Memaparkan catatan dengan label artis luar negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis luar negara. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2014

Maharaja Lawak Mega Nabil tidak akan mohon maaf kepada Luna Maya

Pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad dikecam hebat baru-baru ini berikutan persembahannya pada program "Maharaja Lawak Mega 2013" yang dikatakan telah mengaibkan salah seorang juri tetap rancangan itu, Luna Maya dengan mengaitkan kisah silamnya.


Nabil bagaimanapun telah tampil bagi menjawab dakwaan tersebut dan berkata sepatutnya masyarakat perlu bersikap lebih terbuka kerana dia tidak bercakap sebarang perkara mengaibkan aktres jelita dari Indonesia itu."Saya tak tahu dan sangat pelik kenapa peminat nak marah sangat. Sepatutnya mereka bersikap lebih terbuka dan saya tiada cakap sebarang perkara yang mengaibkan Luna Maya. Saya cuma cakap, saya Google nama Luna Maya, saya jumpa gambar.


"Saya bukan nak hina dia sebab saya tahu itu masa silam dia. Saya pun pernah buat benda itu dan saya dah pernah kena dan sudah berubah pun. Tapi bila orang masih bercakap hal itu, saya tidak kisah pun. Jadi kenapa orang Malaysia ini nak kutuk saya semata-mata nak bela orang Indonesia yang mereka tak kenal pun siapa," ujar Nabil kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Sementara itu, Nabil berkata, dia tidak akan membuat permohonan maaf kerana baginya dia tidak melakukan apa-apa kesalahn terhadap Luna Maya.

Ahad, 14 Julai 2013

Kisah Pacific RIM 2013

Pacific RIM 2013
 Pacific RIM 2013
Pacific Rim  2013 adalah tayangan Amerika sains fiksyen filem yang diarahkan oleh Guillermo del Toro, yang ditulis oleh del Toro dan Travis Beacham, dan dibintangi Charlie Hunnam, Idris Elba, Rinko Kikuchi, Charlie Day, Rob Kazinsky, Max Martini, dan Ron Perlman. Filem ini mengisahkan pada tahun 2020-an, apabila Bumi di bawah serangan oleh Kaiju, raksasa yang amat besar yang telah muncul dari  di dasar laut. Untuk memerangi raksasa, manusia menyatukan mewujudkan Jaegers: mecha humanoid gergasi, setiap dikawal oleh dua juruterbang  yang disertai oleh sebuah jambatan neural.

Filem Pacific Rim  2013 ini dihasilkan oleh Legendary Pictures dan diedarkan oleh Warner Bros. Ia dikeluarkan dan mendapat ulasan amnya positif pada 12 Julai, 2013 termasuk siaran dalam 3-D dan IMAX 3D. Apa pun filem Pacific Rim  2013 ini memang syok dan yang belum tengok Pacific Rim  2013 boleh tengok sekarang di panggung wayang yang berdekatan dan jom tonton Pacific Rim  2013 Official Main Trailer[HD]

Pelakon Televisyen Termahal

Semakin ramai pelakon filem yang kini membintangi siri di televisyen. Steve Buscemi ("Boardwalk Empire"), Jennifer Love Hewitt ("The Client List", "Ghost Whisperer"), Zooey Deschanel ("New Girl"), Glenn Close ("Damages"), Patrick Wilson ("The Gifted Man") merupakan antara pelakon yang berhijrah dari layar perak ke kaca televisyen.Tapi anda salah jika anda sangka mereka yang suatu masa dahulu dibayar berpuluh juta untuk berlakon filem, mungkin boleh menguasai carta pelakon televisyen dengan bayaran termahal. Tidak. Kerana para veteran televisyen ini masih mengungguli kedudukan:

Tempat Pertama:Ashton Kutcher
Menjelang Jun 2013, Ashton Kutcher disahkan sebagai pelakon televisyen dengan bayaran termahal. Untuk menggantikan ruang yang ditinggalkan Charlie Sheen dalam "Two and A Half Men", Kutcher menerima bayaran sebanyak AS$24 juta (RM75.7 juta).

Ashton Kutcher


Tempat Ke-2:Hugh Laurie
Pelakon British yang suatu masa dahulu lebih sinonim dengan komedi, dibayar AS$18 juta (RM56.8 juta) untuk melakonkan watak doktor sarkastik, Gregory House dalam siri perubatan titular, "House", menjadikan dia pelakon lelaki kedua dengan bayaran termahal di Amerika.

Hugh Laurie

Tempat Ke-3:Ray Romano
Pelawak kesayangan ramai pula mungkin sudah lama meninggalkan sitkom popular "Everybody Loves Raymond", tapi dia tetap berjaya mengungguli tempat ketiga dengan bayaran kemunculan televisyen sebanyak AS$18 juta (RM56.8 juta).

Ray Romano


Tempat Ke-4:Alec Baldwin
Bekas pelakon utama kebanyakan filem era 80-an dan 90-an ini membuat kemunculan semula yang gah melalui watak Jack Donaghy dalam sitkom "30 Rock", sekaligus menempatkan dia di kedudukan keempat dengan pendapatan sebanyak AS$15 juta (RM47.3 juta).

Tempat Ke-5:Mark Harmon
Bintang "NCIS" ini bukan sahaja dihormati ramai kerana memiliki pengalaman paling banyak berlakon dalam siri televisyen, malah memiliki pendapatan sebanyak AS$15 juta (RM47.3 juta) untuk lakonannya dalam siri tersebut.

Tempat Ke-6:Eva Longoria 
Pelakon wanita termahal untuk siri televisyen jatuh kepada Gabrielle Solis dari "Desperate Housewives" ini. Bukan sahaja dia memenangi anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Golden Globe, Longoria juga muncul di tempat pertama sebagai pelakon TV dengan bayaran termahal, dengan pendapatan sebanyak AS$13 juta (RM41 juta).

Tempat Ke-7:Tina Fey
Tina Fey bukan sekadar seorang pelakon dan pelawak wanita, tapi dia juga seorang penerbit eksekutif, pencipta siri "30 Rock", penulis skrip dan lain-lain lagi. Semua usahanya itu membuahkan hasil lumayan sebanyak AS$13 juta (RM41 juta) setahun.

Tempat Ke-8:Mariska Hargitay
Anak kepada simbol seks Hollywood Jayne Mansfield ini memiliki jumlah pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM31.5 juta) dari peranannya sebagai Detektif Olivia Benson dalam "Law & Order: Special Victims Unit".

Tempat Ke-9:Marcia Cross
Memegang peranan sebagai si 'perfectionist' Bree Van de Kamp dalam "Desperate Housewives", pelakon berambut merah dan bintang "Melrose Place", Marcia Cross menduduki tempat keempat sebagai pelakon wanita televisyen termahal di Amerika dengan pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM31.5 juta).

Tempat Ke-10:Marg Helgenberger
Bekas ketua pasukan "CSI Las Vegas", Catherine Willows, atau nama sebenarnya Marg Helgenberger merupakan pelakon wanita kelima termahal di Amerika, dengan pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM31.5 juta) yang dihasilkan daripada siri forensik tersebut.

Cory Monteith ditemui mati di hotel

Aktor siri televisyen popular "Glee", Cory Monteith telah ditemui mati sebuah bilik hotel di Vancouver, Kanada pada Sabtu.Dipetik daripada laporan CNN, sebab kematian awal tidak diketahui dan pakar perubatan dijangka melakukan autopsi pada hari Isnin ini.Menurut pegawai polis Ketua Konstabel Doug LePard, mayat aktor berusia 31 tahun itu ditemui pada waktu tengahari oleh pekerja Hotel Fairmont Pacific Rim selepas dia terlepas waktu daftar keluar.Cory Monteith telah mendaftar masuk hotel pada 6 Julai lalu.

Pada Jumaat malam, beberapa orang dilihat mengunjungi biliknya, tetapi LePard memberitahu Cory Monteith telah kembali ke biliknya berseorangan pada awal pagi seperti dilihat dari kamera pengawasan hotel itu.Terdahulu, Cory Monteith sentiasa berterus-terang dan tidak pernah menyembunyikan masalahnya dengan penyalahgunaan dadah. Cory Monteith pernah memberitahu majalah Parade pada 2011 bahawa dia telah mula menggunakan dadah pada usia 13 tahun.


Pada April lalu, Cory Monteith yang memegang watak Finn Hudson telah mendaftar masuk ke sebuah pemulihan dadah.Hari ini berakhir sudah karier Cory Monteith buat selama-lamanya.