Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis. Papar semua catatan

Sabtu, 21 September 2013

5 Anggota Polis Rakam Pelacur Dalam Keadaan Bogel



Rakam Pelacur



Berita AP melaporkan lima anggota polis diturunkan pangkat selepas didapati merakam video dua orang pelacur dalam keadaan telanjang bulat ketika melakukan soal siasat dalam suatu operasi membanteras kegiatan pelac uran. Klip video itu kemudiannya tersebar di internet.



Jangan saspens! Kelima-lima polis ini bukanlah anggota PDRM tetapi anggota polis Vietnam yang bertugas di daerah Quang Ninh yang letaknya di utara negara itu. Kelima-lima mereka diturunkan pangkat kerana didapati menyalahi etika dan disiplin pasukan tersebut.



Menurut sumber, seorang daripada enam anggota polis itu merakam kedua-dua pelac ur itu bersama-sama dengan pelangan masing-masing untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada bukti kes tersebut.



Klip itu menunjukkan wanita-wanita itu dalam keadaan tanpa pakaian di bilik hotel sementara beberapa orang polis berpakaian biasa kelihatan sedang menulis sesuatu. Kedua-dua wanita itu cuba menutup tubuh bog el mereka namun dihalang oleh polis-polis tersebut sementara salah seorang daripada mereka merakam proses tersebut.



Klip itu walau bagaimanapun tersebar di internet. Kejadian itu membangkitkan kemarahan masyarakat kerana perbuatan itu jelas membuktikan bahawa polis-polis itu telah menyalahgunakan kuasa mereka.



Pihak polis Vietnam juga sedang menyiasat bagaimana video itu boleh tersebar di internet.



View the original article here

Isnin, 16 September 2013

"40% Tak Tahu Mandi Junub Sejak Latihan Menjadi Polis"






Keratan Akhbar

SHAH ALAM - Datuk A Kadir Jasin mendedahkan terdapat polis yang kurang pendidikan agama.

Beliau berkata, beliau mengakui semua kerjaya menghadapi masalah kerana sistem pendidikan negara yang didakwa kurang baik.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan masyarakat tidak boleh menyalakan sistem pendidikan negara semata-mata.

"Semasa dalam Suruhanjaya Khas penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia saya melawat pusat latihan dan maktab polis, kita mendapati polis menghadapi masalah daripada peringkat latihan lagi. Kalau saya tak betul Tan Sri (Musa Hassan) boleh betukan.

"30 hingga 40 peratus pelatih-pelatih tidak tahu mandi junub. Terpaksa diajar pula mandi junub. Mengucap tak berapa lancar pun tinggi sampai 40 hingga 50 peratus. Terpaksa diajar mengucap dua kalimah syahadah.

"Sembahyang pun begitu. Kalau kita salahkan sistem pendidikan tetapi tidak berbuat apa-apa maka kita akan lahirkan pasukan polis tidak berwibawa,tentera tidak berwibawa dan kewartawanan tidak berwibawa", katanya.



View the original article here