Memaparkan catatan dengan label sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sendiri. Papar semua catatan

Sabtu, 21 September 2013

Warga Somalia berani buka sekolah sendiri di Malaysia



Warga Somalia



Walaupun tidak bekerja, mereka mampu membayar sewa rumah di antara RM1,200 sehingga RM1,800 sebulan.



JIKA pasar borong Selayang dijadikan perkampungan warga Myanmar, Gombak pula menjadi pilihan pelarian warga Somalia.



Di Pangsapuri Melati Impian contohnya, difahamkan sebanyak 35 daripada 130 unit telah diduduki pelarian Somalia ini sejak ia dibuka kira-kira sembilan tahun lalu.



Kemasukan warga Somalia di kawasan perumahan itu dipercayai didalangi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sebelum ini pernah bekerja di situ.



Walaupun tidak bekerja, mereka mampu membayar sewa di antara RM1,200 sehingga RM1,800 sebulan berbanding kadar biasa dikenakan warga tempatan.



Hal itu menyebabkan pemilik lebih gemar menyewakan rumah mereka kepada orang luar berbanding warga tempatan tanpa memikirkan kesannya.



Mereka beragama Islam, tidak mabuk, tidak mengadakan parti di rumah namun yang menjadi masalah kepada warga tempatan adalah perbezaan budaya terutamanya kebersihan dan disiplin.



Seorang penduduk, Zurina Dzulkifli, 48, berkata, dia dan suami bagaimanapun mengamalkan sikap tegas dengan anak-anak Somalia ini.



“Anak-anak Somalia faham Bahasa Melayu maka tidak menjadi masalah komunikasi dan akan menegur mereka sekiranya mereka membuat salah seperti membuat bising serta berkeliaran pada lewat malam dan bermain lif.



“Pemikiran mereka terkebelakang sepuluh tahun dari rakyat Malaysia dan teguran bukan kerana benci sebaliknya lebih kepada mendidik serta mahu mereka memahami budaya Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian.



Katanya, dia berharap supaya pihak yang memperjuangkan hak asasi terutamanya NGO mengambil perhatian dan menempatkan mereka di kawasan yang berasingan dengan warga tempatan.



“Mereka kini semakin berani apabila mula membuka sekolah dalam kawasan perumahan kami dan tidak mengikuti waktu cuti umum Malaysia.



“Kami berharap supaya tuan rumah yang menyewakan unit masing-masing lebih bertanggungjawab dan mengambil tahu keadaan rumah serta jangan membebankan penduduk lain untuk keuntungan sendiri,” katanya.



Sementara itu Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri, Mohd Saifudin Bahrudin berkata, pihaknya tidak mampu mengawal jumlah kemasukan warga Somalia di kawasan itu kerana keputusan penyewaan lebih kepada pemilik.



Bagaimanapun menurutnya, beliau ada menyediakan notis mengharapkan kerjasama daripada pemilik supaya lebih mengutamakan sewaan kepada warga tempatan berbanding warga luar.



Selain itu katanya, beliau turut mempunyai senarai setiap unit rumah yang diduduki warga Somalia ini untuk tujuan semakan.



Katanya, beliau berharap supaya pihak UNCHR dan imigresen dapat membuat pemantauan berkala untuk memastikan jangkamasa yang ditetapkan kepada setiap daripada mereka dipatuhi.



“Di peringkat permulaan mereka memaklumkan masuk ke Malaysia atas tiket pelajar, bagaimanapun hairan apabila kanak-kanak dan warga emas turut dibawa bersama.



“Kami mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan warga emas kerana mereka tidak suka bergaul dan lebih gemar membuat hal masing-masing manakala anak-anaknya aktif berkeliaran di kawasan rumah,” katanya – Sinar Harian



View the original article here

Khamis, 19 September 2013

Kejam ! Gadis ini dipanggang oleh teman lelaki sendiri

remaja


Seorang remaja dibu nuh dan dimakan oleh dua orang pemuda. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinan dirinya diperko sa dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dikatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg. Polis percaya dia dibun uh dan dicincang malam itu juga. Bahagian-bahagian tubuh milik gadis ditemukan di dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar kota.Dua beg plastik telah dijumpai di dua tempat yang berbeza. Dua pemuda berumur 19 tahun telah ditangkap kerana kejadian ini.

Karina dikenali oleh dua orang pembun uh itu. Yuri Mozhnov penjual bunga dan Maxim Golovatskikh penjual daging di pasar. Karina dirayu untuk ke apartment mereka dimana dia kemudian di benamkan ke dalam tub mandi. Kedua mereka mengatakan memakan daging mangsa kerana kelaparan.

Kedua pemuda itu membun uh Karina, kemudian memotong-motong bahagian untuk dipilih yang mana yang akan dimakan! Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan oleh keduanya tanpa perasaan bersalah. Keduanya sekarang telah ditahan dengan tuduhan membunuh.


devil


Penyiasatan mengatakan mereka memutuskan untutk membun uh Karina setelah gadis bertengkar dengan Golovatskikh. Tompokan darah ditemukan di paip air dan lantai apartment. Golovatskikh sendiri mempunyai sejarah sakit jiwa dan pernah dirawat di hospital sakit jiwa.
 
Sumber dari - amekaw.com

View the original article here