Memaparkan catatan dengan label Shilla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shilla. Papar semua catatan

Jumaat, 20 September 2013

Tasha Shilla kecewa apabila dituduh sebagai pasangan yang ditangkap khalwat

 
Pelakon Tasha Shilla kecewa apabila dituduh sebagai pasangan yang ditangkap khalwat dengan seorang pemain bola sepak baru-baru ini.

Tasha, 26, berkata, perkara tersebut adalah tidak benar dan sangat memalukan dirinya dan keluarga.
"Saya sedih dan kecewa bila orang mengaitkan saya dengan isu pemain bola sepak yang ditangkap khalwat hanya kerana saya berkawan dengan Mahali Jasuli.

Artikel Terdahulu:

 "Ketika mendengar tentang khabar angin itu saya sangat terkejut dan nasib baik ibu bapa saya tahu saya berada dimana ketika itu dan faham dengan situasi tersebut," katanya kepada mStar Online.

Tasha ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia di The Weld, pada Selasa lalu.

Tambah Tasha, dia tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa kontroversi termasuk prestasi pemain bola sepak Harimau Malaya itu yang dikatakan semakin merudum sejak bercinta dengannya.




"Dari awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa.

"Kenapa mahu libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang, tidak pula orang sebut nama saya, itu kena tanyalah pada jurulatih dia, Rajagobal," katanya.

Tambah Tasha, dia kini lebih selesa menganggap hubungannya dengan pemain bola sepak itu sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu.

 sumber:mstaronline

View the original article here

Khamis, 19 September 2013

Tasha Shilla Nafi Jadi Punca Prestasi Mahali Jasuli Merosot Kebelakangan Ini


Rasanya semua orang tahu akan hubungan yang terjalin di antara Tasha Shilla dan pemain bola sepak kebangsaan Mahali Jasuli walaupun kedua dua mereka tidak pernah mengakui yang mereka kini bercinta.

Terbaru, ada spekulasi timbul mengatakan prestasi permainan Mahali Jasuli kini merosot akibat gagal memberikan perhatian kepada kerjaya kerana terlalu sibuk bercinta & ini mengundang kata kata yang Tasha Shilla menjadi punca kemerosotan tersebut.



“Daripada awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa,” Tasha Shilla mengulangi pendirian beliau tentang status hubungan mereka ketika ini.

“Mungkin sekarang ni dia tengah alami kecederaan, sebab itu dia tak dapat beraksi dengan baik. Kenapa nak libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang dia, tak pula orang sebut nama saya,” tambahnya lagi.

Tasha Shilla turut mengakui yang beliau memang sudah bersedia untuk berkahwin tetapi urusan jodoh ini beliau serahkan kepada Tuhan.


sumber: malaysian digest

View the original article here