Memaparkan catatan dengan label puasa islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa islam. Papar semua catatan

Ahad, 14 Julai 2013

Tips Kulit Cantik Bulan Ramadhan

Sewaktu bulan Ramadan, keupayaan tubuh badan untuk melakukan rutin harian pasti tidak seaktif seperti sebelumnya. Perubahan ini berlaku akibat air di dalam badan yang tidak mencukupi hingga menyebabkan tubuh badan lesu dan tidak bermaya.Sistem badan juga pasti terkejut kerana tidak mendapat keperluan yang secukupnya dan sudah tentu kulit akan mengalami perubahan. Jika keperluan itu tidak dilengkapi, kulit cenderung menghadapi masalah seperti kering, kusam dan mudah ditumbuhi jerawat dan menggangu ketika bulan ramadhan.

       Kulit Cantik Ketika Bulan Ramadhan

Justeru,semasa bulan ramadan pemakanan yang baik sangat penting untuk memelihara kecergasan tubuh serta kecantikan kulit di bulan yang mulia ini. Menurut Perunding Dermatologi, air yang cukup sangat penting untuk kulit cantik dan sihat kerana air membantu menyahkan toksin di dalam badan. Bagi memastikan kulit sentiasa bersih, elakkan mengambil minuman berkarbonat dan amalkan minum air masak dan jus buah-buahan. Selain itu, anda juga boleh mengambil beberapa jenis makanan yang membantu masalah kulit kering seperti buah gajus dan badan yang kaya dengan serat, asid lemak dan protein untuk menyerikan wajah semasa bulan ramadan.

Oleh itu pengambilan Kurma, strawberi dan beri biru juga mampu memberi nutrien vitamin A, zat besi, kalium, kalsium dan magnesium kepada kulit kerana kandungan antioksidanya yang tinggi membantu kesihatan kulit ketika bulan ramadan. Aprikot juga membantu proses penghadaman dan meningkatkan kecergasan badan. Ketika berbuka, amalkan makan makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, sup sayur dan anggur yang mengandungi 90% air. Gado-gado dan pecal juga sangat digalakkan kerana mempuyai banyak khasiat dan serat. 

Untuk aktivit berbuka bulan ramadan ,makanan yang bersantan seperti kari, tukarkan santan dengan susu rendah lemak untuk mengurangkan kolesterol. Bagi minuman pula, lai chi kang yang mengandungi buah seperti barli, biji teratai, kacang ginko juga boleh memberi kebaikan kepada tubuh. Antara makanan yang patut diambil ketika bulan ramadan ialah ayam, telur, kekacang, tofu, ikan dan makanan laut manakala makanan yang patut dielakkan ialah sosej, makanan sejuk beku, makanan dalam tin, daging segera dan telur masin.

Khamis, 11 Julai 2013

Ayat sms bulan puasa

Anda tak ada ayat untuk dikirimkan kepada rakan telefon anda sempena Bulan Ramadhan lagi mulia ni? dekat bawah ini ada beberapa ayat sms menarik. Jom share ramai-ramai..
"Ucapan Selamat Berpuasa dan Menyambut Bulan Ramadhan oleh Kami Buat Tersayang
Assalamualaikum..
Satu tahun kita menunggu bulan penuh barokah ini dan semoga setiap yang kita lakukan dibulan Ramadhan ini diterima amalnya dan semoga dilipat gandakan pahala amalan hendaknya… Amin..
SMS Menarik Ramadhan: Satu Tahun Tak Terasa
Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan
Mohon Maaf Lahir dan Bathin"


SMS Bagus Khas Ramadhan Bulan Puasa : Jika semua.. Maka…
"Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF LAHIR&BATHIN,SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA."

SMS Menarik Ramadhan Bulan Puasa : Lindungi saudaraku dan Rahmati dirinya
"Ya Allah Ya Rab,
atas kuasaMu Engkau pertemukan kami menjadi saudara dan sahabat dalam suka dan duka, dalam sedih dan gembira.
Dan aku memohon kepadaMU,
lindungi saudaraku dan Rahmati dirinya,
berikanlah kesehatan,
mudahkanlah Rizkinya dan kebahagiaan dunia akhirat untuknya, 
serta hapuskanlah dosa2nya, dan bukakanlah pintu maafMU pada saudaraku ini.
“SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA”
Mohon maaf lahir dan bathin"

SMS Menarik Ramadhan Bulan Ramadhan :Jika dan Ramadhan
"Jika semua harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa, maka tobatlah obatnya
Jika seluruh bulan adalah noda, maka Ramadhan lah pemutihnya
Mohon maaf zahir batin"

SMS Ramadhan Bulan Puasa : Ramadhan Bulan Puasa Terbaik

"Perkataan yang indah adalah ALLAH
Lagu yang merdu adalah ADZAN
Media yang terbaik adalah AL QURAN
Senaman yang sihat adalah SHALAT
Diet yang sempurna adalah PUASA
Kebersihan yang menyegarkan adalah WUDHU
Perjalanan yang indah adalah HAJI
Khayalan yang baik adalah ingat akan DOSA & TAUBAT"

SMS Ramadhan Bulan Puasa : Marhaban ya ramadhan
"Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,
jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman.,
marhaban ya ramadhan.,
selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin"

SMS Menarik Ramadhan Bulan Puasa : Kerdilnya dirinya di hadapan Allah
"Berpuasa di bulan Ramadhan adalah
“kunci kepada kebenaran,
keikhlasan,
kemuncak dan kesejagatan syukur“.
Tambahan pula, mereka yang berpuasa akan merasai betapa kerdilnya dirinya di hadapan Allah dan memahami betapa perlunya dirinya kepada Allah."

LIKE AND SHARE