Khamis, 12 September 2013

Ada Seseorang Datang & Ceritakan Kisah Buruk Che Ta – Zain Saidin

Inilah namanya dugaan sebelum menempuh alam perkahwinan. Sebab itu orang tua-tua kata, kalau bercinta atau bertunang jangan lama-lama. Darah manis. Banyak orang dengki dan iri hati. Itulah yang sedang terjadi kepada Zain Saidin apabila ada seseorang datang menceritakan keburukan bakal isterinya, Rozita Che Wan.



Nasib baiklah Zain Saidin ini pandai orangnya dan tidak percaya membabi buta. Kata Zain kepada Mstar Online:-



Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita macam-macam kisah buruk Cik Ta agar saya menarik balik keputusan saya untuk berumah tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas-lepas. Saya tanya Cik Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai isteri



Biasalah orang cantik macam Che Ta ini pasti ramai yang jeles dan cemburu. Tambah jeles apabila bakal dapat suami muda macam Zain. Harap Zain pekakkan sahaja telinga. Tumpukan perhatian untuk majlis perkahwinan anda. Yang penting, hati kena nekad untuk buat yang terbaik kepada bakal isteri anda itu.






View the original article here

Tiada ulasan:

Catat Ulasan