Memaparkan catatan dengan label Hanez. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hanez. Papar semua catatan

Rabu, 18 September 2013

Hanez Suraya: Sekadar Kawan, Enggan Dedahkan Identiti Lelaki Misteri

Minggu lepas kita digemparkan dengan 2 keping foto aksi Hanez Suraya bersama seorang jejaka misteri berdasarkan artikel

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Hanez Suraya mengakui gambar itu diambil baru baru ini ketika menjayakan program Cool terbitan RTM & lelaki itu datang pada hari terakhir pengambaran sebagai kejutan buat dirinya dan bukannya bercuti bersama.


“Dia kawan saya dan saya enggan mendedahkan lebih lanjut identitinya. Dia bukan orang dalam industri dan kami berkenalan melalui kawan. Bukan mahu berahsia tapi akibat keterbukaan saya sebelum ini telah memakan diri sendiri, jadi saya memilih untuk tidak berkongsi atau perbesarkan perkara ini. Cukup orang tahu kami sedang mengenali hati budi masing-masing”

Hanez Suraya turut mengakui yang beliau masih terluka akibat putus cinta dengan Awi Rafael tetapi tidak menolak kemungkinan untuk memberi peluang kepada lelaki lain untuk muncul dalam hidupnya kalau benar benar serius.

“Apabila saya benar-benar sudah bersedia saya akan berkongsi dengan peminat saya. Buat masa sekarang, kami sering keluar bersama-sama dan doakan yang terbaik untuk kami,” tambah Hanez Suraya lagi yang turut mengakui lelaki itu sangat romantik orangnya.


sumber: roti-kaya

View the original article here

Isnin, 16 September 2013

Pelakon Hanez Suraya Temui Pengganti Awi Rafael

Berita baru yang keluar dari "Oven"!!!





Pelakon Hanez Suraya kini dikatakan telah menemui kekasih baru setelah hubungan cintanya bersama Awi Rafael berakhir kira kira 3 bulan lalu.

Menurut sumber, foto yang dikirimkan oleh seorang peminat Hanez Suraya nampak begitu mesra berlatarbelakngkan pantai nan indah bersama seorang lelaki yang tidak di’kenal.




Apa apa pun, foto panas ini telah mencetuskan rasa kurang selesa peminat. Al maklum aje la bila ada foto foto panas berdua duaan, pasti saja ada yang mengata.




sumber foto: roti-kaya

View the original article here