Memaparkan catatan dengan label Mangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mangsa. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2013

Mangsa Dera Pergi Jua Selepas 4 Hari Bertarung Nyawa



Adik Nur Sofea Insyirah Mohd Shahril 6bulan, pergi jua selepas 4 hari bertarung nyawa dipercayai menjadi mangsa dera pengasuh.

Arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.20 petang semalam di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Bayi malang ini mengalami pendarahan serta retak bahagian tengah kepala selain beberapa kesan lebam di lutut. 






View the original article here

Khamis, 12 September 2013

Pelajar Jadi Mangsa Teman Facebook



Klang: Perkenalan menerusi laman sosial Facebook akhirnya meninggalkan sejarah hitam buat seorang gadis berusia 16 tahun apabila dia disahkan hamil lima bulan.

Dalam kejadian Mac lalu, mangsa yang tinggal di Cheras membuat keputusan untuk berjumpa suspek di pekan Meru, di sini.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, berkata mangsa kemudian mengikuti lelaki berkenaan ke rumahnya.


“Gerakan dilancarkan bagi memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana m e r o g o l mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, bapa mangsa membuat laporan polis selepas doktor mengesahkan anaknya hamil lima bulan.

Sumber menyatakan, mangsa pada awalnya mengadu sakit perut sebelum bapanya memaksa dia ke klinik berhampiran.

“Sejurus pemeriksaan, doktor mengesahkan gadis berkenaan hamil lima bulan dan bapa mangsa segera membuat laporan polis,” katanya. 


sumber:b.hari.an

View the original article here