Isnin, 16 September 2013

Anak Ugut Pukul Bapa Kandung

Seorang anak sanggup mengugut untuk memukul bapa kandungnya semata-mata kerana berang permintaannya untuk mendapatkan wang dipercayai bagi membeli dadah tidak dipenuhi.

Dalam kejadian di Kampung Telaga, Kuala Berang di sini, jam 6.30 pagi kelmarin, mangsa berumur 60 tahun sedang berehat di rumah mereka selepas selesai menunaikan solat Subuh sebelum didatangi suspek berusia 29 tahun.


Sumber berkata, ketika berehat, suspek yang juga anak ketiga mangsa meminta sejumlah wang, tetapi tidak diendahkan mangsa menyebabkan anaknya itu naik angin lalu berlaku pertengkaran.


“Dalam pertengkaran itu, suspek yang gagal mengawal perasaan bertindak agresif apabila cuba memukul mangsa menggunakan sebatang kayu. Tidak cukup itu, suspek yang juga penagih dadah turut menghalau bapa dan ahli keluarganya yang lain sebelum menghilangkan diri sejurus kejadian.

“Difahamkan, suspek juga sering mengamuk dan pernah mengugut bapanya menggunakan parang sekiranya permintaan mendapatkan wang tidak dipenuhi,” katanya.

Susulan kejadian itu, mangsa yang bimbang keselamatannya dan ahli keluarga lain nekad membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek beberapa jam selepas kejadian berkenaan.


sumber: berita harian

View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan