Isnin, 15 Julai 2013

Betty Banafe bakal menimang cahaya mata yang pertama

Syukur alhamdulillah pelakon terkenal iaitu  Betty Banafe dan suaminya, Bruce Dargus bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi apabila aktres ini memberitahu dirinya sedang hamil empat bulan.Bertambah-tambah rezeki mereka selepas ini dan mesti comel seperti Betty.

Betty Benafe bakal menimang cahaya mata

"Saya sangat teruja menanti kehadiran anak pertama kami. Saya tak kisah jantina anak kami. Tapi saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang. Tak kisah mana satu yang dapat dulu," katanya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Tambah Betty lagi, suaminya sangat menjaganya selepas mengetahui dirinya sedang hamil.
Aktres berusia 33 tahun ini berkata, dia tidak muntah atau mengidam sesuatu buat masa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan