Khamis, 22 Ogos 2013

Lelaki misteri 10 tahun hidup bawah pokok

Riyadh: Seorang lelaki Saudi tinggal di bawah sebatang pokok sejak 10 tahun lalu.Akhbar melaporkan, penduduk di daerah Milz di bandar raya Riyadh menganggap lelaki itu misteri kerana dia tidak bergaul dengan penduduk tempatan dan jarang berbual dengan orang lain.“Dia seolah-olah tidak mempunyai rumah selain pokok itu. Hampir keseluruhan masanya lalu dihabiskan di bawah pokok berkenaan. Dia tidur di situ pada sebelah malam. Pokok itu menjadi rumahnya dan tiada siapa mengenalinya.



“Kadang kala dia melemparkan senyuman kepada orang yang lalu-lalang. “Tetapi biasanya, dia cuba mengelak orang ramai. Pihak berkuasa perlu bertindak kerana lelaki itu mungkin sakit,” kata seorang penduduk. - Agensi


Sumber:Hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan