tone untuk merakam gambar yang mempunyai warna kulit serta wanra lain yang lebih semula jadi.
![]() |
Butang 'Home' yang juga pengesan cap jari. FOTO Reuters |
iPhone 5S juga mempunyai prosesor 64-bit yang lebih laju serta sistem pengecaman jap jari.
Kedua-dua model baru boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, China, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Puerto Rico, Spungapura dan United Kingdom bermula 20 September. - AP
sumber: harian metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan