Memaparkan catatan dengan label Dicekup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dicekup. Papar semua catatan

Sabtu, 21 September 2013

Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher






MASAI – Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.



Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.



Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.



Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.



Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.



Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.



Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.



Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.



Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi. (Dipetik dari Maklumat.my)



**Gambar Hiasan






View the original article here

Jumaat, 13 September 2013

Pemain Bola Sepak Dicekup Berkhalwat

KUANTAN – Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam.

Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.



Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.

Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.

Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.

Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.

Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

-Bernama/SH

View the original article here