Khamis, 6 Februari 2014

Misha Omar mengumumkan tarikh pernikahan

Penyanyi jelita, Misha Omar dan tunangnya, Firos Ezzwan Rossly, 31, akhirnya telah mengumumkan akan berkahwin pada Mei depan setelah beberapa kali menangguhkan perkahwinan mereka.

"Sebenarnya saya belum kuat untuk berkahwin selepas kematian ayah, tapi kehidupan perlu diteruskan.
"Ibu buat keputusan untuk teruskan perkahwinan dua minggu lalu, tapi dengan syarat majlis dibuat secara kecil-kecilan.

"Maklumlah kami baru kehilangan ayah, tak mahulah buat majlis beria-ia. Ibu tak nak macam pesta sangat. Sebab itu kita buat sederhana dan sehari sahaja," ujarnya kepada Harian Metro.

Tambah Misha atau nama sebenarnya Samihah@Aishah Omar, 32, tarikh itu ditetapkan kerana enggan menunggu lebih lama dan pada masa sama mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Firos berkata, dia mengenali dan mempercayai bakal isterinya walaupun pernah dikatakan Misha pernah berkahwin sebelum ini.

"Kami sudah lama kenal dan saya selalu berada di sisinya. Bila masa pula dia berkahwin. Biarpun apa sahaja khabar angin yang keluar, saya tetap percaya kepadanya."


psst: tinggalkan komen anda dibawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan