Memaparkan catatan dengan label Adegan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Adegan. Papar semua catatan

Rabu, 11 September 2013

9 Adegan Tak Logik Dalam Drama TV Tempatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, biasanya bagi yang suka menonton drama melayu di televisyen sering kali melihat adegan – adegan yang kita rasakan tak logik tapi seringkali dilakukan oleh pelakon-pelakon di Malaysia.. betul tak? haha, di sini ada 9 adegan tak logik dalam drama tv tempatan .. check it out~


 



Sekadar Gambar Hiasan





1. Seorang lelaki berjalan menuju ke pondok telefon dan memasukkan syiling. Kemudian dia mendail nombor yang hendah dihubungi. Setelah sahaja menekan nombor, tidak sampai dua saat dia sudah berkata… Hello. Satu adegan yang tidak logik sedangkan talian telefon memerlukan masa lebih kurang lima saat untuk disambung. Belum dicampur lagi masa yang diperlukan oleh si penjawab bangun, berjalan dan menjawab panggilan. Adegan tidak logik ini memang wujud dalam drama tempatan melayu sejak dahulu hingga kini.


2. Dalam drama bersiri Gerak Khas, sebelum babak perbualan di pejabat polis, kamera fokus diluar ibu pejabat polis dimana terdapat dua anggota polis wanita berjalan seiringan keluar dan masuk… Dua anggota polis berkenaan muncul hampir setiap siri drama tersebut dengan gaya seperti orang berkawat malas.


3. Kebanyakkan filem seram tempatan memaparkan banyak adegan menjerit. Pengarah filem tersebut lupa bahawa sebenarnya penontonlah yang perlu menjerit ketakutan, bukannya pelakon.


4. Jika anda orang utara, pastinya anda meluat dan menyampah bila melihat pelakon-pelakon yang cuba berlakon dan bercakap loghat utara. Ini kerana mereka fikir mereka boleh membawa watak orang utara. Pada hakikatnya tidak.


5. Dalam drama melayu, jika ada babak perbualan antara seorang wanita cina dengan ahli keluarganya, perbualan tersebut dalam bahasa melayu!!! Bukannya bahasa cina. Tetapi dalam drama cina pula, babak perbualan antara wanita melayu dengan ahli keluarganya adalah dalam bahasa melayu juga….


6. Ayat yang sering digunakan dalam drama bersiri Gerak Khas.. “Tuan ada baca akhbar semalam?” .


7. Satu babak dalam drama bersiri slot Samarinda..Seorang lelaki bekerja di pejabatnya. Tiba-tiba handphonenya berbunyi.. Handphone yang digunakan adalah jenis Nokia yang mengunakan ringtone polifonik tetapi bunyi yang kita dengar adalah bunyi handphone biasa (monofonik).


8. Babak ini yang kelakar..Seorang pelakon memberitahu rakannya bahawa dia hendak menulis email kepada seseorang. Dia kemudiannya duduk di hadapan komputer dan mula menaip. Kamera yang ketika itu fokus pada monitor jelas menunjukkan pelakon berkenaan melulis email menggunakan Microsoft Word!!!.


9. Dalam satu adegan dalam sebuah filem, satu babak tembak-menembak telah berlaku diantara polis dengan penjahat. Pihak polis menggunakan sebuah kereta Mitsubishi Lancer (evo berapa tak ingat) sebagai perisai dan berlindung di balik kereta berkenaan. Polis secara berterusan dihujani berpuluh-puluh peluru dari penjahat.. Tetapi kereta tersebut hanya kena satu das sahaja.


P/s: ade lagi nak tambah? ekeke


Dipetik dari forum Mesra.net

View the original article here

Selasa, 10 September 2013

Intan Ladyana Sedia Adegan Di r o g o l Farid Kamil Jadi Bualan

Jarang sekali melihat dia membawakan karakter seorang gadis yang seksi dan daring. Tetapi untuk filem Dampak, Intan Ladyana berani memikul tanggungjawab tersebut termasuklah dia sanggup dirogol oleh Farid Kamil. Mengakui sukar untuk melakonkan babak tersebut namun Intan menganggap ia sebagai cabaran.

“Sebenarnya ia sepatutnya jadi babak rogol tapi Qyra (nama watak) ni dia rela dirogol oleh Giran sebab sebenarnya dalam diam dia ada hati pada Giran. Itu babak paling susah sekali. Sebab dia memerlukan mainan emosi dan dalam masa sama fizikal.

“Apabila di beritahu saya perlu melakukan baabk itu bersama Farid, saya ambil ia sebagai satu cabaran pada diri sendiri. Malah kalau tengok dalam cerita ni, saya juga seorang perokok. Pada sesiapa yang kenal saya, saya memnag tak suka asap rokok. Tapi dalam filem ni saya buat juga (merokok) dan anggap ia satu cabaran”, kata Intan menceritakanserba sedikit tentang karakternya ketika di sidang media pra tonton filem tersebut di e@Curve, semalam. Kata Intan dia juga sudah bersedia sekiranya babak itu menjadi bualan hangat ramai apabila filem tersebut ditayangkan di pawagam kelak.

“Saya tiada masalah sekiranya babak tu jadi bualan sebab itu sebahagian daripada jalan cerita filem tu sendiri. Tapi apa yang dipaparkan tu buakannya real. Sementara Farid yang berada di sisi Intan yang turut diminta mengulas mengenai adegan tersebut berkata,

“Babak tu memang sukar. Sebab pada saya, kalau nak suruh berpeluk-peluk tu senang sebab dah biasa dalam filem-filem sebelum ni. Tapi lakonan kali ini dalam keadaan Giran (wataknya) yang ketika itu mengalami kecederaan. Jadi saya perlu menghadkan pergerakan tubuh saya. Semasa babak tu dirakamkan, hanya kami berdua saja dalam bilik itu bersama empat kamera. Hanya sekali take, kira-kira dalam 20 minit babak itu dilakukan”, tutur Farid.

Dampak merupakan garapan sulung dari pengarah baru, Lai Yuk Long. Filem ini membawa tema persahabatan, kekeluargaan dan banyak memaparkan pengajaran sekiranya tidak memilih jalan benar dalam hidup. Turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Michael Chin dan Cat Farish. Filem fiksyen yang sarat dengan adegan aksi dengan sentuhan ala novel grafik ini bakal ditayangkan mulai 19 September ini.









View the original article here